6 Amalan Ibu Mengandung Untuk Anak Cergas Dan Sihat

Ramai yang nak tahu apakah amalan ibu mengandung ataupun hamil yang sesuai dan terbaik. Pertama sekali, banyak faktor yang kena diambil kira seperti pemakanan, juga faktor-faktor lain seperi amalan seharian. Jadi, jika anda disahkan mengandung berikut adalah antara beberapa tips penting yang patut menjadi amalan anda terutama jika disahkan mengandung.

Jika boleh, kongsikan tips ini bersama suami agar suami pun dapat memberikan support kepada anda jika anda yang mengandung. Memang masa-masa begini amatlah memerlukan sokongan daripada pasangan untuk teruskan lalui masa-masa penting semasa mengandung.

Beberapa Amalan Penting Untuk Ibu Mengandung

#1 Makanan Ibu Mengandung

Ibu mengandung memang memerlukan makanan yang sihat dan memberikan zat besi. Terutama sebagai satu persediaan untuk menyusu. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran adalah amat penting pada fasa ini. Untuk makanan tambahan, saya amat sarankan jus Pamoga dengan ekstrak buah delima untuk ibu-ibu yang sedang mengandung. Anggaplah ianya sebagai satu ikhtiar untuk ibu yang sedang mengandung dalam membekalkan zat dan makanan tambahan untuk bayi anda.

#2 Perbanyakkan Bacaaan dan Amalan Al Quran

Pada masa inilah saat yang paling sesuai untuk membacakan atau memperdengarkan alunan bacaan ayat-ayat suci al Quran. Kelaziman dan yang disarankan adalah, surah Yusuf untuk ibu mengandung anak lelaki dan juga surah Mariam untuk ibu mengandung anak perempuan. Sebaiknya adalah dengan bacaan sendiri, tetapi kalau tidak boleh atau tiada masa untuk anda baca sendiri, gunakan mp3 dilaptop atau di talifon untuk memperdengarkan bacaan anda. InsyaAllah akan memberi keberkatan dan merangsang perkembangan otak bayi.

#3 Zikir dan Doa Ibu Hamil Untuk Anak Dalam kandungan

Ini pun penting juga, sentiasa berzikir dan amalkan doa-doa yang ada pada surah mariam untuk mendoakan anak yang di dalam kandungan. Kalau tiada doa yang speasifik pun, doa sahaja selepas solat untuk memudahkan urusan dan doa kepada anak yang didalam kandungan. Sentiasa niatkan dan ikhlas untuk memberikan kebaikan kepada anak.

#4 Jaga Penampilan Dan Elakkan Stress

Jangan lupa untuk menjaga penampilan anda. Sentiasa berusaha untuk menutup aurat dan elakkan daripada pergi ke tempat-tempat yang tidak elok seperti kelab malam dan lain-lain. Juga elakkan daripada stress berlebihan kerana ianya akan memberikan kesan yang negatif kepada bayi anda nanti selepas dilahirkan. Kalau pekerjaan anda adalah jenis pekerjaan yang stress, cuba cari masa untuk menenangkan diri.

#5 Jangan Merokok dan Jaga Solat

Kalau boleh elakkan merokok dan terhidu asap rokok. Ini penting kerana merokok membahayakan kandungan dan asap rokok juga menyebabkan gangguan kepada saraf dan perkembangan otak bayi. Jika pasangan anda merokok, minta dia ke tempat yang lebih jauh apabila merokok.

#6 Persediaan Awal Sebelum Bersalin

Untuk elakkan daripada perkara seperti stress dan lain-lain, penting untuk ada persediaan awal sebelum bersalin. Antara persediaan yang penting sebelum bersalin adalah dengan menyediakan bahan-bahan kelengkapan seperti Set Bersalin, Nursing Bra dan juga Pam Susu. Bila ada kesemua alatan ini, barulah anda lebih bersedia dan lebih yakin dengan hari mendatang. Dengan adanya kesemua peralatan ini, ianya akan sedikit sebanyak membantu anda lebih bersedia untuk bersalin.

Inilah antara beberapa tips penting sebelum melahirkan anak juga antara amalan ibu mengandung yang penting. Harap anda dapat amalkan semua ini untuk mendapatkan bayi yang cergas dan pintar. Yang penting adalah amalkan semua tips ini secara konsisten dan sentiasa mohon doa agar semuanya dipermudahkan Allah.

Leave a Reply