3 Susu Kambing Suffy – Bayi Anda Ceria dan Bertenaga

Sekarang ini memang ada banyak produk susu kambing di pasaran ini. Ini adalah kerana produk ini memang mempunyai banyak khasiat yang tersendiri dan sering digunakan sebagai salah satu ikhtiar untuk kehamilan dan sangat baik untuk diamalkan untuk tujuan kesihatan. Kali ini kami ingin berikan sedikit info berkenaan dengan produk susu kambing Suffy yang merupakan antara jenama yang bagus untuk anda dapatkan di pasaran sekarang.

Khas kepada anda yang berminat untuk mendapatkan jenama ini, kami akan tunjukkan beberapa cara mudah untuk anda beli produk ini di pasaran. Tidak semua tempat atau kedai jamu ada menjual produk ini dan untuk itu, pembelian secara online adalah antara pilihan yang paling baik untuk anda dapatkan.

Pilihan Produk Berkualiti Dan Terbaik

Sebelum kami pergi kepada manfaat produk ini, apa yang lebih penting adalah dimana untuk anda dapatkan produk ini. Kalau anda cari produk ini di kedai jamu, ada kemungkinan yang anda akan jumpa produk ini ataupun sebaliknya. Apapun, kalau mahukan produk ini, kami lebih rekemen untuk anda lihat apa yang ditawarkan di kedai-kedai online seperti di Lazada. Lazada tidak hanya terkenal dengan barangan elektrik yang ada di sana, tetapi juga, anda masih boleh mendapatkan pelbagai barangan berkualiti produk kesihatan dan kecantikan seperti susu kambing ini, set bersalin dan lain-lain lagi.

Yang pertama sekali adalah produk susu kambing Suffy Annis untuk bayi. Ianya adalah alternatif kepada susu Karihome yang ada di pasaran sekarang ini. Formula susu berasaskan kambing untuk kanak-kanak ini adalah untuk 1 tahun dan ke atas. Anda boleh mencuba sendiri barangan ini kalau anak anda mengalami alahan kepada susu lembu. Boleh tengok beberapa pilihan yang ada di bawah ini;

1 Yang Ini Original

2 Yang Ini Alternatif Terbaik Susu Ini

Yang menariknya adalah, produk ini didatangkan dengan beberapa perisa yang bagus tidak tidak terhad kepada jenis yang plain sahaja. Ada perisa coklat dan perisa yang biasa untuk anak anda cuba dahulu. Kalau sesuai, bolehlah teruskan untuk anak anda meminum produk ini.

Tidak terhad kepada produk yang berasaskan kambing, terdapat juga produk susu lembu untuk jenama Suffy. Ianya adalah untuk produk 1 tahun dan ke atas yang direka khas untuk perkembangan bayi ataupun kanak-kanak yang dalam proses pembesaran. Untuk memudahkan anda, berikut adalah antara pilihan yang anda boleh dapatkan untuk jenis cow based milk;

1 Ini Pilihan Susu Lembu dari Suffy

Tidak terhad kepada jenama Suffy ini sahaja, ada banyak lagi produk lain yang anda boleh pilih terutama kalau memang anak anda mengalami alahan susu yang teruk. Mencuba banyak jenis susu adalah antara pilihan yang ada sehingga terjumpa pilihan yang sesuai. Kalau dah jumpa tu, memang kena teruskan sampai untuk berikan kepada si manja anda.

Kebaikan Barangan Suffy Ini

Berikut adalah antara apa yang menarik berkenaan dengan produk ini di pasaran;

1 Ianya adalah 100% asli tanpa bahan pengawet dan perasa tiruan. Memang satu produk yang digalakkan untuk anda sendiri cuba untuk lihat hasilnya.

2 Diproses dengan mematuhi piawaian antarabangsa yang ketat untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna.

3 Meningkatkan kadar penyerapan nutrien dalam tubuh dan meningkatkan sistem imunisasi badan.

4 Alternatif yang terbaik kepada yang mengalami alahan dengan produk lembu dan sembelit yang teruk.

5 Kaya dengan sumber nutrisi yang baik untuk kesihatan tubuh seperti pelbagai jenis Vitamin dan Galian. Memang digalakan untuk anda cuba sendiri untuk tahu keberkesanan produk ini di pasaran.

Inilah yang anda bakal dapat daripada produk ini dan untuk itu, boleh cuba dahulu sama ada ianya benar-benar sesuai dengan anda ataupun sebaliknya.

Read More

Lengkap Senarai Klinik Cucuk Vitamin C Seluruh Malaysia

Ramai yang mencari senarai klinik cucuk Vitamin C kerana tawaran yang diberikan terutama untuk menjadikan kulit anda bertambah cantik, putih berseri dan flawless. Harga rawatan pun tidaklah terlalu mahal dan boleh dikatakan sebagai mampu untuk dimiliki oleh semua orang, cuma ianya ada sedikit mahal daripada kalau anda mendapatkan pil vitamin C ini.

Apapun, pada kali ini, kami akan berikan beberapa tips penting berkenaan dengan penjagaan kulit daripada vitamin C ini dan kesan yang anda akan tanggung kalau anda menggunakan kaedah rawata ini. Ya, ianya mempunyai kesan sampingan walaupun memang telah terbukti anda akan mendapat kulit yang cantik dan putih. Kami harap, anda dapat melihat dahulu dari segi pro dan kontra berkenaan dengan kesan kaedah ini dan harap anda membuat pertimbangan yang betul untuk produk ini.

Rawatan Terbaik

Sebelum kami berikan kepada anda senarai terkini klinik yang memberikan rawatan ini, adalah lebih baik untuk anda dapatkan kaedah rawatan yang lebih baik untuk mencantikkan kulit ataupun memutihkan kulit. Antara kaedah yang disarankan adalah pengambilan pil vitamin C ini yang merupakan alternatif terbaik selain daripada produk ataupun kaedah cucuk vitamin C ini.

Selain daripada itu juga, antara tips lain adalah dengan pengambilan ataupun teknik tradisional memutihkan dan mencantikkan kulit melalui kaedah natural. Penjagaan pemakanan yang berkesan pun salah satu daripada tips terbaik sebagai alternatif rawatan vitamin C ini.

Kesan Positif

Kaedah ini memang mempunyai kesan yang positif dan pada kami, anda akan mendapat keadaan kulit yang cantik dan gebu seperti yang anda inginkan. Berikut adalah antara kesan penggunaan vitamin C ini;

1 Mencantikkan Kulit

2 Menjadikan kulit lebih mudah dan berseri

3 Antibodi untuk melawan penyakit

Kajian mendapati yang Vitamin C mempunyai sifat antioksida yang tinggi. Dengan antioksia ini, ianya membantu menghasilkan kolagen yang penting untuk pertumbuhan kulit yang sihat. Oleh sebab itu, ianya kini menjadi semakin popular sebagai salah satu cara untuk mencantikkan kulit daripada kesan jerawat dan jeragat juga untuk mencerahkan kulit agar nampak lebih berseri dan lebih menyerlah.

Kesan Negatif

Ianya juga datang dengan kesan yang tidak baik dan sekaligus menjejaskan kesihatan anda. Antara kesan yang anda akan alami adalah;

1 Kerosakan Buah Pinggang
2 Kos Rawatan Hemodelisis Akibat Buah Pinggang
3 Kencing Manis akibat kemasukan Vitamin C yang tidak natural
4 Darah tinggi

Banyak lagi kerosakan lain yang boleh berlaku akibat daripada tindakan anda mengambil vitamin C ini. Ini adalah antara beberapa kesan yang anda perlu ambil kira kalau anda mengambil vitamin C ini.

Ini adalah antara kesan sampingan kaedah ini dan boleh lihat sendiri antara kesan sampingan lain yang berlaku. Memang banyak testimoni untuk vitamin C yang anda boleh dapatkan dan lihat di internet, tetapi, ianya datang dengan risiko yang anda perlu tanggung. Kalau betul anda ingin mendapatkan rawatan melalui kaedah ini, yang lebih penting adalah anda tahu risiko yang anda perlu tahu. Kalau tahu risiko yang bakal berlaku, tiada masalah untuk mencuba kaedah ini, mana tahu kulit anda akan jadi lebih putih dan gebu berseri.

Apapun, nak info lanjut berkenaan dengan kaedah ini, boleh ikuti post daripada saudara Rahman Baco di SINI. Memang ada senarai klinik yang ada yang anda boleh cuba, sebenarnya ianya adalah di pelbagai negeri daripada Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Terengganu juga Sabah dan Sarawak. Tetapi, oleh sebab ianya mempunyai beberapa risiko, adalah lebih baik untuk anda mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan dengan cara ini.

Read More

3 Cara Minum Susu Kambing Sedap – No 2 Paling Enak

Susu kambing memang mempunyai khasiat yang tersendiri dan antara yang terbaik yang anda boleh dapatkan dengan khasiat yang berterusan. Sekarang ini, sukar untuk mendapatkan susu kambing fresh, kalau anda pun, memang kena ke ladang kambing dan perlu melakukan proses penstrilan. Selain daripada yang fresh, banyak lagi pilihan lain yang anda boleh dapatkan dengan meminum susu yang diproses untuk mengekalkan khasiat yang ada.

Kali ini, kami akan berikan beberapa tips penting berkenaan dengan cara minum susu kambing ini sama ada ianya yang terbaik ataupun sebaliknya. Seterusnya terpulang kepada anda untuk buat pilihan untuk tentukan yang mana yang terbaik berdasarkan kepada apa yang anda mahukan.

Pilihan Yang Ada

#1 Fresh Dari Ladang

Cara minum yang pertama tentulah dengan meminum susu yang fresh dari kambing. Ini adalah antara yang kami galakkan untuk anda cuba sendiri sama ada berbaloi ataupun tidak. Kebanyakan doktor tidak menggalakkan cara ini kerana ianya kadangkala mendatangkan penyakit yang tidak diketahui. Adalah lebih baik untuk distrillkan terlebih dahulu sebelum meminum susu ini yang fresh dari ladang.

Anda boleh mendapatkan jenis yang ini di kedai-kedai terpilih dan selain daripada itu, anda boleh dapatkan di supermarket berdekatan. Tetapi tidak semua supermarket ada menjual jenis ini, memang kena tahu yang mana yang ada jual dan yang mana yang tidak menjual. Cara terbaik adalah dengan pergi ke ladang kambing berdekatan untuk dapatkan susu jenis ini.

#2 Susu Yang DiProses dan Jadi Serbuk

Antara pilihan lain adalah untuk mendapatkan susu yang diproses dan dijadikan serbuk. Sekarang ini, untuk jenis ini, memang terdapat banyak pilihan yang ada di pasaran dan daripada pelbagai jenama yang ada untuk anda pilih. Yang lebih penting daripada itu adalah, produk-produk ini selamat dan mendapat kelulusan daripada kementerian kesihatan Malaysia. Ianya adalah antara produk yang selamat dan berkualiti yang anda boleh dapatkan di pasaran pada harga yang terbaik dan berbaloi.

Antara pilihan jenama yang kami rekemen adalah Lazz, Wildan dan satu lagi Khalish. Susu ini adalah berasaskan kambing dan sangat sesuai untuk anda yang sedang merancang untuk mendapatkan anak serta ada banyak lagi khasiat lain yang bagus untuk anda amalkan. Juga, yang lebih menarik adalah, produk ini datang dengan pelbagai perisan yang pada masa yang sama, mengekalkan khasiat yang ada untuk susu tersebut. Antara pilihan yang ada dan kami rekemen anda untuk dapatkan yang ini.

#3 Untuk Bayi

Ada juga yang dirumus khas untuk bayi, khususnya yang baru lahir sehingga ke 6 tahun. Jenama yang popular untuk rumusan bayi berasaskan susu kambing adalah jenama Karihome. Ianya adalah jenama yang tidak asing lagi di Malaysia dan produk ini juga telahpun mendapat kelulusan daripada kementerian kesihatan Malaysia.

Untuk bayi yang mempunyai alahan dengan susu lembu, apa salahnya untuk mencuba produk ini. Ianya adalah antara produk yang terbaik yang anda boleh dapatkan pada harga yang berbaloi kalau di Lazada. Seterusnya, terpulang kepada anda untuk mendapatkan susu ini dan pilihlah sama ada ianya berbaloi atau sebaliknya.

Apapun, inilah 3 cara yang biasa untuk minum susu ini. Apapun, daripada yang fresh, kami lebih menggalakkan untuk anda mengamalkan yang serbuk kerana ianya telahpun diproses untuk membuang rasa hanyir dan tidak enak. Ianya adalah antara pilihan yang baik untuk anda amalkan bergantung kepada apa yang anda mahukan. Memang ramai yang amalkan produk ini untuk ikhtiar mendapat zuriat.

Read More

5 Cara Cepat Mengandung – Amalkan Langkah Ini Dan Lihat Hasilnya

Pasangan mana yang tak mahukan zuriat. Kalau ikutkan memang ramai yang nakkan zuriat atas pelbagai faktor antaranya adalah untuk menghiburkan dan menjadi penyeri di dalam rumah. Untuk itu, kali ini kami terpanggil untuk memberikan tips-tips penting berkenaan dengan cara cepat mengandung dan kalau boleh tu nak yang bunting pelamin terus.

Walaupun ada yang bunting pelamin, ada juga yang mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapat zuriat. Banyak faktor yang menjadikan perkara ini berlaku dan kali ini, kami ingin berikan kepada anda beberapa tips penting berkenaan dengan cara untuk buat anak dan cepat mengandungkan anak pertama anda.

Tips Untuk Cepat Mengandungkan Anak

#1 Jaga Diet Anda

Mahu ataupun tidak, memang faktor pemakanan adalah perkara yang dititik beratkan dalam penjagaan kesihatan. Kalau anda sedang merancang untuk hamil, antara yang perlu di ambil kira adalah berkaitan dengan penjagaan makanan anda. Kalau boleh elakkan daripada memakan makanan yang berlemak dan berminyak.

Apapun, khusus untuk penjagaan makanan, anda boleh lihat artikel INI yang menceritakan secara khusus berkenaan dengan aspek diet untuk cepat mengandungkan anak. Ada 7 tips yang merupakan perkongsian daripada saudara Nik yang pada saya sangat berbaloi untuk anda amalkan terutama yang sedang dalam proses untuk mengandungkan anak. Boleh amalkan tips yang ada dan jangan lupa untuk sentiasa berikhtiar dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan.

#2 Elakkan 5 Perkara Ini

Kami ada sediakan 5 tips khusus berkenaan dengan 5 perkara yang anda perlu elakkan kalau anda mahu cepat hamil dan mengandung. Boleh cuba amalkan dahulu dan ianya adalah antara ikhtiar yang baik untuk mereka yang ingin cepat hamil. Kemudian lihat sama ada ianya benar-benar berkesan ataupun sebaliknya. Boleh lihat artikel tersebut di SINI.

#3 Jaga Berat Badan Anda

Berat badan adalah antara perkara yang dicadangkan oleh doktor-doktor pakar perbidanan kepada mereka yang merancang untuk hamil. Ianya lebih kritikal kepada yang perempuan daripada yang lelaki untuk memiliki berat badan yang sangat ideal. Amalkan senaman dan gaya hidup yang sihat adalah antara faktor penting untuk anda dapatkan berat badan yang sesuai.

Apabila berbicara berkenaan dengan berat badan, yang penting adalah penjagaan Body Mass Index ataupun BMI. Untuk itu, anda perlu tahu berat badan anda dan kami sarankan yang ini untuk anda lihat berapakah berat badan anda. Kalau alat penimbang yang ini pula anda boleh kira sekali kandungan lemak yang anda ada. Nak yang mana, terpulang kepada anda, paling kurang pun, memang kena ada 1 alat ini di dalam rumah.

#4 Lakukan Hubungan Dengan Kerap

Ianya penting terutama kalau anda sedang merancang yang terbaik untuk anak anda. Kekerapan melakukan hubungan merupakan antara faktor yang penting dalam hubungan suami isteri untuk mendapatkan zuriat. Lagilah kena kerap lakukan perhubungan sebagai cara cepat mengandung selepas haid ataupun period. Dengan itu, lebih banyak kebarangkalian anda untuk mendapatkan anak.

#5 Jumpa Pakar

Kalau misalkata lepas anda mencuba selama setahun ataupun selepas setahun perkahwinan masih belum mendapat zuriat, memang disarankan untuk berjumpa dengan doktor pakar bagi membincagkan masalah ini. Sama ada masalah ini daripada yang perempuan ataupun yang lelaki, boleh tentukan dari situ. Ataupun boleh cuba pelbagai kaedah yang disarankan oleh doktor.

Inilah antara beberapa tips penting untuk cara cepat dan pantas mengandung anak. Boleh cuba sendiri dan yang penting sekali, kena sentiasa berikhtiar untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Read More

Cara Cepat Hamil Selepas Haid – Elakkan 5 Perkara Ini

Antara waktu subur adalah waktu selepas habis haid. Terutama pada hari yang ke 14 dan 15 dan waktu ini adalah waktu subur seseorang wanita. Cara cepat hamil selepas haid adalah dengan mengajak pasangan anda untuk bersama pada waktu ini. Dengan itu, lebih mudah dan kebarangkalian untuk hamil pun tinggi.

Pada kali ini, kami nak sekali lagi berkongsi berkenaan dengan perkara yang anda perlu elak tertuama kalau anda sedang merancang untuk hamil. Berikut adalah 5 perkara yang anda perlu elakkan daripada anda buat kalau memang serious merancang untuk hamil. Harapnya, dengan itu, lebih mudah untuk anda mendapatkan anak pertama, kedua dan seterusnya. Memang ikhtiar itu satu perkara yang penting dan memerlukan kesungguhan.

Pada akhir artikel ini kami akan kongsikan 7 diet yang sesuai untuk hamil. Boleh tengok dahulu apa yang patut anda lakukan untuk hamil.

5 Perkara Yang Anda Perlu Elak

#1 Elakkan memakan fastfood. Fastfood memang mengandungi kandungan garam yang tinggi dan memang boleh menyebabkan kepada berlakunya masalah ketidaksuburan. Waktu dalam merancang ini, kalau boleh cuba memakan makanan yang sihat dan kalau boleh, makanan yang dimasak dirumah.

#2 Elakkan untuk anda mengambil produk yang berasaskan kepada pati ikan haruan dan pati gamat. Pati ini sangat sesuai untuk mereka yang selepas waktu melahirkan anak terutama untuk cepat sembuh. Fungsi super healing yang ada pada pati ini akan sedikti sebanyak menyebabkan bahagian dalam perut melekat dan menyebabkan kesusahan ketika bersalin nanti. Kalau boleh elakkan ketika dalam masih merancang dan ketika mengandung.

#3 Elakkan Durian kerana ianya boleh menyebabkan kandungan gula dalam darag yang tinggi. Boleh kalau rasa mengidam tu, tetapi jangan makan terlalu banyak, makan seulas atau 2 ulas sahaja. Lepas tu minum air banyak-banyak untuk elakkan daripada perkara yang tidak diingini.

#4 Elakkan Meminum Soya, soya memang boleh mencantikkan kulit anak yang bakal lahir nanti tetapi biasanya akan timbul masalah lain pula. Apakah masalahnya? Ianya adalah berkaitan dengan kulit, biasanya masalah kulit sensatif yang teruk. Kalau boleh elakkan soya semasa mengandungkan anak ataupun semasa dalam proses merancang. Lagipun, banyak lagi pilihan minuman lain yang ada kan.

#5 Elakkan Makan Ayam Yang Dicucuk. Ya, yang ini agak sukar sedikit kerana kami sendiri pun makan ayam cucuk agak banyak. Terutama kalau makan diluar. Kalau boleh, makan ikan atau daging untuk kesihatan yang berpanjangan. Cara lain adalah, beli ayam organik yang banyak dijual sekarang ini ataupun satu lagi alternatif adalah dengan beli je ayam kampung. Banyak pilihan sekarang ini dan boleh telefon yang berdekatan dengan anda. Ayam organik pun sudah memasuki pasaran Malaysia dan mendapat tempat yang baik.

Tidak habis setakat di sini, ini adalah perkara yang anda perlu elakkan, tetapi apa yang anda perlu lakukan pula selepas ini? Jaga pemakanan anda. Memang kena jaga dengan baik, untuk itu, boleh ke SINI untuk 7 tips penjagaan makana untuk cepat hamil. Harap ianya sedikit sebanyak membantu anda untuk cepat.

Apapun, kita hanya berusaha dan merancang, yang menentukan sama ada ini adalah cara mudah hamil ataupun tidak itu bukan kita. Sebagai seorang Islam, ikhtiar itu penting dan akhir sekali kita serahkan kepada yang maha kuasa untuk segalanya. Apapun, agar semuanya baik-baik sahaja. Untuk anda yang sedang merancang, saya sangat rekemen alat ini bagi membantu untuk anda memeriksa sama ada anda hamil ataupun tidak.

 

Read More

7 Tips Untuk hamil – Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Ini adalah perkongsian daripada saudara Nik Mohd Fahmi berkenaan dengan cara yang beliau dan pasangan gunakan sebagai tips untuk hamil. Bagi saya, ianya adalah satu perkongsian yang bagus kepada pasangan yang ingin cepat hamil terutama sekali yang masih belum dapat anak walaupun anak pertama. Perkongsian beliau sangat menarik terutama bagi yang dah lama mencuba tetapi masih belum lagi mendapat cahaya mata.

Harap dengan perkongsian dari beliau ini dapat membuka mata dan sebagai tips cepat hamil untuk anda. Harapnya, kalau anda memang mencari tips ini, boleh amalkan dan sentiasa tambah dengan ikhtiar dan doa agar semuanya dipermudahkan. Ini pun salah satu aspek yang penting dalam proses ikhtiar.

Perjalanan Bermula

Ianya bermula selepas salah seorang selebriti yang dah lama mencuba tips dan teknik untuk hamil ini berkongis dan mewujudkan group whatsapp. Dari situ, isteri kepada tuan Nik ada dan mereka pun mencuba apa yang disarankan untuk cepat hamil. Antara faktor yang sangat ditekankan adalah faktor pemakanan dalam ikhtiar untuk hamil. Pemakanan memang memainkan peranan yang penting dan berikut adalah 9 tips yang dikongsikan;

Ianya untuk diamalkan oleh pihak suami dan isteri. Memang menarik dan antara tips yang baik untuk dikongsikan.

#1 Amalkan Memakan Minyak Zaiton

1 sudu minyak zaiton sebelum sarapan dan 1 sudu sebelum tidur untuk kesihatan yang berpanjangan. Ada banyak jenis sekarang dan yang paling disarankan adalah jenama Ravika ini. Sedap dan tidak terlalu masam.

#2 Minum Madu Sebelum Sarapan dan Tidur

Cuba amalkan sebelum sarapan dan sebelum tidur. Kalau boleh cari yang berkualiti dan cuba amalkan sebaiknya. Tak tahu nak cari di mana? Boleh ke SINI untuk dapatkan pilihan yang terbaik untuk minyak anda.

#3 Minum Pati Delima

Ini pun antara beberapa tips yang baik kepada anda boleh amalkan. Ramai yang mengamalkan meminum pati ini untuk kesihatan jangka masa panjang. Juga untuk salah satu daripada tips untuk kehamilan. Anda boleh amalkan juga. Cara minum pati ini pun tak susah, boleh ke SINI untuk cara yang lebih detail berkenaan dengan cara minum.

#4 Amalkan Susu Kambing

Susu kambing adalah antara yang sangat sesuai untuk diamalkan. Ada yang segar dan ada yang telahpun diproses. Kalau susah nak dapatkan yang segar tu, beli je yang dah diproses kerana ianya memang telah diuji secara klinikal untuk membantu perkembangan dan mempercepatkan kehamilan. Adakalanya ianya boleh jadi milk booster. Apapun, boleh tengok pilihan susu kambing di SINI.

#5 Amalkan Zafaron

Boleh amalkan safron, rendam dalam air suam dan madu. Tunggu sehingga kekuningan dan tiada masalah untuk dibawa ke tempat kerja. Memang antara pilihan yang baik untuk cepat hamil.

#6 Amalkan Makan Kurma

Kurma adalah makanan yang popular semasa bulan puasa, selain daripada bulan puasa, memang susah nak dapat. Kalau dah amalkan kurma tak perlu lagi pada asid folik. Tapi kalau susah nak jumpa kurma ini, beli je asid folik di kedai berdekatan. Antara cara amalkan adalah, makan dan campur dengan susu, pun sedap juga.

#7 Minum air kepada di hujung kehamilan.

Ini kalau sudah mengandung dan ianya adalah untuk mencantikkan kulit bayi. Apapun, boleh amalkan beberapa tips yang kami kongsikan di atas ini bagi membantu untuk anda dan pasangan untuk cepat dapat anak.

Ianya memang berguna dan harap, perkongsian daripada saudara Nik Mohd ini sedikit sebanyak memberikan pencerahan kepada anda berkenaan dengan tips terbaik untuk cepat hamil. Jangan putus asa dan sentiasa berikhtiarlah, harap dengan itu, lebih mudah untuk anda cepat hamil.

Read More

7 Jenis Makanan Darah Tinggi – Enak Dan Sedap

Apakah diet yang sesuai untuk pesakit darah tinggi? Darah tinggi adalah antara penyakit yang kerap menghidap ramai orang di Malaysia. Kalau nak kata punca tu, memang ada banyak punca kepada terjadinya perkara ini dan yang paling kerap adalah faktor pemakan dan stress di tempat kerja.

Makanan pun memainkan peranan yang penting kerana antara sebab kepada punca masalah ini adalah faktor diet yang tidak seimbang. Untuk itu, pada kali ini, kami akan berikan beberapa tips penting berkenaan dengan makanan darah tinggi dan diet yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.

Punca dan Cara Rawatan

Kami pernah menulis tentang penyakit ini pada artikel yang lalu berkenaan dengan puca kepada penyakit ini. Boleh tengok di sini apa yang kami maksudkan. Selain daripada itu juga, berkenaan dengan cara rawatan penyakit ini pun sedikit berbeza dengan penyakit lain. Dalam tempoh rawatan ini, memang kena jaga pemakanan dan kalau boleh elakkan makanan yang mempunyai banyak kandungan garam yang tinggi. Ini memang penyebab kepada berlakunya hypertension.

Benda Wajib Yang Anda Perlu Ada

Benda ini adalah wajib kalau anda memang mempunyai masalah tekanan darah ini. Dengan adanya benda ini, anda dapat memeriksa blood pressure anda dengan lebih kerap tanpa perlu pergi ke klinik berhampiran. Harganya pun sangatlah mampu beli dan memang mampu dimiliki. Apakah alat itu? Boleh tengok SINI untuk info lanjut.

Dengan alat ini, akan lebih mudahlah untuk anda periksa tekanan darah anda setiap hari. Bila anda periksa tekanan darah anda setiap hari, barulah anda tahu tekanan darah anda dan lebih mudah untuk anda mengambil langkah-langkah untuk mengawal jika bacaan tekanan anda adalah terlalu tinggi nanti.

Menu Makanan Yang Bersesuaian

Disebabkan oleh pemakanan merupakan antara faktor yang penting dalam mengawal tekanan darah tinggi, berikut adalah makanan yang anda perlu jaga. Memang kalau boleh kena makanan yang sedap dan tidak perlu terlalu mengongkong. Yelah, kalau boleh, nak juga memakan makanan yang enak-enak walaupun terkena darah tinggi kan? Untuk itu, berikut adalah antara menu yang terbaik.

#1 Yogurt Tanpa Lemak

Antara petua yang patut anda amalkan adalah makanan jenis ini. Pastikan ianya tanpa perasa dan hanya yang original. Amalan yogurt dapat membantu proses penghadaman dan merupakan antara pilihan yang baik untuk hypertensi. Ianya mengamdungi kurang garam dan bagus diamalkan untuk mereka yang mempunyai darah tinggi.

#2 Kacang Putih

Memang antara pilihan makanan yang baik dan berkualiti. Boleh dicampurkan dengan nasi untuk memberikan kekenyangan kepada anda. Memang antara pilihan yang baik dan terbaik untuk anda.

#3 Buah Kiwi

Buah ini memang sukar untuk didapati tetapi memang antara pilihan yang baik untuk kesihatan yang berpanjangan. Cuba dapatkan buah ini dahulu dan amalkan. InsyaAllah akan berkesan dan memberikan kesan yang berpanjangan.

#4 Buah Pic

Pun antara diet yang baik untuk diamalkan. Piilhan yang baik untuk jangka masa panjang. Alternatif kepada buah kiwi kerana tidak semua boleh dapat buah Kiwi ini. Harganya pun agak mahal berbanding dengan buah lain. Alternatif terbaik adalah buah Pic ini yang merupakan antara pilihan yang baik.

#5 Pisang

Pisang merupakan makanan yang mudah didapati di Malaysia ini dan mempunyai banyak khasiat yang baik untuk badan. Salah satunya adalah untuk menurunkan hormon stress dalam darah. High Blood Pressure adalah antara penyebab dan pisang adalah diet yang baik untuk mengurankan penyakit ini. Nak lagi menarik, buat pengat ataupun lempeng pisang tanpa menggunakan gula. Peralatan semuanya ada di SINI.

#6 Ikan Siakap Masak Stim

Kurangkan garam dalam makanan adalah perkara ataupun item yang sangat penting untuk diet penyakit ini. Kalau boleh, elakkan daripada menggoreng dan gunakan garam. Masak stim adalah antara yang sesuai untuk anda gunakan. Memang antara pilihan yang terbaik untuk kesihatan jangka masa panjang.

#7 Brokoli Masak Sedap

Brokoli adalah antara pilihan yang baik untuk penawar darah tinggi. Ianya adalah antara pilihan yang baik dan cara memakan adalah dengan rebus dan makan. Elakkan menggunakan garam untuk diet yang lebih baik. Apapun, walaupun rebus, ianya tetap sedap untuk dimakan.

Inilah antara beberapa diet yang penting untuk anda kalau anda mengalami masalah tekanan darah. Cuba sendiri dan lihat hasilnya. Jangan lupa untuk monitor tekanan darah anda setiap hari, kalau anda monotor setiap hari, barulah tahu sama ada apa-apa teknik perubatan adalah berkesan ataupun sebaliknya.

Read More