Kali ini saya nak berkongsi tips untuk kempiskan perut selepas bersalin yang sering diambil ringan oleh ramai orang. Terutama sekali oleh ibu-ibu selepas bersalin cesarean atau bersalin secara pembedahan. Ramai yang mengalami masalah obesiti selepas melahirkan anak mereka.

Jadi untuk mengatasi masalah perut buncit dan cara untuk kempiskan perut selepas bersalin adalah;

Ambil beberapa biji limau kasturi dan sedikit kapur makan. Perahkan jus limau dan gaul bersama kapur tadi. Sapukan pada perut untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Boleh diamalkan semasa berpantang sebelum memakai bengkung dan pada bila-bila masa sahaja.

Pemakaian bengkung dapat membantu mengempiskan perut selepas bersalin. Nak lagi power, amalkan sekali tips di atas iaitu limau nipis dan kapur makan sebelum menggunakan bengkung. Pemakaian bengkung pada ketika ini membantu menyokong dan menguatkan otot di samping membuang lemak yang terkumpul di perut. Jika anda bersalin secara pembedahan di galakkan supaya menggunakan bengkung moden yang boleh di ubahsuai tahap ketatnya. Pakai bengkung seelok-eloknya 2 – 3 minggu selepas melahirkan anak. Untuk cepat baik memang digalakkan menggunakan bengkung. Boleh beli Bengkung Moden Online di SINI.

Breastfeeding. Adalah satu kelebihan bagi ibu selepas pantang kerana mengamalkan penyusuan susu ibu kepada bayi. Menyusu membakar 500 kalori setiap hari. Jadi memang breastfeed ini membantu untuk menguruskan badan dan memberikan bentuk badan yang cantik terutama selepas bersalin. Jadi, kepada mommies sekalian, jom breastfeed anak. Saya juga galakkan untuk gunakan pam susu. Ada banyak jenama breast pump murah di pasaran dan yang saya rekemen Breast Pump Snow Bear ini yang pada saya murah dan harga tidak terlalu mahal.

Jangan tinggal breakfast kerana breakfast ini meningkatkan kadar metabolisma badan dan menyebabkan kadar pembakaran tenaga berlaku lebih cepat. Lagi satu, breakfast ini memberikan tenaga penting di awal pagi untuk melakukan banyak pekerjaan agar tidak cepat lapar. Cuba untuk breakfast walaupun makan sekeping roti.

Banyakkan minum air masak dan minum dalam kuantiti yang banyak secara kerap. Meminum air dapat memberikan tenaga kepada badan, menghilangkan haus dan dahaga. Digalakkan guna air masak kerana air masak tiada kandungan kalori berbanding air manis.
Elakkan mengambil makanan yang bergula dan berlemak. Lemak dan gula berlebihan memang akan menukar menjadi lemak di dalam badan. Makan makanan berlemak dan bergula seadanya dan bukan dalam kuantiti yang banyak.

Lakukan senaman, senaman yang anda boleh lakukan adalah senaman post natal seperti di bawah ini.

Walauapapun, semuanya bergantung kepada anda sendiri, memang tiada jalan pintas untuk kurus selepas bersalin. Jika amalkan semua tips yang saya syorkan ini, insyaAllah akan lebih mudah untuk kurus selepas bersalin. Harap tips dan petua kempiskan perut selepas bersalin ini mempu mengurangkan masalah perut buncit selepas bersalin.