Pam Susu (Breast Pump) Murah

Hari ini saya nak berikan review berkenaan dengan breast pump murah atau pam susu yang merupakan item yang sangat dicari-cari oleh ibu-ibu berkerjaya yang menyusukan anak. Sekarang bukan sahaja ibu-ibu yang berkerjaya menggunakan pam susu, tetapi juga suri rumah kerana kelebihan pam susu ini membolehkan susu disimpan dan disejukan kemudian.

Kali ni saya nak review beberapa jenama pam susu murah dan terbaik untuk kegunaan semua. Penting untuk ibu-ibu dan bakal ibu mendapatkan yang terbaik untuk keperluan mereka.

Oleh itu artikel pada kali ini,jom kita lihat breast pump atau pam susu yang murah dan berbaloi untuk dimiliki. Sekarang ni terdapat macam-macam jenis pam susu yang bersesuaian dengan keperluan ibu-ibu masa kini. Pam susu mahal tidak semestinya ianya bagus, yang paling penting adalah sesuai digunakan dan mudah.

Elektrik Spectra BreastPump

Spectra memang antara pam susu terbaik yang ada dipasaran dan paling penting lagi, ianya cukup popular di kalangan ibu yang menyusukan anak. Harganya agak mahal tetapi puas hati. Saya sendiri memiliki breast pump jenis Spectra ini. Apa yang best pasal Spectra ni, suction dia agak kuat, banyak susu yang dapat disedut sekaligus menyebabkan performance jenama ini memang terbaik. Saya guna Spectra M1, cuma agak berbunyi sikit la berbanding jenama lain yang dikatakan agak senyap tu.

Mula-mula beli 2 cup suction, tetapi 1 cup sudah cukup sebenarnya, terasa membasir pulak beli dua. Untuk ibu-ibu, saya sarankan beli 1 cup suction dulu, kalau tak cukup baru beli satu lagi. Spectra ini banyak spare part dijual online, jadi memang berbaloi untuk digunakan.

Boleh lihat SINI untuk harga terkini Spectra

Sini untuk review penuh Spectra M1

Pam Susu Philips Avent

avent breast pump

Pun antara jenama yang agak popular, tetapi harga lebih mahal sikit berbanding dengan Madela elektrik. Tetapi jenama manual dari Philips Avent juga tidak kurang hebatnya, tak sakit dan lembut. Cuma ianya manual, tak digalakkan guna untuk ibu-ibu berkerjaya. Kalau ibu-ibu suri rumah, bolehla beli jenis yang manual tetapi saya tetap galakkan beli je yang elektrik. Terbaik dan mudah.

Boleh lihat SINI untuk harga terbaru dari Avent. Komen saya, mahal sikit dari yang lain. 😛

Rumble Tuff

rumble tuff breast pump

Rumble Tuff adalah antara jenama yang boleh menggunakan bateri, elektrik dan secara manual. 3 in 1 gitu. Bagus pump ini, tetapi saya tetap galakkan guna yang elektrik atau bateri. Pam ini sangat sesuai untuk digunakan oleh ibu-ibu berkerjaya, boleh pam di tempat kerja atau cikgu-cikgu. Sangat la digalakkan guna, lagi satu pam ini boleh juga digunakan semasa travel, sebab boleh menggunakan kuasa bateri. Memang terbaik dan puas hati. Saya galakkan ambil je satu, dan pam ini murah sikit dari Madela, dan kualiti suction sama. Terbaik. Satu-satunya alat yang mempunyai pelbagai function. Review pun not bad sebernarnya. Kalau saya tau rumble tuff ni dari awal, tentunya jadi pilihan saya

Apapun boleh tengok di SINI untuk Rumble Tuff, harga agak kompetatif, kalau dalam bajet anda, saya cadang beli je.

Lacte Breast Pump

Antara pam susu dengan harga yang agak kompetatif. Mana taknya ianya di bawah RM300 dan banyak reviewer berpuas hati dengan Lacte ini. Memang la menjadi pilihan ibu-ibu masa kini. Terbaik.

Boleh lihat SINI untuk harga terkini Lacte.

Pam ini agar murah dan daripada review pun terabit, until mereka yang ada bajet untuk belt pam suss di bawah rm300, Lacte adalah antara pilihan yang bagus. Kualiti dan harga masih murah, memang terbaik.

Malish Lifestyle Snow Bear Single Electric

Alternatif kepada jenis Lacte, dengan harga yang tak jauh beza daripada jenis yang Lacte, Malish Lifestyle berikan storage bottles, bag dengan ice pack. Wow, harga di bawah RM300. Rata-rata reviewer di internet tak ada masalah dengan Malish Lefestyle ini, terbaik dan terbukti berkesan.

Boleh lihat sini untuk Malish Lifestyle dengan harga yang sangat menarik. Terbaik.

Juga review penuh dari kami untuk Pam Susu Murah Snow Bear Malish Lifestyle ini.

pam susu snow bear

Dah pilih mana yang sesuai? Kalau dah pilih satu lagi persoalan, kat mana nak simpan susu-susu yang dah diperah itu ye?

Antara solution adalah storage ini, saya galakan guna yang botol sebab mudah untuk dipanaskan berbanding dengan plastik pakai buang. Lagipun banyak kegunaan storage box ni. Boleh pilih di SINI.

Panaskan pula tidak digalakkan rendam terus dalam air panas, sebaiknya gunakan pemanas, tetapkan suhu pada 37’C hingga 40’C iaitu suhu badan untuk panaskan susu. Takut kalau terlalu panas nanti hilang pula zat. Antara pilihan yang baik adalah bottle warmer dari Mydear ini, terbaik

Banyak sebenarnya keperluan ibu-ibu yang menyusukan anak ini, tetapi memang kita tetap mahukan yang terbaik untuk anak-anak, tak apalah berkorban sikit. Breast pump murah dan terbaik pun kena jadikan satu titik tolak untuk menyusukan anak.

Artikel berkaitan :

  1. Perbandingan antara elektrik vs manual
  2. Persediaan Wajib Sebelum Bersalin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *