5 Cara Cepat Mengandung – Amalkan Langkah Ini Dan Lihat Hasilnya

Posted by on August 2, 2017 in ibu mengandung | 0 comments

Pasangan mana yang tak mahukan zuriat. Kalau ikutkan memang ramai yang nakkan zuriat atas pelbagai faktor antaranya adalah untuk menghiburkan dan menjadi penyeri di dalam rumah. Untuk itu, kali ini kami terpanggil untuk memberikan tips-tips penting berkenaan dengan cara cepat mengandung dan kalau boleh tu nak yang bunting pelamin terus.

Walaupun ada yang bunting pelamin, ada juga yang mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapat zuriat. Banyak faktor yang menjadikan perkara ini berlaku dan kali ini, kami ingin berikan kepada anda beberapa tips penting berkenaan dengan cara untuk buat anak dan cepat mengandungkan anak pertama anda.

Tips Untuk Cepat Mengandungkan Anak

#1 Jaga Diet Anda

Mahu ataupun tidak, memang faktor pemakanan adalah perkara yang dititik beratkan dalam penjagaan kesihatan. Kalau anda sedang merancang untuk hamil, antara yang perlu di ambil kira adalah berkaitan dengan penjagaan makanan anda. Kalau boleh elakkan daripada memakan makanan yang berlemak dan berminyak.

Apapun, khusus untuk penjagaan makanan, anda boleh lihat artikel INI yang menceritakan secara khusus berkenaan dengan aspek diet untuk cepat mengandungkan anak. Ada 7 tips yang merupakan perkongsian daripada saudara Nik yang pada saya sangat berbaloi untuk anda amalkan terutama yang sedang dalam proses untuk mengandungkan anak. Boleh amalkan tips yang ada dan jangan lupa untuk sentiasa berikhtiar dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan.

#2 Elakkan 5 Perkara Ini

Kami ada sediakan 5 tips khusus berkenaan dengan 5 perkara yang anda perlu elakkan kalau anda mahu cepat hamil dan mengandung. Boleh cuba amalkan dahulu dan ianya adalah antara ikhtiar yang baik untuk mereka yang ingin cepat hamil. Kemudian lihat sama ada ianya benar-benar berkesan ataupun sebaliknya. Boleh lihat artikel tersebut di SINI.

#3 Jaga Berat Badan Anda

Berat badan adalah antara perkara yang dicadangkan oleh doktor-doktor pakar perbidanan kepada mereka yang merancang untuk hamil. Ianya lebih kritikal kepada yang perempuan daripada yang lelaki untuk memiliki berat badan yang sangat ideal. Amalkan senaman dan gaya hidup yang sihat adalah antara faktor penting untuk anda dapatkan berat badan yang sesuai.

Apabila berbicara berkenaan dengan berat badan, yang penting adalah penjagaan Body Mass Index ataupun BMI. Untuk itu, anda perlu tahu berat badan anda dan kami sarankan yang ini untuk anda lihat berapakah berat badan anda. Kalau alat penimbang yang ini pula anda boleh kira sekali kandungan lemak yang anda ada. Nak yang mana, terpulang kepada anda, paling kurang pun, memang kena ada 1 alat ini di dalam rumah.

#4 Lakukan Hubungan Dengan Kerap

Ianya penting terutama kalau anda sedang merancang yang terbaik untuk anak anda. Kekerapan melakukan hubungan merupakan antara faktor yang penting dalam hubungan suami isteri untuk mendapatkan zuriat. Lagilah kena kerap lakukan perhubungan sebagai cara cepat mengandung selepas haid ataupun period. Dengan itu, lebih banyak kebarangkalian anda untuk mendapatkan anak.

#5 Jumpa Pakar

Kalau misalkata lepas anda mencuba selama setahun ataupun selepas setahun perkahwinan masih belum mendapat zuriat, memang disarankan untuk berjumpa dengan doktor pakar bagi membincagkan masalah ini. Sama ada masalah ini daripada yang perempuan ataupun yang lelaki, boleh tentukan dari situ. Ataupun boleh cuba pelbagai kaedah yang disarankan oleh doktor.

Inilah antara beberapa tips penting untuk cara cepat dan pantas mengandung anak. Boleh cuba sendiri dan yang penting sekali, kena sentiasa berikhtiar untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *