7 Cara Hilangkan Bengkak Gusi – Amalkan Tips Untuk Gusi Sihat

Gusi seringkali tidak mendapat perhatian yang lebih seperti gigi. Padahal gusi bengkak dapat menimbulkan tidak selesa dan gangguan mulut yang ringan. Sakitnya sampai kadang kala tidak boleh bercakap dengan orang langsung. Pada dasarnya gusi yang sihat tidak akan berdarah kerana gosok gigi atau jika tersentuh, berwarna merah muda, dan dapat menahan gigi dengan kuat adalah ketiga tiga ciri utama gusi yang ideal. Kali ini, kami akan berikan info berkenaan dengan cara hilangkan bengkak Gusi.

Gusi bengkak merupakan hal yang umum. Biasa ditandai dengan pembesaran, mengelembung, atau menonjol. Ada sebahagian kes, gusi bengkak boleh jadi cukup besar hingga menutupi keseluruhan gigi. Banyak punca mengapa gusi kita boleh sakit iaitu tertumpunya plak pada gigi. Plak itu terjadi akibat daripada makanan dan minuman. Plak juga mengandungi bakteri yang boleh menganggu kesihatan gusi. Ianya juga mungkin berkaitan dengan sakit gigi dan boleh tengok tips ini jika anda mengalami sakit Gigi yang teruk.

Gusi bengkak juga boleh disebabkan pemasangan gigi palsu ataupun penggunaan ubat gigi yang mempunyai sensetiviti terhadap gusi. Jadi kita juga perlu memilih ubat gigi dengan betul, pastikan ubat gigi itu tidak mempunyai sebarang sensetiviti terhadap gusi yang akan meninggalkan kesan buruk pada gusi kita.

Gangguan ringan seperti gusi bengkak, biasanya boleh ditangani dengan memberikan lebih banyak perhatian pada kebersihan mulut. Sikat gigi dua kali tiap hari dan lengkapi kebersihannya dengan menggunakan benang gigi. Benang gigi boleh didapati di farmasi-farmasi yang berdekatan .

Untuk mengatasi sakit gusi bengkak, kita disarankan untuk memperbanyak pemakanan sayur dan buah serta mengelakkan dari merokok, minuman beralkohol dan makanan yang menhandungi glukosa tinggi.

Gusi bengkak yang disebabkan oleh gigi sensetif terhadap ubat gigi, dapat diatasi dengan menggantikan produk yang biasa digunakan. Jika gusi disebabkan oleh produk ubat kumur, segera hentikan penggunaanya. Sedangkan jika hal itu merupakan reaksi dari ubat yang anda gunakan, maka bertanyalah pada doktor mengenai kemungkinan mengganti ubat tersebut dengan yang lain.

Petua Atasi Sakit Gusi – 7 Info Penting

Jadi pada hari ni saya akan kongsikan dengan anda cara hilangkan bengkak gusi dengan menggunakan bahan semula jadi. Badan kita sekarang ni tidak boleh diajar untuk menggunakan ubat ubatan selalu jadi mari kita gunakan bahan tradisional. Bahan bahan tradisional ini tidak mempunyai bahan bahan yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya antara kaedah yang kita boleh gunakan adalah :

#1 Minyak Cengkih

Minyak cengkih ini boleh didapati di kedai kedai. Cara dia amat mudah cuma sapukan minyak cengkih dibahagian gusi yang bengkak 2 kali sehari.

#2 Limau Nipis

Perah jus limau nipis tu kemudian campurkan dengan air suam & guna untuk berkumur. Seeloknya buat waktu masa nak tidur & selepas bangun pagi.

#3 Madu

Sebaiknya kita gunakan madu yang asli bukan madu yang dibeli di pasaraya. Cara merawat gusi bengkak menggunakan madu asli adalah sapukan bahagian gusi yang bengkak 3 kali sehari . Tengok pilihan Madu Berkualiti di SINI.

#4 Bawang merah

Tumbuk bawang merah tu kemudian campur dengan sedikit garam kemudian sapu di bahagian gusi yang bengkak. Tetapi harap bersabarlah ye dengan rasa dan bau bawang yang boleh tahan kuat.

#5 Lemon & air panas

Cara menggunakan lemon ni pun sama macam guna limau nipis itu. Perah jus lemon kemudian campurkan dengan air panas, tetai seeloknya air suam la takkan kita nak berkumur dengan air panas. Lepastu kumur dua hari sekali ye sayang sayang semua.

#6 Pijatan gusi

Apa benda pula pijatan gusi ni? Pijatan gusi ini adalah kaedah picit atau urut bahagian gusi yang bengkak. Cara dia urut atau picit gusi yang bengkak dengan cara membulat menggunakan jari telunjuk. Tetapi pastikan jari tu bersih dulu ye.

#7 Baking soda

Haa baking soda ni senang caranya. Ambil baking soda kemudia campur dengan air suam kemudian guna untuk berkumur. Buat banyak kali pun takde masaalah sebab die mampu mencegah bakteria dalam mulut kita.

Jadilah itulah antara cara cara yang boleh kita gunakan untuk menghilangkan sakit gusi. Tetapi kalau tidak hilang juga pastikkan anda berjumpa dengan doktor ye. Gunakan bahan tradisional adalah lebih mudah kerana bahan tradisional ataupun semula jadi ianya tidak mempunyai sebarang bahan kimia.

Leave a Reply