Cara Hilangkan Kurap – 2 Ubat Ini Untuk Anda

Kurap merupakan satu penyakit kulit yang perlu untuk diberikan rawatan dengan kadar segera. Kalau anda dapat mengesan kurap pada kulit anda, lakukan rawatan dengan segera sebelum ianya membesar kerana kalau dah membesar, lagi sukar untuk merawar. Kali ini, kami akan kongsikan kepada anda cara untuk hilangkan kurap yang sememangnya berkesan berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri.

Cara untuk elak kurap ini tidaklah sukar, tetapi, walaupun anda mengamalkan gaya hidup yang bersih pun, tetap ada kebarangkalian untuk ada penyakit kulit ini. Kalau dah memang ada penyakit ini, memang kena buat rawatan dengan segera. Kali ini, ianya adalah berdasarkan pengalaman saya mengubati penyakit kulit ini sejak daripada sekolah rendah lagi sehingga sekarang. Cuma nasib baik, kurap yang terkena pada saya ini cuma berada di bahagian tengkuk sahaja dan kadangkala di celah kelengkang. Apapun, boleh ikuti tips yang akan saya berikan ini untuk mengubati penyakit ini.

Kalau misalkata semua tips ini anda sudah cuba dan tidak mendatangkan sebarang hasil, adalah digalakkan untuk anda mendapatkan nasihat daripada pakar penyakit kulit. Mungkin penyakit kulit yang anda alami ini ada kaitan dengan penyakit kulit lain yang hanya pakar sahaja yang dapat memberikan pengesahan.


Apa Itu Kurap?

Untuk info anda, kurap merupakan satu penyakit kulit yang disebabkan oleh “fungi” ataupun dipanggil dermatophyte. Ianya berlaku boleh disebabkan sentuhan sama ada oleh haiwan ataupun manusia yang berkurap. Keadaan kulit dan cuaca yang lembap juga merupakan antara penyebab kepada penyakit ini.

Cara Mengatasi Masalah Ini

#1 Krim Daun Gelenggang

Antara salah satu cara untuk mengubati masalah ini adalah dengan menggunakan krim daun gelenggang ini. Ini adalah daripada hasil pembacaan saya dan setelah mencuba menggunakan krim ini, ianya memberikan kesan yang postif. Yang penting sekali adalah anda konsisten menggunakan ubat ini dan boleh lihat hasilnya apabila konsisten menggunakan krim ini.

Tidak semua tempat ada krim ini, salah satu cara yang paling sesuai untuk anda cari dan dapatkan krim ini adalah dengan mendapatkannya di Lazada. Boleh tengok beberapa pilihan yang ada di SINI untuk anda dapatkan ubat ini di pasaran. Yang penting, harga dan pilihan yang ada berbaloi untuk anda gunakan. Ianya berkesan untuk saya dan harap, ianya memberikan kesan yang sama kepada anda.

#2 Krim Anti Fungal

Satu lagi krim pilihan yang baik yang anda boleh gunakan dan dapatkan di pasaran. Ianya sesuai untuk kurap yang besar dan kalau misalkata ubat kurap yang anda gunakan tidak mendatangkan kesan yang baik, boleh gunakan yang ini. Harganya pula tidaklah terlalu mahal dan berbaloi dengan apa yang anda bayar. Nakkan ubat kurap, anda boleh dapatkan di SINi untuk info lanjut.

Adalah lebih baik untuk anda gunakan krim ini daripada cara tradisional kerana walaupun sudah mencuba banyak cara tradisional, ianya tidak berkesan kepada saya. Apapun, kami rekemen untuk anda cuba dahulu dan lihat hasilnya. Apapun, sekali lagi diingatkan yang, walaupun anda sudah mencuba produk ini dan tidak mendatangkan kesan yang anda inginkan ataupun kurap anda masih belum sembuh, lebih teruk lagi kalau mendatangkan kesan sampingan yang tidak diingini, kami rekemen untuk anda dapatkan nasihat pakar kulit berdekatan. Ianya lebih baik kerana pakar kulit pastinya akan memberikan nasihat dan ubat yang betul. Apapun, cuba dahulu krim ini kerana ianya berkesan untuk saya dan harapnya ianya berkesan untuk anda juga.

Juga, kalau anda menghadapi masalah kulit lain seperti jerawat boleh tengok di sini. 

Leave a Reply