4 Cara Hilangkan Sakit Tekak – Tips Mudah Dan Cepat

“Bila cuaca tak menentu ni, memang tekak pun dah mula rasa perit. Ada ke tips dan petua untuk elakkan sakit tekak?”

Memang cuaca di Malaysia ini sangatlah tidak memnentu. Boleh jadi minggu tu sangat panas dan minggu kemudian pula hujan lebat. Bila perubahan cuaca yang mendadak dengan naik turun suhu seperti ini memanglah akan menjejaskan kesihatan. Demam, batuk dan selsema adalah antara simptom yang pertama kalau anda mengalami masalah dengan kesihatan anda. Khusus untuk anda kali ini, kami akan memberikan tips dan info untuk cara hilangkan sakit tekak agar ianya tidak berpanjangan.

Pada peringkat awal, memang boleh gunakan cara dan tips yang akan saya berikan ini, tetapi lama kelamaan dan kalau ianya masih berpanjangan dan semakin teruk, dinasihatkan untuk anda mendapatkan nasihat daripada pakar. Ini lebih selamat daripada anda mengamalkan tips yang akan membuatkan kesihatan anda bertambah terus.

Tips dan Petua Mudah Untuk Hilangkan Sakit Tekak dan Kahak

#1 Banyakkan Minum Air Masak

Ini adalah tips yang paling simple dan walaupun anda tidak sakit tekak pun, boleh amalkan tips ini. Lagilah kalau anda sakit tekak bila nak menelan tu. Memang kena amalkan tips ini untuk kesihatan yang kekal berpanjangan. Kalau boleh konsisten 8 gelas sehari tu pun dah sangat OK. Air masak pula, kalau boleh yang tidak terlalu banyak kalorin. Boleh tengok pilihan penapis air di SINI ataupun beli je air yang ditapis di kedai-kedai berdekatan ataupun di alat penapis macam Dr Sukida tu. Air tapis ni paling kurang, selamat sikit kerana telah ditapis dan baik untuk kesihatan.

#2 Amalkan Cuka Epal

Cuka epal adalah antara makanan yang baik untuk kesihatan dan lebih baik kalau dicampur dengan madu untuk rasa yang baik terutama kalau tak tahan rasa cuka yang masam tu. Kandungan asid yang tinggi dalam cuka ini mampu membunuh kuman penyebab sakit tekak. Ianya merupakan satu jenis makanan kesihatan yang popular sejak beratus tahun dahulu untuk mengubati pelbagai penyakit seperti batuk, buasir, sakit tekak dan lain-lain. Untuk cara makan ataupun cara minum cuka epal ini, boleh rujuk artikel INI yang kami tulis panjang lebar berkenaan dengan cara dan penggunaan cuka epal ini. Boleh amalkan tips yang ada ini untuk kesihatan yang berpanjangan.

#3 Minum Jus Delima Gulsan

Jus Delima mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi yang baik untuk kesihatan secara keseluruhan. Ianya mempunyai banyak khasiat yang baik untuk kesihatan anda dan kali ini, anda boleh amalkan memakan jus ini untuk kesihatan yang baik dan berpanjangan. Untuk sakit tekak dan batuk tiada masalah untuk anda amalkan tips ini. Boleh tengok di SINI untuk mendapatkan info lanjut.

#4 Kumur Dengan Air Garam

Air garam membantu mengurangkan sakit tekak dan keradangan di tekak. Ianya memang membantu serba sedikit terutama kalau anda terasa sakit tekak dan perlukan sesuatu untuk menghilangkan sakit tekak yang berpanjangan. Kami sarankan untuk anda lakukan 3 kali sehari untuk hasil yang baik dan berkesan. Jangan terlalu banyak takut ianya akan mendatangkan kesan lain yang tidak diingini.

#5 Makan Aiskrim Vanilla

Ini anda boleh cuba dan saya pernah cuba sendiri. Aiskrim vanilla ini dipercayai mampu mengurangkan keradangan dan sakit tekak. Boleh cuba sendiri dan lihat hasilnya.

Apapun ini adalah antara 5 tips penting untuk anda hilangkan sakit tekak dan mengelak daripada ianya berpanjangan. Boleh amalkan tips ini untuk kesan yang baik dan sekaligus menghilangkan sakit tekak anda. Kalau masih berpanjangan dan semakin teruk selepas mengamalkan tips ini, segeralah berjumpa doktor berdekatan untuk mendapatkan nasihat yang lebih lanjut.

Leave a Reply