4 Cara Melicinkan Kulit – Anda Tidak Akan Percaya Lepas Amalkan

Rambut merupakan mahkota bagi wanita, tetapi muka adalah tarikan untuk lelaki. Tidak dinafikan kecantikan muka adalah sesuatu yang wajib bagi setiap perempuan. Kecantikan dari segi kulit yang putih, bersih cantik dan licin. Setiap wanita pasti teringin untuk menjaga kecantikan muka. Kecantikan muka juga perlu seiring dengan pertumbuhan usia kerana kita tidak mahu kerana muka membuatkan kita kelihatan lebih tua dari usia. Di sini saya akan kongsikan cara untuk mendapatkan muka kelihatan lebih cantik bersih serta licin.

Di zaman era modenisasi ini kita dapat lihat seiring dengan pertumbuhan ekonomi kita begitu banyak produk kecantikan di pasaran. Namun dengan terlalu banyak produk kecantikan di pasaran membuatkan kita tertanya tanya manakah produk yang betul betul selamat, kerana kebanyakan sekarang ada juga produk palsu yang dikeluarkan tanpa kita sedari. Dan produk palsu ini akan memberikan kesan yang menakutkan untuk kulit muka kita ini.

Tapi hari ini saya akan menunjukkan salah satu produk yang boleh melicinkan serta memutihkan kita dengan harga mampu milik dan selamat tuntuk dipakai. Produk ini juga senang didapati dimana mana termasuk lazada. Garnier sudah tentu ramai yang mengetahui tentang produk garnie. Yang diiklankan oleh lisa surihani. Tidak dapat dinafikan sebenarnya garnier merupakan salah satu produk yang ternama. Satu malaysia malah luar daripada malaysia juga sangat mengenali garnier. Tetapi terdapat banyak jenis produk garnier yang boleh didapati tapi yang saya ingin perkenalkan adalah garnier sakura.

Garnier sakura terdapat dengan 5 produk. Pencuci, pencerah , serum, pelembap dan juga krim malam.

Namun krim malam ini tidak diwajibkan untuk pakai ia hanya untuk tambahan sahaja. Sekarang saya akan terangkan tentang kebaikan serta cara penggunaan untuk pemutih, pencuci, serum dan pelembap.

Yang pertama adalah pembersih/pencuci Pinkish Radiance Gentle Cleansing Foam. Foam pembersih wajah ini diperkaya dengan Estrak sakura, dengan formulanya yang lembut ia juga sesuai untuk kulit sensitif. Pencuci ini akan membersihkan muka kita dengan lembut dan menyeluruh ia akan menjadikan kulit muka kita lebih cerah, segar dan licin dalam 7 hari. Warna pencuci ni seakan warna pink cerah dan baunya sangat wangi seperti bau sakura. Pencuci ini digalakkan pakai sehari 2 kali iaitu waktu pagi dan malam. Pastikan selepas membersihnya lapkan muka anda dengan tuala yang bersih bagi mengelakkan segala kekotoran melekat di muka anda

Selepas memakai pencuci mari kita beralih ke serum garnier sakura iaitu Pinkish Radiance Ultimate Serum. Serum ini dilengkapi dengan estrak sakura dan 5000 kapsul pencerah. Serum ini akan membuatkan kulit muka kita tambak lebih bening, halus, dan meratakan warna kulit muka. Gel serum ini adalah tidak melekit seperti serum yang ada ia juga di dalam bekas yang cantik dan mudah dibawa kemana mana. Serum ini juga digalakkan memakai 2 kali sehari waktu pagi dan malam seteleh menggunakan pencuci wajah.

Setelah serum mari kita beralih ke pelembap iaitu Pinkish Radiance Moisturizing Cream. Kita perlu memakai pelembap adalah kerana serum adalah mengeringkan kulit muka kita jadi pelembap pula bertindak sebagai melembapkan semula kulit muka kita serta kulit muka kita akan kelihatan lebih anjal dan berseri. Kepada mereka yang bekerja di kawasan berhawa dingin kulit muka mereka lebih terdedah dan lebih cepat kering daripada biasa. Pelembap ini akan mengekalkan kelembapan kulit muka kita selama 6 jam. Apabila kita memakai dengan lebih kerap sakura white ini liang pori muka kita akan lebih mengecil dan white head akan lebih berkurang. Pelembap ini digalakkan dipakai setelah memakai serum. Anda boleh memakainya selama 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam.

Dan akhir sekali adalah Pinkish Radiance Whitening Cream ataupun pemutih. Ia adalah sebagai pembantu untuk mencerahkan warna kulit muka kita, mengurangkan bintik bintik hitam dan kulit akan terasa halus. Dengan sekali sapuan kulit akan terasa lebih lembap, kenyal dan halus. Makin hari kulit muka akan kelihatan seperti sakura. Cream ini jugak akan bertindak sebagai “foundation” muka. Dengan penggunaan yang betul keluar pun tidak perlu pakai bedak cukup dengan cream ini.

Tidak semua produk muka akan bagi kesan yang baik kepada kita. Kerana setiap kulit muka adalah berbeza, kerana itulah kita perlu pandai untuk memilih produk muka kita. Nak tahu okay ke tidak sesuatu produk cubalah dulu. Patikan yang ORIGINAL dan setiap kali pakai serum wajib pakai pelembap. Terima kasih .

Leave a Reply