5 Cara Menghilangkan Sakit Gigi – Tips Moden dan Tradisional

“Auww sakitnya gigi”

Sakit gigi merupakan satu keluhan yang paling sering dialami di seluruh dunia. Antara semua penyakit, sakit gigi memang sakit yang sedaya upaya dielakkan. Bukan apa, namanya sahaja sakit gigi tapi tahap kesakitannya dapat dirasai hingga kepala. Berdenyut denyut rasanya hingga susah nak tidur lena. Kali ini kami ingin berikan beberapa tips kepada anda berkenaan dengan cara menghilangkan sakit gigi agar tidak berulang lagi.

Apa yang menyebabkan sakit gigi? Pasti ramai akan mengatakan kerana kerosakan gigi adalah penyebabnya. Namun tahukan anda selain kerosakan pada sturuktur gigi, ternyata ada banyak sebab lain punca kepada kerosakan gigi.

Di sini saya akan senaraikan antara punca sakit gigi selain daripada kerosakan gigi :

  • Makan Ais
  • Melaga gigi
    -Ada orang biasa melakukan melaga gigi ini ketika tidur. Ini berlaku akibat daripada stress. Namun jika dilakukan dalam masa yang panjang ia boleh menyebabkan hakisan gigi.
  • Makan gula gula kenyal
  • Minuman berkabonat
  • Buka barang dengan gigi
  • Kerap makan makanan ringan
  • Gigit hujung pensel
    – Tengok kesan pada pensel yang anda gigit, begitulah juga kesan pada gigi anda.
  • Minum kopi
  • Hisap rokok.
    – Asap dari rokok bukan sahaja meninggalkan warna kusam pada gigi tetapi boleh menyebabkan radang gusi.

Berikut adalah contoh senarai yang mengakibatkan kita sakit gigi. Ianya merupakan penyebab kepada sakit gigi yang berpanjangan. Jadi antara cara untuk kita mengelakkan dari sakit gigi senang sahaja, jangan melakukan perkara berikut. Namun disini bukan setakat itu sahaja yang saya akan kongsikan, di sini juga saya akan kongsikan cara anda boleh lakukan untuk menghilangkan sakit gigi dengan cara tradisional. Cara tradisional ini adalah cara paling mudah untuk kita hilangkan kesakita pada gigi. Sebab semua bahan bahan ini terdapat di dapur rumah anda.

#1 Kumur dengan air garam

Bancuh satu sudu kecil garam pada secawan air hangat. Kacau sampai larut. Biarkan hingga suam kemudian kumurlah dengan air garam tadi. Jika mencuba cara menghilangkan sakit gigi dengan air garam, jangan sampai terminum air garam tadi pula.

#2 Limau nipis

Potong limau nipis ke bahagia bahagian kecil, lalu diperah jusnya ke dalam cawan. Gunakan sudu kecil untuk mengambil jus tersebut dan titiskan sedikit demi sedikit ke bahagian gigi yang sakit. Vitamin c yang terkandung mampu menghilangkan sakit gigi.

#3 Asam jawa

Untuk biji asam jawa, ambil segenggam biji asam jawa lalu tumbuk atau kisarkan sehingga halus. Oleskan biji yang telah dikisar itu pada gigi.

#4 Bunga cengkih

Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. Insya-Allah beransur hilang.

#5 Bawang putih

Bawang putih bersifat antibiotik , dan sangat efektif untuk mengurangkan sakit gigi. Bagaimana? Ambil satu labu bawang putih dan kupas kulitnya. Tumbuk sehingga halus, tambahkan sedikit garam dan kemudian oleskan pada bahagian gigi yang sakit.Ulangi langkah rawatan ini beberapa kali atau beberapa hari untuk menghilangkan sakit tersebut.

Ini adalah contoh bahan bahan yang boleh kita gunakan untuk menghilangkan sakit gigi anda, yelah cuba bayangkan kena tengah tengah malam waktu tidur anda. Pasti kacau bilau malam anda jadinya. Namun jika keesokan harinya gigi anda masih baik jangan pula anda lakukan kelima lima cara ini, adalah lebih baik anda teruk merujuk kepada doktor gigi yang berdekatan kerana mereka lebih tahu dari apa yang kita tahu. Jikalau anda hanya membiarkan sakit gigi anda risau ia akan memberikan kesan buruk yang lain pada diri anda.

Kami juga galakkan untuk anda amalakan memakan jus delima dan juga cuka apple ini untuk kesihatan berpanganjangan. Ianya penting bukan setakat untuk elak daripada gigi anda berasa sakit, tetapi untuk kesihatan anda secara berpanjangan.

Ingat sakit gigi adalah sakit yang boleh menyebabkan anda tidak senang duduk. Terima kasih 🙂

Anda juga boleh menggunakan cara ini untuk menghilangkan sakit gigi geraham bawah dengan cepat. Apapun, cuba amalkan dan kalau tidak berkurang, rujuk kepada doktor gigi berdekatan ye.

Leave a Reply