4 Langkah Cara Menyimpan Susu Ibu

Kali ini, kami ingin berikan beberapa tips berkenaan dengan cara menyimpan susu ibu. Kepada ibu-ibu muda yang tiada pengalaman ataupun yang inginkan cara terbaik untuk menyimpan susu, anda datang ke tempat yang betul kerana pada kali ini, kami akan berikan beberapa tips penting kepada anda untuk menyimpan susu ibu.

Ikuti beberapa langkah ini untuk anda menyimpan susu ibu dengan selamat. Harap, dengan adanya tips ini membolehkan anda untuk menyimpan stok susu di rumah anda.

Apa yang anda perlukan untuk menyimpan stok susu ini

Sebelum pergi lebih jauh untuk kami berikan beberapa tips penting untuk bagaimana menyimpan susu ibu ini. Terlebih dahulu, anda perlu sediakan apa yang anda perlukan untuk menyimpan susu ini. Berikut adalah beberapa senarai yang anda perlu anda.

#1 Pam Susu – Macam mana kalau anda nak simpan susu kalau tidak perlu dipam terlebih dahulu? Ada banyak pilihan pam susu sekarang ini dan ini adalah antara yang terbaik. KLIK SINI untuk pilihan pam susu terbaik,

#2 Peti Ais – Kalau dah ada peti ais memang tidak perlu beli yang baru, tapi kalau anda nak lihat beberapa jenama peti ais 2 pintu murah, memang boleh cuba dapatkan di SINI.

#3 Botol Simpanan – Anda perlukan botol simpanan yang proper yang memang direka khas untuk menyimpan susu. Ada banyak pilihan botol simpanan sekarang ini yang anda boleh pilih dengan harga yang murah dan terbaik. Boleh tengok sini untuk info lanjut.

#4 Pemanas Botol – Pemanas botol ini memang diperlukan terutama untuk memanaskan botol yang telah beku. Pemanas ini akan set pada suhu 40’C sehingga susu betul-betul cair pada suhu tersebut. Dengan erti kata lain, anda dapat mengawal suhu ketika pemanasan susu tersebut. Berbanding dengan kalau anda menggunakan air panas, anda langsung tidak dapat mengawal susu dan ini menyebabkan khasiat susu itu boleh hilang kerana tidak dipanaskan dengan suhu yang sepatutnya. Boleh ke SINI Untuk dapatkan Pemanas Botol pada harga diskaun.

#5 Beg Simpanan Susu – Penting beg ini terutamanya untuk menyimpan susu yang telah anda sejukkan di rumah untuk dibawa ke pejabat. Ataupun pam susu ketika di pejabat dan bawa ke rumah. Dengan adanya beg simpanan ini, ianya membolehkan anda untuk mendapatkan susu optimum dan penyimpanan susu pun menjadi lebih baik.

Inilah antara beberapa item yang anda perlukan untuk menyimpan susu ibu dengan lebih selamat. Kalau ada semua lebih bagus, kalau tiada tu, boleh cuba dapatkan satu di pasaran.

Teknik dan tips menyimpan susu ibu

#1 Simpan ikut kuantiti yang bayi minum

Kalau bayi anda minum susu hanya 5 ounce, cuba simpan hanya 5 ounce sahaja untuk setiap botol. Ini akan memudahkan untuk simpan di kemudian hari.

#2 Simpan dengan label yang betul. Yang paling penting sekali adalah tarikh anda mula bekukan susu. Jangan bekukan terlalu lama dan gunakan semua.

#3 Simpan susu yang telah diperah di dalam freezer yang beku. Lebih mudah kalau gunakan freezer yang mempunyai 2 pintu. Ianya akan mempercepatkan proses pembekuan susu berbanding dengan peti ais satu pintu.

#4 Anda boleh panaskan susu yang anda buat dengan air panas ataupun, yang terbaik adalah dengan botol pemanas khas. Anda boleh mengawal suhu botol tersebut dengan pemanas khas ini. Ini secara tidak langsung memberikan anda mengawal khasiat susu pada kadar yang optimum.

Inilah serba sedikit 4 cara menyimpan susu ibu terkini dan terbaik. Harap, anda dapat manfaatkan tips yang kami sediakan pada kali ini dan gunakan dengan sebaiknya. Yang palign penting adalah persediaan dari segi peralatan, bila peralatan yang ada mencukupi, lebih mudah unutk anda menyimpan susu.

Leave a Reply