4 Cara Merawat Buah Pinggang – Lakukan Sebelum Terlambat

Kali ini kami ingin berikan tips penting untuk teknik dan cara merawat buah pinggang. Sebenarnya kami lebih percaya kepada mencegah daripada merawat. Maksudnyak, lakukan yang terbaik untuk merawat buah pinggang anda dan lihat jika ada simptom ataupun tanda-tanda penyakit ini pada diri anda. Kalau dapat kesan daripada awal, boleh lakukan sesuatu untuk elak daripada ianya menjadi lebih kronik dan teruk. Boleh tengok artikel ini untuk lihat tanda penyakit ini.

Kalau memang ianya sudah rosak dan menjadi teruk, memang anda kena mulakan rawatan secepat mungkin. Kali ini, kami akan berikan beberapa tips penting kepada anda berkenaan dengan cara dan teknik untuk melihat sama ada buah pinggang anda menjadi semakin baik dan terus ok.

Beberapa Tips Penting Untuk Anda Amalkan

Boleh ikut beberapa tips ini untuk anda amalkan dan lihat sama ada ianya berkesan ataupun sebaliknya. Yang penting adalah untuk anda tidak mudah berputus asa dengan apa yang ada untuk diberikan kesembuhan daripada penyakit ini. Boleh lihat artikel ini untuk tips penjagaan buah pingang yang berkesan.

#1 Jaga Pemakanan Anda

Bila perkara ini sudah jadi, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk anda menjaga pemakanan anda dan elak daripada ianya menjadi lebih teruk. Elakkan minuman bergula seperti air manis dan sebagainya dan memperbanyakkan meminum air masak untuk anda. Dalam aspek pemakanan pun memang banyak yang anda kena jaga dan kawal. Kalau dulu boleh makan kari kambing, nasi lemak dan lain-lain tu, tetapi bila perkara ini sudah jadi, memang kena jaga pemakanan dan elak daripada memakan makanan yang boleh mendatangkan penyakit.

#2 Lakukan Senaman Ringkas dan Lain-Lain

Bila perkara ini sudah jadi, memang tak banyak senaman yang anda boleh lakukan. Tetapi mahu ataupun tidak, anda boleh berjalan sahaja walaupun terkena penyakit anda. Ambil masa untuk membuat rutin berjalan di sekitar taman anda dalam sehari. Kalau boleh konsisten untuk mendapatkan kesan yang baik kepada kesihatan walaupun anda kerap pergi ke pusat dialisis. Senaman ringkas seperti berjalan ini memang baik untuk kesihatan dan anda boleh lakukan secara rutin sahaja sama ada di rumah atau sebagainya.

Selain daripada berjalan, anda juga boleh mencuba teknik senaman ringkas lain dan jangan melakukan senaman yang terlalu aktif. Ini adalah antara beberapa tips yang terbaik untuk anda lakukan senaman. Lakukan secara konsisten dan lihat hasilnya.

#3 Makan Supplimen Vivix

Ramai yang menggalakkan untuk anda beli dan gunakan supplimen Vivix daripada Shaklee ini. Ianya mempunyai testimoni yang tersendiri dan ramai yang telah mencuba dan berjaya sembuh. Apapun, kami tidak pernah mencuba lagi supplimen ini dan tidak tahu sama ada ianya berkesan ataupun sebaliknya. Tetapi, kalau memang betul anda mengalami masalah buah pinggang dan berhabis sehingga RM3k ke RM4k sebulan untuk pergi mendapatkan rawatan dialisis, tiada masalah untuk anda dapatkan supplimen yang berharga RM700 ini di pasaran dan lihat sama ada ianya berkesan ataupun sebaliknya.

Memang ianya tidak serasi dengan semua orang dan harap ianya serasi dengan anda. Boleh lihat dan dapatkan supplimen yang kami cadangkan tersebut di SINI. Untuk lebih banyak pilihan, kami rekemen untuk anda lihat di SINI.

#4 Banyak Berdoa Diberikan Kesembuhan

Dah lakukan semua ikhtiar dan seterusnya adalah tidak berhenti berdoa dan memohon yang terbaik untuk anda dan keluarga. InsyaAllah yang terbaik yang anda akan dapat dan berikan. Lakukan solat hajat dan mohon kepada yang maha kuasa.

Apapun, ini adalah antara beberapa tips ringkas berkenaan dengan tips dan cara untuk merawat buah pinggang daripada rosak. Boleh amalkan tips ini untuk lihat buah pinggang yang lebih baik pada masa akan datang.

Leave a Reply