6 Cara Merawat Buasir – Dan 2 Cara Moden Yang Efektif

Buasir. Apa itu buasir? Menurut perubatan Siddha Ayurvedha buasir adalah pembengkakan luar biasa pada vena yang terletak di bahangian rektum dan dubur seperti vena varikos di kaki. Apabila vena ini membonjol keluar ia akan menganggu dan menybabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan terlalu banyak tekanan pada rektum. Kali ini, kami ingin memberikan kepada anda tips dan cara merawat buasir, amalkan tips ini dan lihat hasilnya.

Terdapat dua jenis buasir iaitu buasir dalaman dan buasir luaran. Mari kita lihat apakah maksud buasir luaran dan dalaman.

Buasir dalaman
– buasir dalaman selalunya tidak menyebakan kesakitan atau gatal dan anda tidak boleh merasanya kerana ia terdapat pada bahagian paling dalam usus besar. Buasir dalaman adalah tidak merbahaya, tetapi pendarahan itu disebabkan oleh kanser dan ianya harus dirawati.

Buasir luaran
– kebanyakan petanda yang sering kita dengar disebabkan oleh buasir luaran, antaranya adalah kesakitan, kepedihan dan kegatalan. Jika buasir luaran menjadi besar dan tidak mendapat bekalan darah, satu ketulan boleh terbentuk didalamnya dan menyebabkan kesakitan yang teramat sangat serta menyebabkan buasir darah beku. Sekiranya urat pada dubur regang dan terdapat buasir, ianya menjadi susah untuk dipulihkan.

Apakah punca buasir? Buasir boleh terjadi disebabkan:

  1. Kerap sembelit hingga terpaksa meneran secara kuat untuk buang air besar.
  2. Mengalami cirit birit untuk temph yang agak lama
  3. Kurang mengambil makanan tinggi serat
  4. Kurang minum air
  5. Berat badan berlebihan.

Macam mana kita nak tahu yang kita kene buasir? Simptom buasir yang anda boleh perhatikan adalah:

  • Rasa sukar untuk membuang air besar
  • Pendarahan sebelum dan selepas membuang air besar
  • Bengkak dan gatal pada bahagian dubur selepas membuang air besar
  • Rasa sakit di bahagian dubur
  • Rasa tidak selesa di bahagian dubur bila berdiri atau mencangkung untuk tempoh yang lama

Tapi anda tidak perlu risau buasir ini kita boleh mencegahnya. Banyak cara yang kita boleh gunakan untuk mencegah buasir ini. Disini saya akan kongsikan bersama anda apa yang perlu dirawat untuk kita mencegah daripada buasir ini. Antaranya adalah: (Baca sehingga akhir artikel untuk rekemendasi produk)

#1 Mengubah corak pemakanan anda
– utama sekali anda perlu mengubah corak pemakanan anda, anda perlu mengambil makanan yang tinggi serat seperti buah buahan, bijirin atau sayur sayuran setiap hari. Makanan tinggi serat seperti buah buahan, bijirin dan sayur sayuran dapat membantu menghindarkan najis anda menjadi keras. Lembut dengan kandungan air yang banyak dapat menghindarkan dari najis keras dan terjadi sembelit.

#2 Minum air putih
minum air putih dengan banyak dapat membantu mengelakkan masaalah sembelit sekaligus masaalah buasir. Namun bukan setakat buasir sahaja ia juga mampu membantu kesihatan tubuh badan.

#3 Jangan berdiri atau duduk terlalu lama
– ini kerana ia memberi penekanan pada perut dan salur darah. Sesekali rehatkan diri agar otot perut dapat juga berehat. Lakukan senaman dengan kerap agar semua otot badan dapat meregang dengan sihat.

#4 Jangan meneran dengan kuat
– ingat elak meneran dengan kuat kerana ia memberikan tekanan pada saluran venus di kawasan dubur. Tekanan yang kuat menyebabkan ia bengkak dengan cepat.

#5 Jangan tahan berak
– jika terasa ada keinginan untuk membuang air, jangan tahan atau melengah lengahkannya. Najis akan menjadi kering dalam dubur dan susah dikeluarkan.

#6 Jangan lengah mendapat rawatan
– ini kerana buasir boleh menyebabkan komplikasi seperti tisu mati dan lemah anggota badan akibat tidak mendapat penjagaan yang sewajarnya.

Anda boleh amalkan semua yang ada di atas ini, pada masa yang sama juga, kami ingin berikan rekemendasi kami kepada 2 produk yang berbaloi untuk anda cuba sendiri keberkesanannya.

Mayinglong – Produk ini tidaklah menghilangkan buasir tetapi memberi kelegaan yang baik, boleh cuba.

Set HPA – Ini adalah produk yang kami rekemen untuk anda cuba sendiri, mempunyai kesan yang efektif dalam memberikan rawatan buasir. Boleh cuba dan lihat hasilnya.

Jadi kita perlu senantiasa menjaga kesihatan kita kerana setiap penyakit ini akan memberikan kesan yang buruk pada diri kita kelak. Jadi jaga kesihatan ye 🙂

Leave a Reply