10 Cara Nak Hilangkan Parut Jerawat dan Melicinkan Kulit Wajah

Penampilan kebiasaannya menjadi persepsi nilaian terhadap seseorang individu. Oleh sebab itu, ramai yang sentiasa nak kelihatan cantik dan menawan serta sempurna di mata orang yang melihatnya. Bak kata pepatah, “dari mata turun ke hati”. Namun, apa yang sering menjadi kerisauan ramai terutamanya kaum wanita apabila keluar jerawat pada wajah. Pelbagai cara yang diusahakan semata-mata nak menghilangkan jerawat. Kali ini, kami nak berkongsi tips berkenaan dengan cara nak hilangkan parut jerawat agar kulit kelihatan cantik dan berseri.

Sudah hilang jerawat, parut pula yang tak susut-susut. Ia kadangkala kelihatan remeh tetapi boleh menyebabkan stress dan hilang keyakinan diri. Lebih-lebih lagi apabila parut tu melekat waktu hampir-hampir nak buat persembahan di kelas, hadir temuduga, bertemu teman-teman baru, majlis perkahwinan, dan nak balik kampung. Mula lah nak mencari-cari petua menghilangkan parut jerawat. Nah, artikel ini mencadangkan 10 petua menghilangkan parut jerawat! Semoga bermanfaat untuk para pembaca sekalian.

Pertama, minyak zaitun. Urutkan wajah anda dengan minyak zaitun secara perlahan-lahan terutama pada bahagian parut jerawat. Gunakan secara teratur dan berterusaan kerana minyak zaitun bukan sahaja boleh menghilangkan parut malah mengecutkan jerawat-jerawat baru.

Kedua, lidah buaya atau nama saintifiknya aloe vera. Pokok lidah buaya mudah ditanam dan didapati di Malaysia. Mudah sahaja caranya iaitu patahkan sedikit daun lidah buaya tersebut, ambil lendirnya dan sapu pada wajah. Biarkan sehingga meresap dan kering. Selepas itu, anda boleh bilas seperti biasa. Sekiranya sukar mendapati pokoknya, jel lidah buaya juga banyak terjual di farmasi dan kedai-kedai jamu.

Ketiga, Natrium bikarbonat atau juga disebut baking soda. Kebiasaannya, mak-mak guna bahan ni sebagai serbuk penaik buat roti atau kuih. Namun, khasiatnya luar biasa. Ia mampu menyerap masuk ke dalam pora kulit dan membersihkannya. Kebersihan dari dalam sehingga mampu menghalang jerawat baru muncul. Caranya, campurkan dua sudu teh natrium bikarbonat dengan sedikit air sehingga menjadi pekat seperti pes. Lumurkan pada parut-parut jerawat di muka anda. Selepas meneyerap, bilas wajah anda dan cucikan dengan moisturizer supaya wajah lebih kelihatan suci dan berseri.

Keempat, minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara mengandungi antioksidan yang tinggi dan amat baik untuk keseluruhan tubuh. Selain digunakan untuk memasak, sebagai minyak rambut, ia juga boleh digunakan sebagai lotion dan pelembab wajah serta tubuh. Selepas mandi, titiskan sedikit minyak kelapa dara dan urutkan perlahan-lahan pada wajah anda. Biarkan sahaja tanpa membilasnya. Ia akan menyerap ke dalam pora kulit anda dan menghasilkan impak yang menakjubkan. Baik juga dipakai sebelum tidur.

>>Cara Mudah Untuk Hilangkan Parut Jerawat – Info Lanjut di SINI

Kelima, timun. Cara menggunakan ialah hiris timun segar nipis-nipis dan tempekkan pada wajah yang barparut. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari untuk hasil yang lebih memberansangkan.

Keenam, bedak sejuk. Ini lah rahsia kecantikan bonda dan nenda kita dahulu. Bedak sejuk boleh ditumbuk atau dilenyekkan hingga hancur dan campurkan dengan sedikit air. Kemudian, sapukan bedak pada kulit yang berparut. Gunakan pada waktu pagi dan malam sacara berterusan.

Ketujuh, tomato. Tomato mengandungi kandungan vitamin A dan Vitamin C yang amat tinggi selain bertindak sebagai antioksidan yang mampu mengawal kebebasan bmasuk radikal-radikal bebas ke dalam kulit wajah. Cara penggunaannya ialah dengan melenyekkan tomato sehingga menjadi hancur. Kemudian, sapukan sahaja pada wajah anda. Tunggu sehingga kering dalam 30 hingga 40 minit sebelum dibilas dengan air.

Kelapan, pisang atau bahagian dalam kulit pisang. Anda boleh memilih sama ada hendak melomorkan wajah dengan bahagia dalam kulit pisang atau dengan pisang itu sendiri. Pisang mampu mengecutkan kesan parut jerawat dan melicinkan kulit wajah anda. Bilaskan semula wajah setelah lomoran tadi kering.

Kesembilan, campuran madu dan lemon. Madu sememangnya terkenal sebagai penawar secara Islamik mahupun saintifik. Manakala lemon pula mengandungi asid alfa hidroksil semulajadi yang bertujuan mambantu pertumbuhan kulit baru sekaligus mengurangkan parut jerawat. Cara menggunakannya ialah dengan memerahkan sedikit jus lemon ke dalam bekas. Kemudian, campurkan dengan dua sudu teh madu. Seterusnya, celupkan kapas pada campuran jus tadi dan tekapkan sedikit demi sedikit dan secara perlahanlahan pada wajah anda. Wajah pasti menawan dengan usaha yang berterusan.

Kesepuluh, masker campuran. Bahan-bahan ini boleh digunakan secara berasingan tetapi bagi tujuan yang lebih berkesan, sebaiknya digabungkan sehingga menjadi masker. Bahan-bahannya ialah beras, putih telur, sengkuang, dan kayu manis. Ambil satu pot beras, basuh sehingga bersih, toskan sehingga kering. Kemudian, ambil setengah biji sengkuang yang dipotong nipis dan sebatang kayu manis. Kisarkan semua bahan ini menggunakan pengisar kering. Setelah sebati campuran tadi, campurkan dengan satu biji telur putih. Campuran ini boleh disapu pada wajah perlahan-lahan seperti menyapu masker muka. Lebihan masker tadi boleh juga disapu pada tubuh anda atau menyimpannya untuk kegunaan kali kedua. Cuba cara ini seminggu sekali. Wajah anda akan kelihatan lebih berseri, putih bersih berserta parut-parut semakin mengecut dan menghilang.

Akhir sekali, semua petua-petua di atas memerlukan kesabaran dan ketabahan. Lakukan secara konsisten dan berterusan. Walaubagaimanapun, jangan dilupa pada air. Minumlah air putih banyak-banyak kerana air mampu menyingkirkan toksin dan bakteria yang menjadi punca kepada jerawat yang menghinggap pada wajah anda. Begitu juga dengan pengambilan buah-buahan. Buah-buahan mengandungi kandungan khasiat yang amat tinggi dan semulajadi. Selamat mencuba.

Leave a Reply