5 Cara Cepat Mengandung – Amalkan Langkah Ini Dan Lihat Hasilnya

Pasangan mana yang tak mahukan zuriat. Kalau ikutkan memang ramai yang nakkan zuriat atas pelbagai faktor antaranya adalah untuk menghiburkan dan menjadi penyeri di dalam rumah. Untuk itu, kali ini kami terpanggil untuk memberikan tips-tips penting berkenaan dengan cara cepat mengandung dan kalau boleh tu nak yang bunting pelamin terus.

Walaupun ada yang bunting pelamin, ada juga yang mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapat zuriat. Banyak faktor yang menjadikan perkara ini berlaku dan kali ini, kami ingin berikan kepada anda beberapa tips penting berkenaan dengan cara untuk buat anak dan cepat mengandungkan anak pertama anda.

Tips Untuk Cepat Mengandungkan Anak

#1 Jaga Diet Anda

Mahu ataupun tidak, memang faktor pemakanan adalah perkara yang dititik beratkan dalam penjagaan kesihatan. Kalau anda sedang merancang untuk hamil, antara yang perlu di ambil kira adalah berkaitan dengan penjagaan makanan anda. Kalau boleh elakkan daripada memakan makanan yang berlemak dan berminyak.

Apapun, khusus untuk penjagaan makanan, anda boleh lihat artikel INI yang menceritakan secara khusus berkenaan dengan aspek diet untuk cepat mengandungkan anak. Ada 7 tips yang merupakan perkongsian daripada saudara Nik yang pada saya sangat berbaloi untuk anda amalkan terutama yang sedang dalam proses untuk mengandungkan anak. Boleh amalkan tips yang ada dan jangan lupa untuk sentiasa berikhtiar dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan.

#2 Elakkan 5 Perkara Ini

Kami ada sediakan 5 tips khusus berkenaan dengan 5 perkara yang anda perlu elakkan kalau anda mahu cepat hamil dan mengandung. Boleh cuba amalkan dahulu dan ianya adalah antara ikhtiar yang baik untuk mereka yang ingin cepat hamil. Kemudian lihat sama ada ianya benar-benar berkesan ataupun sebaliknya. Boleh lihat artikel tersebut di SINI.

#3 Jaga Berat Badan Anda

Berat badan adalah antara perkara yang dicadangkan oleh doktor-doktor pakar perbidanan kepada mereka yang merancang untuk hamil. Ianya lebih kritikal kepada yang perempuan daripada yang lelaki untuk memiliki berat badan yang sangat ideal. Amalkan senaman dan gaya hidup yang sihat adalah antara faktor penting untuk anda dapatkan berat badan yang sesuai.

Apabila berbicara berkenaan dengan berat badan, yang penting adalah penjagaan Body Mass Index ataupun BMI. Untuk itu, anda perlu tahu berat badan anda dan kami sarankan yang ini untuk anda lihat berapakah berat badan anda. Kalau alat penimbang yang ini pula anda boleh kira sekali kandungan lemak yang anda ada. Nak yang mana, terpulang kepada anda, paling kurang pun, memang kena ada 1 alat ini di dalam rumah.

#4 Lakukan Hubungan Dengan Kerap

Ianya penting terutama kalau anda sedang merancang yang terbaik untuk anak anda. Kekerapan melakukan hubungan merupakan antara faktor yang penting dalam hubungan suami isteri untuk mendapatkan zuriat. Lagilah kena kerap lakukan perhubungan sebagai cara cepat mengandung selepas haid ataupun period. Dengan itu, lebih banyak kebarangkalian anda untuk mendapatkan anak.

#5 Jumpa Pakar

Kalau misalkata lepas anda mencuba selama setahun ataupun selepas setahun perkahwinan masih belum mendapat zuriat, memang disarankan untuk berjumpa dengan doktor pakar bagi membincagkan masalah ini. Sama ada masalah ini daripada yang perempuan ataupun yang lelaki, boleh tentukan dari situ. Ataupun boleh cuba pelbagai kaedah yang disarankan oleh doktor.

Inilah antara beberapa tips penting untuk cara cepat dan pantas mengandung anak. Boleh cuba sendiri dan yang penting sekali, kena sentiasa berikhtiar untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Read More

Cara Cepat Hamil Selepas Haid – Elakkan 5 Perkara Ini

Antara waktu subur adalah waktu selepas habis haid. Terutama pada hari yang ke 14 dan 15 dan waktu ini adalah waktu subur seseorang wanita. Cara cepat hamil selepas haid adalah dengan mengajak pasangan anda untuk bersama pada waktu ini. Dengan itu, lebih mudah dan kebarangkalian untuk hamil pun tinggi.

Pada kali ini, kami nak sekali lagi berkongsi berkenaan dengan perkara yang anda perlu elak tertuama kalau anda sedang merancang untuk hamil. Berikut adalah 5 perkara yang anda perlu elakkan daripada anda buat kalau memang serious merancang untuk hamil. Harapnya, dengan itu, lebih mudah untuk anda mendapatkan anak pertama, kedua dan seterusnya. Memang ikhtiar itu satu perkara yang penting dan memerlukan kesungguhan.

Pada akhir artikel ini kami akan kongsikan 7 diet yang sesuai untuk hamil. Boleh tengok dahulu apa yang patut anda lakukan untuk hamil.

5 Perkara Yang Anda Perlu Elak

#1 Elakkan memakan fastfood. Fastfood memang mengandungi kandungan garam yang tinggi dan memang boleh menyebabkan kepada berlakunya masalah ketidaksuburan. Waktu dalam merancang ini, kalau boleh cuba memakan makanan yang sihat dan kalau boleh, makanan yang dimasak dirumah.

#2 Elakkan untuk anda mengambil produk yang berasaskan kepada pati ikan haruan dan pati gamat. Pati ini sangat sesuai untuk mereka yang selepas waktu melahirkan anak terutama untuk cepat sembuh. Fungsi super healing yang ada pada pati ini akan sedikti sebanyak menyebabkan bahagian dalam perut melekat dan menyebabkan kesusahan ketika bersalin nanti. Kalau boleh elakkan ketika dalam masih merancang dan ketika mengandung.

#3 Elakkan Durian kerana ianya boleh menyebabkan kandungan gula dalam darag yang tinggi. Boleh kalau rasa mengidam tu, tetapi jangan makan terlalu banyak, makan seulas atau 2 ulas sahaja. Lepas tu minum air banyak-banyak untuk elakkan daripada perkara yang tidak diingini.

#4 Elakkan Meminum Soya, soya memang boleh mencantikkan kulit anak yang bakal lahir nanti tetapi biasanya akan timbul masalah lain pula. Apakah masalahnya? Ianya adalah berkaitan dengan kulit, biasanya masalah kulit sensatif yang teruk. Kalau boleh elakkan soya semasa mengandungkan anak ataupun semasa dalam proses merancang. Lagipun, banyak lagi pilihan minuman lain yang ada kan.

#5 Elakkan Makan Ayam Yang Dicucuk. Ya, yang ini agak sukar sedikit kerana kami sendiri pun makan ayam cucuk agak banyak. Terutama kalau makan diluar. Kalau boleh, makan ikan atau daging untuk kesihatan yang berpanjangan. Cara lain adalah, beli ayam organik yang banyak dijual sekarang ini ataupun satu lagi alternatif adalah dengan beli je ayam kampung. Banyak pilihan sekarang ini dan boleh telefon yang berdekatan dengan anda. Ayam organik pun sudah memasuki pasaran Malaysia dan mendapat tempat yang baik.

Tidak habis setakat di sini, ini adalah perkara yang anda perlu elakkan, tetapi apa yang anda perlu lakukan pula selepas ini? Jaga pemakanan anda. Memang kena jaga dengan baik, untuk itu, boleh ke SINI untuk 7 tips penjagaan makana untuk cepat hamil. Harap ianya sedikit sebanyak membantu anda untuk cepat.

Apapun, kita hanya berusaha dan merancang, yang menentukan sama ada ini adalah cara mudah hamil ataupun tidak itu bukan kita. Sebagai seorang Islam, ikhtiar itu penting dan akhir sekali kita serahkan kepada yang maha kuasa untuk segalanya. Apapun, agar semuanya baik-baik sahaja. Untuk anda yang sedang merancang, saya sangat rekemen alat ini bagi membantu untuk anda memeriksa sama ada anda hamil ataupun tidak.

 

Read More

7 Tips Untuk hamil – Ini Langkah Yang Anda Perlu Buat

Ini adalah perkongsian daripada saudara Nik Mohd Fahmi berkenaan dengan cara yang beliau dan pasangan gunakan sebagai tips untuk hamil. Bagi saya, ianya adalah satu perkongsian yang bagus kepada pasangan yang ingin cepat hamil terutama sekali yang masih belum dapat anak walaupun anak pertama. Perkongsian beliau sangat menarik terutama bagi yang dah lama mencuba tetapi masih belum lagi mendapat cahaya mata.

Harap dengan perkongsian dari beliau ini dapat membuka mata dan sebagai tips cepat hamil untuk anda. Harapnya, kalau anda memang mencari tips ini, boleh amalkan dan sentiasa tambah dengan ikhtiar dan doa agar semuanya dipermudahkan. Ini pun salah satu aspek yang penting dalam proses ikhtiar.

Perjalanan Bermula

Ianya bermula selepas salah seorang selebriti yang dah lama mencuba tips dan teknik untuk hamil ini berkongis dan mewujudkan group whatsapp. Dari situ, isteri kepada tuan Nik ada dan mereka pun mencuba apa yang disarankan untuk cepat hamil. Antara faktor yang sangat ditekankan adalah faktor pemakanan dalam ikhtiar untuk hamil. Pemakanan memang memainkan peranan yang penting dan berikut adalah 9 tips yang dikongsikan;

Ianya untuk diamalkan oleh pihak suami dan isteri. Memang menarik dan antara tips yang baik untuk dikongsikan.

#1 Amalkan Memakan Minyak Zaiton

1 sudu minyak zaiton sebelum sarapan dan 1 sudu sebelum tidur untuk kesihatan yang berpanjangan. Ada banyak jenis sekarang dan yang paling disarankan adalah jenama Ravika ini. Sedap dan tidak terlalu masam.

#2 Minum Madu Sebelum Sarapan dan Tidur

Cuba amalkan sebelum sarapan dan sebelum tidur. Kalau boleh cari yang berkualiti dan cuba amalkan sebaiknya. Tak tahu nak cari di mana? Boleh ke SINI untuk dapatkan pilihan yang terbaik untuk minyak anda.

#3 Minum Pati Delima

Ini pun antara beberapa tips yang baik kepada anda boleh amalkan. Ramai yang mengamalkan meminum pati ini untuk kesihatan jangka masa panjang. Juga untuk salah satu daripada tips untuk kehamilan. Anda boleh amalkan juga. Cara minum pati ini pun tak susah, boleh ke SINI untuk cara yang lebih detail berkenaan dengan cara minum.

#4 Amalkan Susu Kambing

Susu kambing adalah antara yang sangat sesuai untuk diamalkan. Ada yang segar dan ada yang telahpun diproses. Kalau susah nak dapatkan yang segar tu, beli je yang dah diproses kerana ianya memang telah diuji secara klinikal untuk membantu perkembangan dan mempercepatkan kehamilan. Adakalanya ianya boleh jadi milk booster. Apapun, boleh tengok pilihan susu kambing di SINI.

#5 Amalkan Zafaron

Boleh amalkan safron, rendam dalam air suam dan madu. Tunggu sehingga kekuningan dan tiada masalah untuk dibawa ke tempat kerja. Memang antara pilihan yang baik untuk cepat hamil.

#6 Amalkan Makan Kurma

Kurma adalah makanan yang popular semasa bulan puasa, selain daripada bulan puasa, memang susah nak dapat. Kalau dah amalkan kurma tak perlu lagi pada asid folik. Tapi kalau susah nak jumpa kurma ini, beli je asid folik di kedai berdekatan. Antara cara amalkan adalah, makan dan campur dengan susu, pun sedap juga.

#7 Minum air kepada di hujung kehamilan.

Ini kalau sudah mengandung dan ianya adalah untuk mencantikkan kulit bayi. Apapun, boleh amalkan beberapa tips yang kami kongsikan di atas ini bagi membantu untuk anda dan pasangan untuk cepat dapat anak.

Ianya memang berguna dan harap, perkongsian daripada saudara Nik Mohd ini sedikit sebanyak memberikan pencerahan kepada anda berkenaan dengan tips terbaik untuk cepat hamil. Jangan putus asa dan sentiasa berikhtiarlah, harap dengan itu, lebih mudah untuk anda cepat hamil.

Read More

Review Susu Dutch Baby Terkini

Kali ini kami nak berikan sedikit review berkenaan dengan susu Dutch Baby di pasaran. Dutch baby merupakan antara susu yang bagus untuk anda cuba terutama dengan harganya yang murah berbanding dengan susu lain yang ada. Lagipun, kalau memang betul serasi dengan anak anda, apa salahnya gunakan susu ini, yang penting, anak anda serasi dengan susu ini. Dutch Baby merupakan satu jenama susu formula terkenal dan telah berada lama di pasaran Malaysia.

Kali ini, kami dan berikan info dan review berkenaan dengan susu ini agar anda mendapat manfaat yang bagus. Juga, kalau anda nakkan susu ini dengan harga dan deal yang terbaik, anda boleh dapatkan susu ini di pasaran pada harga yang sangat murah. Yang paling penting adalah, ianya serasi dengan anak anda dan anda boleh gunakan dan berikan susu ini kepada anak anda.

Susu Dutch Baby – Pilihan Yang Ada

Sebelum kami berikan info dan tips untuk memilih susu jenama Dutch Baby, juga tanda-tanda susu formula ini tidak sesuai dengan bayi anda, kami ingin berikan tips dan cara untuk anda lihat berapa harga susu jenama Dutch Baby ini di pasaran. Anda boleh buat survey dan cuba bandingkan harga yang susu ini tawarkan dengan apa yang ditawarkan di luar sana untuk penjimatan yang terbaik dan berkekalan.

Berikut adalah antara susu harga susu ini di pasaran;

1 KLIK Untuk harga Dutch Baby 0 – 6 bulan

2 Susu jenama Dutch Baby 6 – 12 bulan

3 Senarai Lengkap Susu Terbaik Jenama Dutch Baby

Memang anda boleh membuat pilihan susu yang anda mahukan. Yang penting adalah anak anda serasi dengan susu tersebut. Selain daripada Dutch baby, anda juga boleh dapatkan senarai susu formula terbaik di lazada. Misalkata Susu Dutch Lady tak sesuai dengan anak anda, bolehlah mencuba susu Friso Gold ataupun Susu S26. Kalau masih tak serasi lagi, kami rekemen untuk anda gunakan susu Karihome untuk bayi anda. Bila dah serasi, lebih mudah untuk anda kekalkan susu yang ada dan bolehlah beli susu tersebut dalam kuantiti yang banyak.

Tanda Susu Formula Tidak Sesuai Dengan Bayi

Ada banyak tanda apabila susu formula tidak sesuai dengan bayi anda. Antaranya anda boleh lihat semasa bayi anda membuang air besar. Anda boleh melihat najis bertukar warna hijau ataupun yang paling ketara adalah, najis keras sehingga bayi anda menangis setiap kali hendak membuang air. Bila ini jadi, memang jangan buang masa gunakan susu yang sama, terus cuba susu formula lain dan cuba sehingga susu itu serasi dengan anak anda.

Tips daripada kami, beli sekaligus beberapa sample kecil daripada lazada untuk sampai ke rumah anda. Misalkata susu yang pertama tidak menjadi, cuba sahaja susu yang kedua sehingga jumpa yang serasi. Banyak jenama susu yang ada dan di jual di sana. Sebagai pengguna, memang anda boleh memilih susu yang anda mahukan. Lebih penting lagi, susu yang dijual di sana memanglah murah dan sangat berbaloi untuk anda beli dan dapatkan.

Cuba Dulu Susu Dutch Baby

Memang tidak salah untuk anda mencuba susu formula Dutch Baby tersebut. Kalau serasi boleh teruskan untuk gunakan, dan kalau tidak serasi, boleh cuba susu lain. Lagipun, jenama Dutch Lady ini memang sudah lama dan memang telah digunakan untuk satu jangka masa yang lama. Apapun, harap anda dapat memilih susu terbaik agar anda dapat gunakan untuk bayi anda.

Read More

3 Susu Formula Terbaik Untuk Anak Anda

Ramai ibu-ibu pening kepada untuk cari susu formula terbaik untuk anak mereka. Mahu atau tidak memang akan sampai masa untuk ibu bapa berpisah susu dan tidak lagi menyusukan badan. Ada juga yang tidak dapat berikan susu badan kerana masalah pengeluaran susu yang sedikit. Jadi, untuk itu, memang susu formula adalah antara pilihan yang terbaik yang anda boleh dapatkan.

Khusu untuk kali ini, kami akan berikan beberapa tips penting untuk memilih susu. Anda mempunyai pilihan sama ada untuk memilih susu biasa ataupun susu kambing yang memang direka khas dengan formula terbaik untuk anak. Juga, tempat terbaik yang anda boleh pergi untuk dapatkan susu formula ini dengan harga yang berbaloi dan mampu beli. Harap, anda dapat membuat pemilihan terbaik untuk susu formula yang anda mahukan.

Pilihan Susu Formula di Pasaran

Memang tidak dinafikan, ramai yang mencari susu formula yang mengandungi aa dan dha yang tinggi. Ianya adalah baik untuk perkembangan otak dan fizikal bayi yang baru lahir agar otak sentiasa cergas dan yang paling penting sekali adalah, bayi anda nanti mempunyai antibodi yang kuat. Salah satu susu formula yang bagus yang kami ingin rekemen pada kali ini adalah susu kambing. Kenapa susu kambing? Kerana ianya mempunyai khasiat dan telah diproses untuk ianya sesuai dengan perut bayi anda. Ianya adalah antara pilihan susu yang bagus yang anda boleh dapatkan di pasaran sekarang ini. Boleh tengok Susu Karihome INI.

Selain daripada Susu kambing, anda juga boleh memilih susu formula yang berasaskan lembu. Seperti kambing, susu yang berasaskan lembu ini telahpun diubahsuai untuk ianya betul-betul serupa dengan susu ibu. Tidaklah 100% serupa tetapi hampir sama dengan khasiat yang diberikan susu ibu untuk bayi anda. Yang paling penting ianya serasi dengan bayi anda dan ianya adalah susu formula bayi yang bagus untuk perkembangan otak bayi anda. Untuk susu formula pula, kami cadangkan jenama Friso Gold dan S26.

Prioriti pertama adalah susu kambing Karihome ini, jika tidak serasi, bolehlah mencuba Friso Gold dan S26 untuk bayi anda. Memang tidak dinafikan yang, tidak semua bayi serasi dengan susu berasaskan kambing, dan kalau tidak serasi tu, bolehlah cuba susu Friso Gold untuk khasiat yang lebih baik.

Pilih Susu Yang Berbaloi dan Serasi

Memang seringkali terjadi, susu yang dipilih tidak serasi dengan bayi anda. Antara tanda yang paling ketara susu yang anda sedang gunakan tidak serasi adalah najis keras dan bayi anda menangis ketika hendak membuag air besar. Memang menggelabahlah kalau perkara ini terjadi dan bila kerap sangat atau hampir setiap kali buang air besar bayi anda mengalami perkara yang sama. Memang pada masa inilah anda perlu tahu yang anda perlu menukar dan mencuba susu lain.

Cuba dengan pek kecil dulu dan bila dah jumpa yang serasi ini, bolehlah cuba bertahan dengan jenama susu tersebut agar bayi anda selesa. Memang kena sentiasa mencuba susu formula yang ada di pasaran untuk dapatkan yang betul-betul serasi dengan susu yang anda mahukan.

Apapun, inilah antara beberapa susu formula terbaik yang anda boleh dapatkan di pasaran. Pilihlah susu yang anda mahukan agar susu yang anda perolehi ini memberikan keselesaan kepada bayi anda. Yang pentign bayi anda serasi dengan susu tersebut.

Read More

Pengalaman Guna Susu Karihome Step 1

Kali ini kami nak berikan review berkenaan dengan susu karihome step 1 dan banyak lagi step yang lain. Untuk pengetahuan anda, susu karihome ini adalah susu yang berasaskan kepada kambing dan ianya berbeza dengan susu lain kerana kebanyakan susu lain adalah berasaskan kepada lembu.

Memang tidak dinafikan yang memang ada perdebatan untuk menggunakan susu kambing kepada bayi. Tetapi, memang tidak salah untuk anda sendiri cuba sebagai ikhtiar. Susu kambing memang memberikan kualti yang baik terutama kepada bayi. Kalau ibu-ibu yang tidak dapat breastfeed penuh anak-anak, susu ini adalah pilihan yang sangat baik. Tetapi, susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi anda.

Pilihan Susu Karihome Yang Ada

Sebelum pergi lebih jauh mengenai khasiat yang ada pada susu karihome ini, berikut adalah antara pilihan susu ini yang ada di pasaran. Ada bermacam step yang dijual bermula dengan step yang pertama sehinggalah anak sudah besar. Harga, boleh tengok secara terkini di Lazada;

1. Susu Karihome Step 1 (0 to 6 month) KLIK Untuk harga dan info

2. Susu Karihome Step 2 (6 month to 12 month)

3. Pilihan Susu Karihome Lain – KLIK Untuk tengok harga

Anda boleh memilih susu berdasarakan kepada step yang anda inginkan. Susu ini juga sangat bagus terutama kalau anda masih tidak jumpa lagi susu yang serasi dengan anak anda. Antara gejala susu tidak serasi adalah sering muntah, dan tahi keras atau berdarah ketika buang air. Bila ini jadi, memang dah sampai masa untuk cuba cari susu lain yang ada di pasaran. Boleh cuba susu karihome ini untuk elakkan daripada bayi anda membuang air sangat keras.

Kalau serasi boleh cuba dan kalau tidak serasi tu, memang kena terus cuba susu yang lain-lain. Perkara ini pun pernah terjadi pada anak saya sendiri yang tidak serasi dengan susu yang ada. Cuba dan cuba, sehinggalah jumpa susu yang serasi dengan anak saya. Barulah mudah dan tidak tersiksa untuk membuang air besar lagi.

Apa Yang Bagusnya Dengan Susu kambing Karihome ini?

  • Mampu meningkatkan IQ anak-anak
  • Mengandungi antibodi yang sangat tinggi untuk anak-anak
  • Kandungan kalsium yang tinggi untuk tulang dan gigi
  • Tiada jangkitan binatang pelik-pelik kepada kambing kerana kambing mempunyai antobodi yang kuat.
  • Mudah dicerna berbanding dengan susu lembu

Ini adalah antara beberapa khasiat yang bagus yang ada pada susu kambing Karihome ini. Pada kami, ianya adalah alternatif pertama kalau misalkata anda tidak dapat menyusukan anak atas pelbagai sebab.

Boleh cuba dulu susu kambing Karihome ini untuk anak anda.

Susu Kambing Untuk Ibu Mengandung

Kalau anda sedang dalam perancangan untuk mengandung pula, susu kambing adalah antara susu yang kami rekemen kepada anda. Tetapi, kalau ada perancangan mengandung ni, jangan minum karihome pula, sebab Karihome ini memang direka khusus untuk bayi. Kalau untuk mereka yang sedang dalam perancangan untuk mengandung, kami rekemen untuk anda dapatkan susu kambing Lazz ini.

Susu Lazz ini memang direka untuk memberikan kesegaran dan sebagai salah satu ikhtiar untuk mengandung. Yang breastfeed pun boleh amalkan susu kambing Lazz ini kerana ianya sedikit sebanyak memberikan nutrien kepada bayi anda. Memang satu makanan tambahan yang baik untuk anda.

Inilah serba sedikit tips untuk membeli susu kambing di pasaran sekarang ini. Apapun, buat pilihan anda untuk dapatkan susu kambing terbaik dan untuk anak anda, memang kami rekemen susu karihome kerana kualiti dan harga yang ditawarkan memang terbaik.

Read More