Cara Cepat Hamil Selepas Haid – Elakkan 5 Perkara Ini

Antara waktu subur adalah waktu selepas habis haid. Terutama pada hari yang ke 14 dan 15 dan waktu ini adalah waktu subur seseorang wanita. Cara cepat hamil selepas haid adalah dengan mengajak pasangan anda untuk bersama pada waktu ini. Dengan itu, lebih mudah dan kebarangkalian untuk hamil pun tinggi.

Pada kali ini, kami nak sekali lagi berkongsi berkenaan dengan perkara yang anda perlu elak tertuama kalau anda sedang merancang untuk hamil. Berikut adalah 5 perkara yang anda perlu elakkan daripada anda buat kalau memang serious merancang untuk hamil. Harapnya, dengan itu, lebih mudah untuk anda mendapatkan anak pertama, kedua dan seterusnya. Memang ikhtiar itu satu perkara yang penting dan memerlukan kesungguhan.

Pada akhir artikel ini kami akan kongsikan 7 diet yang sesuai untuk hamil. Boleh tengok dahulu apa yang patut anda lakukan untuk hamil.

5 Perkara Yang Anda Perlu Elak

#1 Elakkan memakan fastfood. Fastfood memang mengandungi kandungan garam yang tinggi dan memang boleh menyebabkan kepada berlakunya masalah ketidaksuburan. Waktu dalam merancang ini, kalau boleh cuba memakan makanan yang sihat dan kalau boleh, makanan yang dimasak dirumah.

#2 Elakkan untuk anda mengambil produk yang berasaskan kepada pati ikan haruan dan pati gamat. Pati ini sangat sesuai untuk mereka yang selepas waktu melahirkan anak terutama untuk cepat sembuh. Fungsi super healing yang ada pada pati ini akan sedikti sebanyak menyebabkan bahagian dalam perut melekat dan menyebabkan kesusahan ketika bersalin nanti. Kalau boleh elakkan ketika dalam masih merancang dan ketika mengandung.

#3 Elakkan Durian kerana ianya boleh menyebabkan kandungan gula dalam darag yang tinggi. Boleh kalau rasa mengidam tu, tetapi jangan makan terlalu banyak, makan seulas atau 2 ulas sahaja. Lepas tu minum air banyak-banyak untuk elakkan daripada perkara yang tidak diingini.

#4 Elakkan Meminum Soya, soya memang boleh mencantikkan kulit anak yang bakal lahir nanti tetapi biasanya akan timbul masalah lain pula. Apakah masalahnya? Ianya adalah berkaitan dengan kulit, biasanya masalah kulit sensatif yang teruk. Kalau boleh elakkan soya semasa mengandungkan anak ataupun semasa dalam proses merancang. Lagipun, banyak lagi pilihan minuman lain yang ada kan.

#5 Elakkan Makan Ayam Yang Dicucuk. Ya, yang ini agak sukar sedikit kerana kami sendiri pun makan ayam cucuk agak banyak. Terutama kalau makan diluar. Kalau boleh, makan ikan atau daging untuk kesihatan yang berpanjangan. Cara lain adalah, beli ayam organik yang banyak dijual sekarang ini ataupun satu lagi alternatif adalah dengan beli je ayam kampung. Banyak pilihan sekarang ini dan boleh telefon yang berdekatan dengan anda. Ayam organik pun sudah memasuki pasaran Malaysia dan mendapat tempat yang baik.

Tidak habis setakat di sini, ini adalah perkara yang anda perlu elakkan, tetapi apa yang anda perlu lakukan pula selepas ini? Jaga pemakanan anda. Memang kena jaga dengan baik, untuk itu, boleh ke SINI untuk 7 tips penjagaan makana untuk cepat hamil. Harap ianya sedikit sebanyak membantu anda untuk cepat.

Apapun, kita hanya berusaha dan merancang, yang menentukan sama ada ini adalah cara mudah hamil ataupun tidak itu bukan kita. Sebagai seorang Islam, ikhtiar itu penting dan akhir sekali kita serahkan kepada yang maha kuasa untuk segalanya. Apapun, agar semuanya baik-baik sahaja. Untuk anda yang sedang merancang, saya sangat rekemen alat ini bagi membantu untuk anda memeriksa sama ada anda hamil ataupun tidak.

 

Leave a Reply