Kali ini saya nak berkongsi dengan pembaca lain berkenaan car sear baby murah. Car seat merupakan satu item yang penting kepada ibu-bapa yang bekerja yang sering menghantar anak ke pengasuh atau taska. Lagi penting jika kedua-dua ibu bapa berkerjaya dan alat ini selain untuk keselamatan anak, keselesaan anak juga amatlah penting.

Saya sendiri mempunyai satu kerusi keselamatan ini yang saya gunakan untuk mengambil anak di rumah pengasuh dan taska. Sering bertukar tukar dengan husband untuk car seat, kadangkala saya sendiri guna, kadangkala husband guna bergantung kepada keadaan.

Ada ibu-bapa yang mempunyai 2 car seat

Memang tidak dinafikan yang ada ibu-bapa yang mempunyai dua set kerana masing-masing berkerjaya. Ibu bapa sekarang juga semakin terdidik dengan pentingnya mempunyai alat ini untuk anak-anak mereka.

Tips pemilihan car seat baby murah

Untuk memilih kerusi keselamatan ini, tidak semestinya sesuatu alat itu perlukan harga yang mahal. Tak semestinya yang mahal itu bagus tetapi bergantung kepada penggunaan. Kebanyakan alat keselamatan bayi ini sudah ada standard size mereka sendiri, maksudnya, ianya mempunyai saiz yang universal untuk anak-anak hingga ke 3 tahun.

Beli alat yang mempunyai jenama tersendiri di pasaran, yang pada saya mempunyai harga yang tidak terlalu mahal atau tidak terlalu murah. Antara pilihan jenama saya ketika memilih kerusi keselamatan bayi adalah jenama Sweet Cherry. Jenama ini memang agak terkenal di Malaysia malah di dunia. Seteleh tidak digunakan, ianya boleh diberikan kepada adik beradik yang mempunyai anak lain atau dijual semula ketika anak-anak sudah membesar nanti.

Bajet harga

Untuk harga sebuah alat keselamatan bayi ini?, harga di bawah RM250 adalah normal. Tidak mustahil ada car seat yang mencecah hingga ke RM500, tetapi pada saya, harga RM250 adalah sangat munasabah. Pun ada car seat yang dibawah harga RM100, tetapi bukan jenis yang portable.

Penting, ada 2 Jenis Model yang anda perlu tahu

Yang pertama adalah seperti dalam gambar di bawah.

sweet-cherry-lb321-fiji-infant-carseat-black-red-5453-335834-1-zoom

Jenis ini adalah untuk newborn sahaja, bila baby sudah besar dah tak boleh guna. Kalau berminat dengan yang ini harga pun dalam RM99 boleh beli di SINI. Multifunctional sebab boleh guna sebagai carrier atau buai baby.

Jenis kedua seperti dalam gambar di bawah

sweet-cherry-lb308-crown-carseat-red-9900-7247633-1-zoom

Saya rekemen yang ini sebab boleh guna sehingga anak umur 3 tahun. Harga mahal sikit dalam RM180 tetapi tahan lama dan boleh gunakan banyak kali. Terbaik. Boleh beli di SINI.

Di mana nak dapatkan Kerusi Keselamatan Kereta Untuk Bayi Anda

Jika anda duduk bukan di kawasan bandar besar, mungkin sukar untuk pergi ke butik-butik barangan bayi yang besar. Jika anda pergi ke butik-butik kecil, tidak banyak pilihan alat yang ada untuk anda pilih. Saya juga mengalami kesukaran yang sama ketika memilih alat keselamatan dan mencari tempat untuk membeli car seat ini.

Kalau nak pergi ke kedai barangan bayi yang besar, agak jauh, memakan kos duit minyak dan perjalanan. Untuk memudahkan, saya beli je di Lazada SINI. Banyak pilihan kerana semua ada pelbagai jenama ada dijual. Memang menguntungkan.

Nasihat saya, untuk memilih car seat tidak perlu terlalu detail, dapat harga yang OK, beli sahaja. Saiz antara setiap kerusi keselamatan dalam kereta adalah universal dan function pun lebih kurang sama sahaja.
Apapun pilihan di tangan anda.

Apapun pilihan saya tetap Car Seat Sweet Cherry sebab yakin dengan jenama dan murah. Apapun boleh lihat senarai checklist barangan baby penting di SINI.