Ramai yang bertanya saya berkenaan dengan pampers drypers murah yang ada di pasaran. Jadi, pada kali ini, saya nak share tips untuk beli lampin pakai buang jenama drypers yang murah dengan harga yang berbaloi-baloi di pasaran.

Kenaikan harga barang memang memberikan impak kepada kewangan keluarga. Tidak dinafikan yang ianya akan terjadi seperti ini. Jika anda dapat melakukan penjimatan terutama untuk barangan anak dan pada masa yang sama mengekalkan kualiti barang, memanglah berbaloi.

Pampers ataupun drypers adalah keperluan, terutama untuk anak yang baru lahir sehingga ke 3 tahun paling kurang. Memang tiap-tiap bulan anda harus belanjakan beberapa ringgit hanya untuk lampin pakai buang ini. Jadi saya terpanggil untuk share tips untuk beli barangan jenama ini pada harga diskaun setiap hari, setiap bulan sepanjang tahun.

Kenapa harga di Supermatket mahal?

Ye memang mahal, anda boleh pergi sendiri ke Supermarket besar seperti Tesco atau Giant, harga lampin pakai buang di sana memang mahal. Harga yang saya selalu dapat adalah RM33.9 untuk Drypers L 64 pcs, tetapi di pasaraya besar harganya RM 40 dan ke atas. Kecuali kalau ada promosi yang diberikan, harga memang dapat murah.

Jadi kat mana nak dapat pampers harga murah?

Beli di Kedai Ubat Cina

Cara pertama yang saya gunakan untuk dapatkan pampers murah adalah dengan beli di kedai ubat China atau tabib China. Saya pun tak tahu kenapa harga di sini murah. Yang best, harga susu pun murah. Saya pengguna susu Mamil, jika di pasaraya besar, harga mamil adalah RM108 untuk step 3, tetapi di kedai ubat China, harga susu Mamil adalah RM99. Jauh beza tu walaupun beberapa ringgit. Lampin pakai bunang pelbagai jenama pun murah di kedai ubat China. Harga biasa supermarket RM 40, tetapi di kedai ubat biasanya memang lebih murah. Semestinya kita mahukan barangan berkualiti pada harga yang murah bukan?

Beli Pampers Barang Baby Online di Lazada

Cara kedua ini baru saya dapat tahu, rupanya di Lazada jualan lagi murah terutama brand Drypers. Dan banyak lagi jenama murah lain yang ada di pasaran yang anda boleh beli dan dapatkan. Di Lazada yang tambah menarik lagi, ianya dijual dengan kos penghantaran percuma atau Free Shipping. Boleh KLIK SINI untuk seller yang jual free shipping. Memang terbaiklah.

Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh dapatkan jenama Pet Pet saiz L murah dengan percuma Shipping. Klik SINI untuk Pet Pet Murah dan berbaloi.

Untuk Newborn juga ada promosi, KLIK SINI Untuk Drypers Newborn Murah. Memang berbaloi.

Jangan lupa gunakan coupon terkini Lazada semasa checkout, berbaloi memang berbaloi.

Drypers-L

Drypers Lazada Free Delivery

 

Di Lazada juga, banyak pilihan seperti susu pun kadangkala dijual murah, tengok promosi. Boleh tengok sini untuk susu murah. Apapun kena ambil kira kos penghantaran, kalau kos penghantaran buat harga lebih tinggi, baik lupakan sahaja. Beli je kat kedai biasa. Saya juga ada berikan review stroller murah dan baby walker murah untuk info lanjut.

Promosi di Lazada sentiasa ada

Kalau anda beli pertama kali, jangan lupa gunakan cupon code yang Lazada berikan. Boleh jimat sehingga RM10. Jadi kalau anda beli 3 paket pampers dengan harga RM89, gunakan kupon akan jadi RM79, memang la jimat.

Yang paling saya terkejut, antara jualan yang paling laris di Lazada adalah jenama dari drypers ini! boleh lihat artikel INI untuk maklumat lanjut. Tak sangka rupanya.

Begitulah sedikit sebanyak tips untuk anda semua, harap artikel ini memberi manfaat kepada semua, kalau ada apa-apa boleh berikan komen di runagan bawah. Mana tau pembaca lain ada tips untuk penjimatan beli pampers murah.