Kebaikan Susu S26 Untuk Bayi Hebat

Posted by on April 6, 2017 in kesihatan | 0 comments

Kali ini, kami nak berikan beberapa informasi berkenaan dengan kebaikan susu s26 yang memang banyak terjual di pasaran. Tetapi, sebelum itu, kenapa perlunya susu formula ini sedangkan susu ibu adalah yang paling bagus untuk bayi anda? Ini kerana memang tidak semua ibu yang mampu menyusukan anaknya sehingga habis dan untuk itu, susu formula adalah antara yang terbaik.

Sebelum pergi ke susu formula, cuba bekalkan anak anda dengan susu yang dipam. Sekarang ini ada banyak pilihan pam yang murah-murah dan pada masa yang sama memberikan kualiti yang baik kepada anda. Selain daripada pam, penting juga untuk anda mempunyai tempat simpanan atau botol simpanan susu yang betul. Bila ada semua ini, memang tiada masalah untuk memberikan susu kepada anak anda.

Berapa Harga Susu S26 di Malaysia?

Sebelum mencuba susu formula ini, apa yang penting adalah untuk anda cuba mengepam susu dan simpan di tempat yang betul. Bila tak berjaya, bolehlah cuba dapatkan susu formula yang banyak terdapat di pasaran.

Untuk pengetahuan anda, berikut adalah antara susu pilihan S26 yang ada di pasaran. Ianya adalah susu terbaik untuk perkembangan bayi anda. Boleh pilih berdasarakan kepada apa yang anda inginkan;

1 Susu S26 Untuk bayi 0 hingga 6 bulan

2 Susu S26 Untuk bayi pertengahan

3 Susu S26 Gold Murah – KLIK Untuk Info Lanjut

Berikut adalah antara beberapa pilihan susu S26 yang anda boleh dapatkan di pasaran. Banyak lagi pilihan susu yang ada untuk S26, anda boleh memilih daripada paket yang kecil atau boleh memborong paket yang besar. Juga boleh memilih susu yang biasa atau versi Gold yang lebih berkualiti dan mahal. Memang pilihan ditangan anda untuk memilih susu yang anda idamkan.

Selain daripada itu, anda juga masih boleh mencuba pelbagai jenama lain yang ada di Lazada. Memang banyak susu yang dijual di sini dengan harga yang murah dan yang pentingnya adalah, ianya daripada pelbagai jenama. Anda boleh dapatkan pelbagai susu daripada pelbagai jenama di sini.

Eksperimen Susu Terbaik Untuk Anak

Antara kebaikan susu S26 ini adalah, ianya mempunyai DHA yang memang bagus untuk perkembangan minda bayi. Kandungan nutrisi yang ada pada susu ini juga memang baik untuk perkembangan minda bayi anda. Kepada yang kerap sembelit tu, boleh cuba susu ini dan ramai baby yang mula serasi selepas menggunakan susu ini.

Tidak dinafikan ada yang tidak serasi dengan susu ini. Kalau masih lagi sembelit teruk untuk bayi anda, cuba sahaja jenama susu lain sehingga serasi dengan anak anda. Penting untuk dapatkan susu yang serasi kerana kesian tengok bayi yang kerap sembelit kerana tidak serasi dengan susu yang di berikan. S26 adalah antara ikhtiar terbaik untuk susu bayi.

Susu Formula S26

Memang tiada cara yang mudah terutama kalau anak anda masih belum berjumpa susu yang serasi dengan apa yang anda mahukan. Bila dah dapatkan susu yang anda mahukan, boleh terus beli dalam kuantiti yang banyak. Kalau anda sekadar nak tahu harga susu S26 ini, boleh tengok di link atas. tetapi, kalau anda ingin mencari susu yang serasi dengan anak anda atas sebab sembelit teruk dan jeluat, boleh dapatkan susu S26 ini pada kuantiti yang kecil. Apapun, kita cuma berusaha dan berikhtiar dan tuhan adalah yang menentukan segala-galanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *