Kali ini saya nak berikan tips untuk anda dapatkan kerusi roda ringan dan murah di pasaran. Ada banyak cara untuk anda dapatkan kerusi roda yang berkualiti dan murah, jadi pada kali ini saya nak berikan anda tempat untuk anda beli kerusi roda yang berkualiti dan murah yang anda boleh dapatkan secara online.

kerusi roda 3

Siapa yang perlukan kerusi roda ringan?

Kerusi roda ringan sangat diperlukan oleh mereka yang selalu bergerak dan inginkan kebebasan ketika bergerak. Lagipun memang memudahkan kalau anda dapatkan kerusi roda yang ringan dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang bagus. Kerusi roda ringan ini memang diperlukan oleh mereka yang mungkin masih belum cukup kuat dan memerlukan latihan untuk menguatkan otot tangan mereka. Walaubagaimanapun, kerusi roda yang ringan untuk memudahkan anda bergerak adalah yang terbaik.

Harga kerusi rodan ringan

Nak atau tidak, harga kerusi roda yang ringan biasanya lebih mahal berbanding dengan harga kerusi roda yang terdapat di hospital. Ini kerana bahan-bahan yang diperlukan adalah lebih ringan dan lebih tahan dan pastinya, harganya lebih mahal. Bagi saya, untuk membeli kerusi roda yang ringan, bajet yang sesuai adalah untuk kerusi roda di bawah RM700, ya, ianya sudah cukup bagus untuk sebuah kerusi roda, walaubagaimanapun, terpulang kepada bajet anda.

Mahal tidak semestinya kerusi roda itu bagus dan berkualiti, kadangkala anda boleh mendapat kerusi roda yang lebih murah tetapi mempunyai kualiti yang bagus. Pada saya, carilah kerusi roda yang mempunyai harga yang berpatutan, berkualiti dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang bagus.

Kedai Jual Kerusi Roda

Mungkin anda mencari kedai menjual kerusi roda, banyak tempat yang menjual kerusi roda. Saya lebih galakkan untuk anda mencari kerusi roda secara online berbanding dengan anda mencari di kedai-kedai berhampiran. Ini kerana, kerusi roda secara online mempunyai lebih banyak pilihan kerana laman seperti Lazada tidak perlu menyimpan stock seperti kedai-kedai biasa. Jadi, kalau anda beli secara online lebih banyak pilihan dan kadangkala jauh lebih murah kerana banyak penjual yang menjual barangan yang anda cari termasuklah kerusi roda ringan dan murah.

Untuk memudahkan anda, saya dah shortlisted kan beberapa kerusi roda yang ringan dan mempunyai harga berpatutan untuk memudahkan anda mencari kerusi roda yang sesuai dengan apa yang anda cari. Sekali lagi saya tekankan, kerusi roda yang saya dah shortlisted ini mempunyai harga yang berpatutan, murah dan mempunyai ciri keselamatan yang bagus.

  1. Kerusi Roda Lightweight – AQ Medicare 10 KG
  2. Kerusi Roda Ringan – Hopkin Aluminium 11.5KG
  3. Kerusi Roda – AQ Mediacare Lightweight 14 KG

Ada banyak sebenarnya kerusi roda lain untuk dijual yang ada di Lazada tu, jadi memang anda perlu membuat pilihan yang bijak sebelum membeli. Pastikan, apa yang anda beli adalah pilihan yang terbaik.

Ramai yang tidak mampu untuk memiliki kerusi roda kerana harga kerusi roda tidaklah murah dan memang ramai yang tidak mampu memiliki kerusi roda. Jadi, kalau anda mampu beli kerusi roda, belilah yang mampu untuk tahan lama dan jagalah kerusi roda tersebut agar anda boleh gunakan untuk jangka masa panjang.

Apapun, boleh tengok video di bawah untuk cara yang lebih menarik untuk memilih kerusi roda.

Penjagaan Kerusi Roda Yang Ringan dan Berkualiti

Penting juga untuk dititkberatkan akan faktor penjagaan kerusi roda agar ianya secara tidak langsung memudahkan anda untuk menggunakan kerusi roda tersebut untuk jangka masa yang lama. Lagipun, harga kerusi roda tidaklah murah dan memang ada sahaja keluarga yang tidak mampu untuk memiliki walaupun sebuah kerusi roda. Jadi, kalau anda beli kerusi roda ini, gunakanlah sebaiknya dan elakkanlah daripada rosak.

Antara penjagaan ringkas penggunaan kerusi roda adalah, cuba elakkan kerusi roda tersebut daripada kena sampah, sentiasa bersihkan kerusi roda anda. Elakkan daripada terkena air dan minyak. Sentiasa bersihkan kerusi roda tersebut untuk anda gunakan untuk jangka masa panjang. Itulah yang terbaik.

Harap artikel ini dapat membantu anda mencari kerusi roda murah dan ringan serta mempunyai kualiti yang baik.