Tips Beli Kerusi Urut Murah di Pasaran

Ramai yang mula mencari kerusi urut murah yang ada di pasaran. Kerusi urut ini memang mempunyai banyak kegunaan yang anda boleh gunakan. Anda boleh berehat-rehat dan bersantai ketika seharian penat bekerja. Kerusi urut adalah tempat untuk anda melepaskan penat mental dan fizikal. Ketika penat inilah masa yang paling sesuai untuk anda mengurut.

Berapa harga kerusi urut di pasaran?

Kalau anda sedang mencari kerusi urut murah, memang pasti anda akan bertanya tentang harga kerusi ini di pasaran. Untuk pengetahuan anda, harga kerusi urut tidaklah murah, malah mencecah ribuan ringgit. Nasihat saya, ianya adalah satu produk yang mahal, jadi pilihlah jenama yang terbaik daripada kerusi urut ini agar anda boleh gunakan untuk jangka masa yang panjang.

Untuk harga kerusi urut ini, boleh dikatakan harga kerusi urut yang ada di pasaran adalah dari range RM2000 sehingga ke RM5000. Ianya bergantung kepada bajet anda untuk anda sendiri pilih, jika bajet anda tidak banyak, boleh je untuk beli kerusi urut yang lebih murah, tetapi kalau bajet anda agak besar, bolehlah beli kerusi urut yang lebih besar. Untuk memusahkan anda, saya senaraikan 3 kerusi urut yang boleh dikatakan murah yang ada di pasaran;

  1. Luxury Shiatsu Massage Chair
  2. Luxury Shiatsu with heat Massage Chair
  3. Takashima Massage Chair

Ini adalah 3 kerusi urut yang agak popular yang ada di Lazada. Memang berbaloi untuk anda yang sedang mencari kerusi urut untuk kegunaan di rumah.

Tips Memilih kerusi urut murah dan berkualiti

Kalau nak memilih kerusi urut ini tidak lain, kena beli yang mempunyai warranty agar anda boleh gunakan untuk jangka masa yang agak lama.

Beli daripada penjual yang sudah ternama dan dikenali. Ada banyak kedai-kedai yang menjual kerusi roda yang ada di pasaran. Kalau nak beli online pulak, saya memang sarankan untuk anda beli je dengan Lazada. Lazada ini dah dikenali dan mereka pun perlu menjaga nama baik mereka di arena perniagaan online ini.

Beli berdasarkan kepada bajet yang anda ada. Kalau nak ikutkan, memang kerusi yang mahal tu lebih banyak fungsi yang hebat-hebat. Kerusi yang tak berapa mahal itu pulak, memang tak ada banyak fungsi sangat berbanding dengan kerusi yang mahal-mahal. Kerusi yang murah ini masih cover lagi basic function untuk urut badan, urut leher, urut kaki dan lain-lain lagi. Apapun kena nilaikan kepada bajet yang anda ada. Kalau anda ada bajet yang besar, lagi bagus dan ada banyak pilihan. Kalau tak, banyak lagi pilihan yang ada seperti foot massage, massage cushion dan lain-lain lagi. Semua ini jauh lebih murah berbanding dengan kerusi urut.

Pilih Kerusi Urut yang berpatutan

Apapun memang saya sarankan untuk anda beli kerusi urut dengan harga yang anda mampu dan berpatutan. 3 pilihan kerusi urut yang saya berikan di atas adalah antara yang terbaik yang ada di Lazada untuk anda pilih. Terus sampai ke rumah dan tidak perlu tunggu untuk satu jangka masa yang lama.

Harap artikel daripada kami di sensistop ini sedikit sebanyak membantu anda dalam membuat pilihan untuk memilih kerusi urut terbaik.

4 Comments

  1. jenama apa yg bagus?

    • kami cadangkan luxury Shiatsu pun adalah antara pilihan yang baik

    • mcm mn dgn ogawa or gintell?

      • Ogawa dan Gintell pun antara pilihan yang baik, tapi kalau nak lebih berkualiti, boleh tengok apa yang ditawarkan secara online

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *