6 Khasiat Buah Delima Untuk Ibu Hamil

Delima atau nama saintifiknya Punica Granatum diyakini berasal daripada Iran. Artikel pada kali ini adalah berkenaan dengan khasiat buah delima terutama untuk ibu yang mengandung ataupun hamil. Buah ini boleh didapati dalam tiga warna iaitu merah, oren, dan ungu. Bukti saintifik telah membenarkan khasiat delima yang dinyatakan dalam al-Quran :

“ Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala macam tumbuh-tumbuhan, kemudian kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari pohon-pohon kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman,” (QS.Al An’am:99).

#1 Delima merupakan sumber dari asam ellagic (yang terdiri dari Granatin B and Punicalagin), antioksidan, asam punicic, omega 5 asam lemak tak jenuh ganda yang sangat bermanfaat untuk regenerasi sel dan proliferasi. Selain itu, delima merah juga merupakan sumber yang luar biasa dari vitamin A, C, E dan K serta mineral seperti kalsium, fostor, potassium, zat besi, asam folat, niasin, thiamine, riboflavin dan folat. Kandungan khasiat luar biasa dalam delima ini menjadikan buah ini amat popular sebagai bahan rawatan kesihatan dan kecantikan.

>>KLIK SINI Untuk Info lebih menarik berkenaan dengan Jus Delima Gulsan<<

#2 Kandungan Antioksidan delima lebih tinggi daripada anggur merah, teh hijau, dan blueberry. Antioksidan ini mampu melawan radikal bebas yang merosakkan sel-sel dalam badan dan menjadi penyebab kepada kanser, Alzheimer, dan jantung. Delima memusnahkan dan menghalang sel kanser payu udara daripada terbentuk. Antioksidan dalam buah delima juga dapat mengurangi oksidasi kolestrol jahat dan meningkatkan kolestrol baik. Oleh itu, pengambilannya yang berterusan boleh menurunkan kadar kolestrol dalam tubuh seseorang.

#3 Buah delima amat baik diamalkan oleh penghidap sakit jantung dan darah tinggi. Jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima boleh menghalang tompokan plak yang tersumbat di arteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit koroneri yang mengamalkan jus delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan kadar peningkatan aliran darah menurun sebesar 18 peratus.

#4 Manfaat lain buah delima ialah boleh membantu mengurankan kesan plak gigi dan menjadi pelindung daripada berbagai-bagai penyakit mulut disebabkan sifat antibakteria dan antivirus yang ada pada buah ini. Selain itu juga, ia dapat mencegah rawan dan menghalang radang sendi. Delima baik juga untuk kesihatan perut yang mana ia boleh memperbaiki dan menguatkan usus, membersihkan tekak daripada masalah batuk, meredakan cirit-birit, bengkak usus, dan najis berdarah. Tambahan lagi, boleh mencegah muntah-muntah dan mengatasi masalah pernafasan berbau. Kandungan Zat besi nya pula boleh mengurangi anemia, kelelahan, pusing, dan gangguan pendengaran.

#5 Dari aspek kecantikan, delima kaya dengan zat antipenuaan. Pengambilan delima secara berterusan dan konsisten akan melambatkan proses penuaan pada wajah disebabkan, mencegah pigmentasi berlebihan dan terjadinya bintik-bintik gelap. Delima yang dikisar boleh dijadikan scrub wajah yang berfungsi memberi kelembapan kepada kulit dan melembutkan kulit yang kasar. Khasiatnya yang luar biasa juga boleh melindungi kulit dari sinaran matahari disamping merangsang pembentukan kolagen.

#6 Delima juga pasti digemari oleh wanita kerana fungsinya yang pelbagai. Selain rawaan kecantikan, delima baik untuk wanita mengandung, mengubahsuai hormon wanita yang sudah menopause, membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah, mengatasi masalah kemandulan, memberi tenaga yang berlebihan kepada ibu mengandung, membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan, membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik.

Hakikatnya, kita selalu bergantung pada ubat-ubatan moden tanpa kita sedari sebenarnya terdapat banyak khasiat dalam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan lebih-lebih lagi yang dinyatakan dalam al-Quran. Oleh itu, marilah kita mencuba dan menikmati khasiat buah delima.

Leave a Reply