7 Khasiat Cuka Epal – Amalkan Untuk Kesihatan Anda

Umum masih tidak mengetahui khasiat pengambilan cuka epal untuk kesihatan diri. Mungkin kita sebagai rakyat di Malaysia jarang menggunakanya tapi sebenarnya cuka epal merupakan satu ramuan yang buka sahaja menambahkan selera tetapi juga banyak khasiat.

Namun begitu, persoalan yang timbul adalah benarkah cuka epal ini mempunyai khasiat seperti yang diperkatakan ataupun hanya omongan kosong segelintir peniaga untuk melarikan produk mereka?

Sebelum itu, mari kita melihat apa yang terkandung di dalam cuka epal ini. Ia diperbuat daripada buah epal segar serta mengandungi vitamin, pectin, potassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus dan zat besi. Disamping itu, ia juga mempunyai sumber anti-oksida seperti beta-carotene dan carotenoids yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya yang boleh melemahkan system imunisasi.

“Selama lebih 10,000 tahun, masyarakat telah menggunakan cuka dalam pelbagai cara seperti penggunaannya dalam makanan dan perubatan”

Ketahui khasiat-khasiat cuka epal ini dengan lebih lanjut di bawah:

#1 Mengurangkan Kadar Kolestrol

Kajian yang dibuat pada tahun 2006, penyelidik menemui bahawa asid asetik yang terdapat di dalam cuka boleh mengurangkan kolestrol di dalam badan tikus makmal.
Malah satu lagi kajian yang dilakukan di Jepun mendapati bahawa orang yang mengambil 15 gram cuka epal pada setiap hari mampu mengurangkan tahap kolestrol seseorang.

#2 Membantu Menurunkan Berat Badan

Asid asetik yang terdapat di dalam cuka epal ini boleh membuatkan kita muda kenyang walaupun makan hanya sedikit. Bukan itu sahaja, cuka epal ini juga dapat melambatkan pengumpulan lemak di dalam badan seperti pada lapisan adipos kulit dan permukaan organ.

#3 Melegakan Sakit Tekak

Kandungan asid yang tinggi dalam cuka ini membantu anda melegakan dan memberikan keselesaan kepada tekak. Campurkan 1 /4 cawan dengan cuka epal dan 1 /4 dengan air suam. Kemudian, berkumur dengannya setiap sejam ataupun 2 jam.

#4 Masalah Mengelakkan Penghadaman

Hirup sedikit cuka epal sebelum, terutamanya jika anda makan makanan terlalu banyak. Malah ketika itu, perut mula rasa kurang enak dan menyukarkan anda untuk melakukan aktiviti harian.
Cuba tips ini: Tambah 1 sudu the madu dan 1 sudu cuka epal ke dalam satu gelas air suam. Kemudian minum 30 minit sebelum anda makan.
Selamat mencuba!

#5 Menghilangkan Tersedu

Orang kita sering kali menggunakan air kosong untuk menghilangkan sedu bukan? Kadang kala buntu bagaimana hendak menghilangkannya. Sebenarnya tidak sesukar yang disangka kerana cuka epal juga boleh mambantu menghilangkan sedu. Ambil satu sudu the cuka epal dan minumnya. Rasa masam itu boleh menghilangkan tersedu dan malah merangsangkan saraf otak.

#6 Melegakan Hidung Tersumbat

Bila hidung mula tersumbat, mulalah anda tak tentu arah. Pelbagai ubat atau minyak angin yang digunakan. Lain kali, anda gunalah cuka epal untuk elakkan hidung tersumbat. Cuka epal mengandungi potassium yang boleh mengurangkan mucus atau hingus. Disamping itu, asid asetik yang terdapat di dalam cuka pula boleh membantutkan pertumbuhan bakteria. Takkan anda ingin membiarkan bakteria teruk hidup bermaharajalela di dalam hidung anda kan?
Caranya mudah. Anda hanya perlu campurkan satu sudu teh cuka epal di dalam satu gelas air. Kemudian, minum air tersebut untuk melegakan hidung yang tersumbat.

#7 Menghilangkan Bau Mulut

Mulut berbau dan menjadi bualan rakan? Jika anda kerap menggosok gigi dan berkumur dengan Listerine, tetapi masalah bau mulut anda masih tidak hilang, cubalah pula dengan cuka epal. Berkumur dengan cuka epal ataupun minum satu sudu teh untuk membunuh bakteria yang menyebabkan masalah bau mulut tersebut.
Mudah bukan?

Untuk cuka epal ini, kalau anda tidak tahu nak beli yang mana satu kame rekemen 2 pilihan di bawah ini

1 KLIK Untuk dapatkan pilihan cuka epal original dan terbaik

2 KLIK Untuk lebih banyak pilihan lagi

Alhamdulillah, ini saja perkongsian tentang khasiat cuka epal yang saya dapat kongsikan. Menurut kajian, setakat ini cuka epal ini tidak mendatangkan kesan sampingan kepada penggunanya. Hal ini kerana cuka epal dihasilkan 100% daripada bahan semulajadi tanpa olahan dan bahan kimia yang berbahaya.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Baca Juga : Khasiat Buah Delima

Leave a Reply