Baik, dalam post kali ini, saya ingin berkongsi tentang beberapa mainan set masakan, mainan set jurutera, etc yang sangat menyeronokkan bagi kanak-kanak! (dan juga ibu bapa, mungkin?) Lebih penting dari itu, mainan-mainan yang dikongsikan di sini cukup bermanfaat dan berbaloi untuk dibeli.

Dalam lambakan mainan kanak-kanak di pasaran sekarang, bagaimana ibu bapa boleh mengenal pasti mainan-mainan yang berkualiti untuk perkembangan diri anak-anak?

Permainan yang berkualiti sepatutnya mengambil kira beberapa aspek dalam perkembangan kanak-kanak seperti aspek sosial, kognitif, fizikal dan emosi. Sebagai contoh, mainan seperti set mainan masakan, mainan jurutera, mainan doktor, mainan mekanik dan seumpamanya merupakan mainan-mainan yang membantu aspek-aspek penting perkembangan diri anak-anak. Proses bermain sebegini disebut “pretend play”.

Cuba lihat contoh-contoh di bawah. Menarik, bukan?

set-mainan-masak-masak

Antara mainan masak-masak yang direkemen untuk “pretend play”, boleh lihat di link di bawah.

Set mainan jurutera

Set mainan masakan

Jadi apa yang anak-anak dapat dalam proses “pretend play”, dan bagaimana sebenarnya main masak-masak, main mekanik, etc ini boleh membantu aspek perkembangan yang sangat penting dalam diri anak-anak?

Sebagai contoh, ketika anak anda berlakon sebagai seorang doktor di klinik, seorang tukang masak di restoran, seorang polis menangkap pencuri, seorang mekanik di bengkel dan sebagainya, mereka sebenarnya sedang bereksperimen dengan peranan sosial dan emosi dalam kehidupan watak lain. Proses ini akan membantu anak-anak memahami konsep empati (meletakkan diri dalam situasi orang lain). Tambahan lagi jika mereka bermain bersama adik-beradik lain atau rakan sepermainan, secara tidak langsung, anak-anak akan belajar proses mengambil giliran, berkongsi peranan dan juga aktif terlibat dalam penyelesaian masalah dalam “pretend play” tersebut. Pendek kata, anak-anak lebih kreatif dan mampu berfikir dengan lebih kritikal. Bagus bukan?

Jika rajin dan ingin ada “sentimental value”, ibu bapa boleh bina sendiri mainan-mainan untuk “pretend play” ini jika berkesempatan. Namun, bagi ibu bapa yang mempunyai masa dan kreativiti yang agak terhad, mungkin boleh order terus dari lazada dan sampai depan pintu rumah =).

Saya percaya pengalaman bermain yang “real” seperti ini jauh lebih baik dari membiarkan anak-anak bermain depan skrin tablet atau komputer. Kebaikannya adalah dari segi interaksi sosial, perkembangan fizikal, imaginasi, dan sebagainya.

Untuk pengalaman yang lebih seronok bersama anak-anak, boleh juga jika mainan-mainan ini dibawa ke halaman rumah (outdoor) dan biarkan anak-anak ekspresi kan kreativiti mereka di luar dan berinteraksi dengan alam semulajadi sambil anda santai-santai minum petang.

mainan-kanak-kanak

Lebih seronok jika bermain dalam (khemah) seperti ini di halaman rumah. =)

mainan-khemah-kanak-kanak

Dapatkan info lanjut berkenaan dengan set Khemah di SINI.

Anak-anak pasti sangat seronok ‘berniaga’ kalau ada ‘kedai’ yang comel seperti di bawah.

set-berniaga

Boleh dapatkan set berniaga ini di SINI

Jadi, para ibu-bapa sekalian, boleh mula intai-intai mainan-mainan yang bermanfaat untuk anak-anak di kedai berdekatan atau boleh order online di Lazada. Jangan lupa baca review sebelum beli. 🙂