7 Jenis Makanan Darah Tinggi – Enak Dan Sedap

Posted by on August 2, 2017 in kesihatan | 0 comments

Apakah diet yang sesuai untuk pesakit darah tinggi? Darah tinggi adalah antara penyakit yang kerap menghidap ramai orang di Malaysia. Kalau nak kata punca tu, memang ada banyak punca kepada terjadinya perkara ini dan yang paling kerap adalah faktor pemakan dan stress di tempat kerja.

Makanan pun memainkan peranan yang penting kerana antara sebab kepada punca masalah ini adalah faktor diet yang tidak seimbang. Untuk itu, pada kali ini, kami akan berikan beberapa tips penting berkenaan dengan makanan darah tinggi dan diet yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.

Punca dan Cara Rawatan

Kami pernah menulis tentang penyakit ini pada artikel yang lalu berkenaan dengan puca kepada penyakit ini. Boleh tengok di sini apa yang kami maksudkan. Selain daripada itu juga, berkenaan dengan cara rawatan penyakit ini pun sedikit berbeza dengan penyakit lain. Dalam tempoh rawatan ini, memang kena jaga pemakanan dan kalau boleh elakkan makanan yang mempunyai banyak kandungan garam yang tinggi. Ini memang penyebab kepada berlakunya hypertension.

Benda Wajib Yang Anda Perlu Ada

Benda ini adalah wajib kalau anda memang mempunyai masalah tekanan darah ini. Dengan adanya benda ini, anda dapat memeriksa blood pressure anda dengan lebih kerap tanpa perlu pergi ke klinik berhampiran. Harganya pun sangatlah mampu beli dan memang mampu dimiliki. Apakah alat itu? Boleh tengok SINI untuk info lanjut.

Dengan alat ini, akan lebih mudahlah untuk anda periksa tekanan darah anda setiap hari. Bila anda periksa tekanan darah anda setiap hari, barulah anda tahu tekanan darah anda dan lebih mudah untuk anda mengambil langkah-langkah untuk mengawal jika bacaan tekanan anda adalah terlalu tinggi nanti.

Menu Makanan Yang Bersesuaian

Disebabkan oleh pemakanan merupakan antara faktor yang penting dalam mengawal tekanan darah tinggi, berikut adalah makanan yang anda perlu jaga. Memang kalau boleh kena makanan yang sedap dan tidak perlu terlalu mengongkong. Yelah, kalau boleh, nak juga memakan makanan yang enak-enak walaupun terkena darah tinggi kan? Untuk itu, berikut adalah antara menu yang terbaik.

#1 Yogurt Tanpa Lemak

Antara petua yang patut anda amalkan adalah makanan jenis ini. Pastikan ianya tanpa perasa dan hanya yang original. Amalan yogurt dapat membantu proses penghadaman dan merupakan antara pilihan yang baik untuk hypertensi. Ianya mengamdungi kurang garam dan bagus diamalkan untuk mereka yang mempunyai darah tinggi.

#2 Kacang Putih

Memang antara pilihan makanan yang baik dan berkualiti. Boleh dicampurkan dengan nasi untuk memberikan kekenyangan kepada anda. Memang antara pilihan yang baik dan terbaik untuk anda.

#3 Buah Kiwi

Buah ini memang sukar untuk didapati tetapi memang antara pilihan yang baik untuk kesihatan yang berpanjangan. Cuba dapatkan buah ini dahulu dan amalkan. InsyaAllah akan berkesan dan memberikan kesan yang berpanjangan.

#4 Buah Pic

Pun antara diet yang baik untuk diamalkan. Piilhan yang baik untuk jangka masa panjang. Alternatif kepada buah kiwi kerana tidak semua boleh dapat buah Kiwi ini. Harganya pun agak mahal berbanding dengan buah lain. Alternatif terbaik adalah buah Pic ini yang merupakan antara pilihan yang baik.

#5 Pisang

Pisang merupakan makanan yang mudah didapati di Malaysia ini dan mempunyai banyak khasiat yang baik untuk badan. Salah satunya adalah untuk menurunkan hormon stress dalam darah. High Blood Pressure adalah antara penyebab dan pisang adalah diet yang baik untuk mengurankan penyakit ini. Nak lagi menarik, buat pengat ataupun lempeng pisang tanpa menggunakan gula. Peralatan semuanya ada di SINI.

#6 Ikan Siakap Masak Stim

Kurangkan garam dalam makanan adalah perkara ataupun item yang sangat penting untuk diet penyakit ini. Kalau boleh, elakkan daripada menggoreng dan gunakan garam. Masak stim adalah antara yang sesuai untuk anda gunakan. Memang antara pilihan yang terbaik untuk kesihatan jangka masa panjang.

#7 Brokoli Masak Sedap

Brokoli adalah antara pilihan yang baik untuk penawar darah tinggi. Ianya adalah antara pilihan yang baik dan cara memakan adalah dengan rebus dan makan. Elakkan menggunakan garam untuk diet yang lebih baik. Apapun, walaupun rebus, ianya tetap sedap untuk dimakan.

Inilah antara beberapa diet yang penting untuk anda kalau anda mengalami masalah tekanan darah. Cuba sendiri dan lihat hasilnya. Jangan lupa untuk monitor tekanan darah anda setiap hari, kalau anda monotor setiap hari, barulah tahu sama ada apa-apa teknik perubatan adalah berkesan ataupun sebaliknya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *