Makanan Ibu Hamil – 5 Jenis Makanan Ini Untuk Anda

Pada kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda berkenaan dengan makanan ibu hamil yang bagus untuk anda amalkan pada setiap hari. Ianya adalah makanan yang berkhasiat untuk ibu dan juga anak yang di dalam kandungan. Semestinya, untuk ibu yang hamil ini, pastikan banyak memakan makanan yang berkhasiat yang baik untuk pembesaran anak dan juga bayi anda.

Apa yang anda akan makan itu adalah apa yang bayi anda akan makan nanti. Jadi, pilihlah makanan yang berkhasiat untuk anda makan dan jangan lupa juga untuk anda lihat beberapa artikel kami berkenaan dengan persiapan bersalin di SINI dan juga artikel berkenaan dengan set bersalin di SINI.

Apa Yang Anda Patut Makan Semasa Sedang Mengandungkan Anak?

Makanan memang memainkan peranan yang penting untuk anda dan juga untuk perkembangan otak dan juga imunisasi bayi. Sebab itu, anda perlukan menu yang seimbang terutama dalam aspek kalsium dan zat best bagi membolehkan anda dan bayi mendapat nutrien yang mencukupi.

#1 Susu Segar Ataupun Fresh Milk

Ini adalah menu yang paling berbaloi yang anda boleh minum. Kalau ikutkan, memang ada banyak susu formula untuk ibu mengandung tetapi kami lebih sarankan untuk anda dapatkan susu fresh milk yang memang betul-betul fresh. Ada beberapa jenama susu fresh milk ini di pasaran yang anda boleh dapatkan antaranya adalah jenama “Farm Fresh” dan juga “Goodday”.

Bukan sahaja susu ini sedap untuk diminum, tetapi ianya memberikan nutrien kepada anda dan juga bayi anda. Kalau anda memang kerap sakit bekalang semasa mengandung tu, cuba amalkan susu ini dan lihat kesannya. Kadangkala sakit belakang semasa hamil itu disebabkan oleh kurangnya kalsium dalam badan. Jadi, apabila anda meminum susu yang sedap ini, ianya membekalkan kalsium dan zat lain kepada anda dan juga bayi, sekaligus antara tips yang berkesan untuk menghilangkan sakit belakang.

sumber minimeinsights

#2 Elakkan 2 perkara ini

Elakkan 2 perkara ini iaitu makanan segera ataupun “fast food” kerana ianya tidak berkhasiat dan mengandungi garam dan gula yang tinggi. Ianya tidak bagus untuk bayi dan juga anda. Satu lagi yang anda perlu elak adalah ayam suntik. Ayam suntik adalah ayam yang diberi hormon supaya cepat membesar dan ianya tidak bagus dan tidak sihat kalau anda memakan ayam tersebut. Inilah 2 perkara yang anda perlu elak semasa hamil.

#3 Minum Air Masak

Banyakkan minum air masak, kalau anda makan di luar pun, kalau boleh banyak minum air masak untuk memberikan air yang cukup kepada anda dan juga bayi. Lagi banyak anda minum lagi baik kerana air masak yang banyak dapat meneutralkan asid dalam badan anda.

#4 Sayuran Dan Buahan

Jangan lupa untuk anda amalkan memakan sayuran dan buah-buahan untuk pembesaran yang seimbang dan membekalkan nutrien dan zat kepada anda dan bayi dalam kandungan. Kalau yang tak suka makan sayuran tu ataupun buahan, beli je alat ini dan buat jus buah. Anda masih lagi mendapat semua nutrien dan pada masa yang sama, rasa buahan dalam bentuk jus ini adalah sangat sedap.

#5 Supplimen Jus Delima

Kami rekemen jenama Gulsan INI untuk anda amalkan semasa dalam proses kehamilan. Jus delima memang terkenal dengan manfaat yang tersendiri dan cuba untuk secara konsisten untuk anda amalkan jus ini. Ianya mengandungi nutrien dan vitamin yang baik untuk anda dan juga bayi.

Apapun, ini adalah 5 makanan yang anda boleh amalkan untuk pembesaran anda dan juga bayi anda. Yang penting adalah, amalkan secara konsisten agar bayi yang lahir nanti sihat dan bertenaga.

Leave a Reply