Mandi Selepas Bersalin – Wiladah Dan Nifas

Kali ini kami ingin membawakan kepada topik mandi selepas bersalin. Ianya adalah sebagai persediaan apabila tiba masanya nanti iaitu selepas bersalin. Kalau anda yang membaca ini belum bersalin lagi, ini adalah antara tips ataupun perkara yang anda perlu tahu berkenaan dengan topik ini. Ianya adalah berkenaan dengan mandi wajib selepas bersalin dan juga topik berkenaan dengan Wiladah dan Nifas. Sama ada boleh dilakukan secara serentak ataupun sebaliknya.

Jika anda yang membaca artikel ini sedang dalam persediaan untuk bersalin, kami galakkan untuk anda dapatkan beberapa artikel yang kami tulis khas untuk isu ini. Boleh tengok beberapa artikel yang ada di bawah ini untuk anda dapatkan info.

1 Perbandingan Set Bersalin Komprehensif Terbaik
2 Menu untuk mereka yang berpantang
3 Amalan ketika berpantang, do and don’t
4 Checklist item yang anda perlu ada ketika hendak bersalin nanti.

Harap artikel ini dapat membantu anda untuk membuat persediaan ketika berpantang nanti.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan Dengan Wiladah dan Nifas

Topik mandi wajib ini sebenarnya besar, tidak hanya sekadar mandi wajib selepas haid ataupun selepas bersama dengan suami sahaja. Untuk info anda, manji wajib terbahagi kepada 2 iatu Wiladah dan Nifas.

Apa Itu Mandi Wiladah?

Kebanyakan ibu yang melahirkan anak akan mengalir darah nifas dan biasanya tempoh tersebut adalah sehingga 40 hari dan mungkin lebih. Secara ringkasnya, mandi Wiladah ini adalah hanya untuk ibu yang langsung tidak mengeluarkan darah nifas ketika bersalin. Barulah boleh mandi Wiladah ini. Faham kan? Ianya mudah

Kebanyakan salah faham berkenaan dengan perkara ini adalah mandi Wiladah ini perlu dilakukan setelah darah nifas habis dan ini tidak benar.

Mandi ini juga wajib dilakukan bagi ibu-ibu yang mengalami keguguran dan juga bagi mereka yang bersalin secara teknik CZER. Selalunya, memang mereka yang keguguran tidak akan keluar darah ini dan cara untuk lakukan perkara ini tidaklah terlalu sudah dan anda bolah lakukan seperti mandi wajib biasa iaitu meratakan air ke seluruh badan dengan niat yang betul.

Apa Itu Nifas?

Nifas adalah darah yang keluar selepas bersalin seperti yang saya katakan tadi. Bila nak kena mandi Nifas ini? Jawapannya adalah, selepas darah sudah kering walaupun setitik. Mandi hanya sekali sahaja dan jika anda keluar darah nifas, anda hanya perlu tunggu sehingga darah kering dan boleh mandi seperti biasa. Apapun, boleh tengok penjelasan Ustaz Azhar Idrus ini.

Cara Melafaskan Niat

“Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah”
“Sahaja aku mengangkat hadas wiladah kerana Allah”

Apapun, ini adalah beberapa tips mandi wajib selepas melahirkan anak yang anda patut tahu dan amalkan. Jika anda masih dalam persediaan, penting untuk anda baca artikel ini. Juga penting untuk anda kongsikan kepada mereka yang masih tidak tahu berkenaan dengan 2 jenis mandi selepas melahirkan anak ini. Ianya akan sedikit sebanyak membantu anda untuk tahu apa yang anda perlu dan patut lakukan..

Mandi Wiladah Denga Nifas Serentak?

Tak perlu, hanya sekali sahaja dan salah satu yang anda perlu lakukan.

Kesimpulannya

1 Mandi Nifas adalah mandi selepas kering darah nifas yang keluar
2 Mandi Wiladah adalah mandi yang perlu dilakukan bila dah habis keluar darah nifas
3 Mandi hanya perlu dilakukan sekali sahaja

Harap anda dapat menjalankan tempoh berpantang anda dengan jayanya.

Leave a Reply