6 Menu Berpantang Bersalin Czer – No 2 Paling Enak

Tempoh berpantang bagi ibu bersalin memerlukan penjagaan yang rapi dari segala aspek termasuk lah pemakanan. Apa yang kita makan, itu lah yang membentuk diri kita. Sekiranya kita makan makanan yang sihat, berkhasiat, dan tidak memudaratkan, maka hasilnya kita akan memperoleh tubuh yang sihat, kuat, cantik, dan awet muda. Nenek-moyang kita selalu berpesan tentang pantang larang ketika bersalin termasuk lah menu yang dipilih sebagai sajian orang bersalin. Di sini, ingin saya kongsikan sedikit perkongsian tentang menu semasa berpantang, terutama menu berpantang bersalin Czer, tips daripada bidan Rahmah binti Jamil.

Pertama, ibu bersalin perlu mengambil makanan yang panas dan tidak bersifat sejuk. Hal ini kerana makanan yang sejuk boleh menyebabkan kembangnya urat-urat yang baru sahaja bekerja keras semasa bersalin yang boleh menyebabkan masuk angin ke dalam badan. Makan makanan yang sejuk juga boleh menyebabkan bentan. Antara sayur yang sesuai diamalkan adalah sayur sawi dan ulam pegaga, manakala buah pula ialah buah tembikai.

#1 Selain itu, si ibu sebaiknya mengamalkan minum air panas. Air sejuk dilarang sama sekali, apatah lagi ais. Hal ini juga berkaitan erat dengan urat-urat saraf seorang wanita. Ia nya juga baik bagi pengecutan rahim. Sebaik-baik air adalah air masak panas.

#2 Namun begitu, makanan berkuah dan berminyak perlu dielakkan. Adalah lebih baik jika si ibu makan makanan yang dibakar atau direbus. Sebagai contoh ikan bakar. Perlu diingatkan juga bahawa ikan yang berduri tidak baik bagi ibu bersalin kerana dipercayai boleh menyebabkan bisa perut. Ikan keringjuga boleh dimakan semasa berpantang. Contohnya, ikan kering sepat. Lebih sedap lagi jika ikan kering sepat dibakar dan dimakan bersama-sama dengan nasi putih panas dengan ditabur lada hitam. Menu asli seperti ini boleh menambat hati orang yang tak berpantang pun turut bersama menjamu selera.

#3 Menu lain yang seringkali dikongsikan iaitu ikan bilis masak halia. Halia dan lada hitam bersifat panas. Ianya baik untuk membetulkan semula urat-urat dan mengelakkan daripada bentan. Selepas dua minggu, ibu bersalin sudah boleh mula mengambil daging atau ayam tetapi dengan syarat direbus atau dibakar kerana makanan berminyak amat perlu dielakkan. Jadi, lauk sudah boleh dipelbagaikan mengikut citarasa selagi mana tidak melanggar syarat.

#4 Antara menu yang disyorkan seperti ayam bakar, daging stim halia, dan ayam atau ayam masak lada hitam.

#5 Bagi mereka yang gemar makanan yang pedas-pedas, anda boleh makan makanan yang berasaskan lada kering berbanding cili padi. Hal ini juga disebabkan oleh cili padi dikatakan makanan yang sejuk. Menu lain yang juga baik seperti hati. Hati lembu baik untuk pembentukan sel darah merah. Ia mempunyai nilai gizi yang tinggi.

#6 Menu lain yang boleh diamalkan ialah sayur lobak putih. Lobak putih boleh ditumis tanpa minyak. Ianya mempunyai khasiat yang tinggi yang boleh merawat darah tinggi, kencing tidak lawas, mengawal sistem penghadaman, dan memperbanyak susu bagi ibu-ibu bersalin. Ibu bersalin boleh juga mencuba menu ikan masak pindang dengan pemilihan ikan yang betul. Dalam bahasn amsakan, lebihkan halia dan bawang putih yang dipercayai berfungsi untuk menmbuang angin.

Pendek kata, terlalu banyak menu berpantang yang hendak dikongsikan. Setiap orang ada cara yang tersendiri dalam berpantang. Kadangkala pantang larang setiap orang juga berbeza-beza. Ada yang berbeza mengikut lokasi, faktor sekeliling dan sebagainya. Namun asasnya jika seseorang berpantang demi menjaga kesihatan dan kecantikan untuk suami dan keluarga, maka teruskan berpantang dengan cara yang serasi. Is bukan satu paksaan tetapi pilihan.

Untuk pilihan set berpantang pula, boleh baca artikel kami di SINI. Untuk pemilihan pam susu pula, boleh tengok rekemendasi kami di SINI.

Leave a Reply