NH Cola Plus – Minuman Collagen Terbaik

Kalau anda sampai ke artikel ini, tentu anda sudah tahu manfaat dan kebaikan kolagen bukan? Kalau belum tahu apa manfaat dan kebaikan kolagen ini, boleh dapatkan info lanjut di SINI. Apapun, kali ini, saya nak berikan review berkenaan dengan NH Cola Plus yang meruapakan antara minuman collagen terbaik dan halal yang ada di Malaysia. Lagi satu, ianya diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mungkin anda sedang pening dan memikirkan apakah kolagen yang paling sesuai untuk anda memandangkan ianya sangat diperlukan apabila seseorang itu semakin berusia. Apabila semakin berusia, memang kolagen didalam kulit semakin berkurangan dan akibatnya, kulit tidak anjal dan nampak kusam. Pengambilan Kolagen ini membolehkan kulit kembali segar dan anjal, tidak kusam dan ada manfaat lain yang kadangkala boleh kembalikan hormon seperti sediakala.

Jadi, apakah kolagen yang terbaik yang anda boleh gunakan? Daripada banyak-banyak produk yang ada di pasaran ini, kami paling galakkan untuk anda gunakan NH Cola Plus ini berbanding lainnya.

Apa Yang Menarik Dengan Produk Ini?

Memang kalau bercakap berkenaan dengan kolagen, antara jenama yang popular adalah NH Cola Plus ini, Kinohimitsu dan satu lagi adalah Shaklee. Ini adalah antara 3 jenama yang popular yang ada di Malaysia. Bezanya dengan yang lain, NH Cola Plus ini datang dalam bentuk minuman, cuma perlu diminum setiap hari. Ataupun selang 2 kali sehari. (Awas, penutup botol sangat ketat, kena minta bantuan suami untuk buka penutup botol NH Cola ini).

Setelah membandingkan dengan banyak produk yang ada, saya bercadang untuk gunakan produk ini. Untuk produk Shaklee pula, banyak agen yang menjual, jadi tak dapat nampak sama ada betul-betul berbaloi ataupun sebaliknya. Jadi cuba cari testimoni yang bukan daripada agen dan nampak produk ini adalah yang menjadi pilihan. Jadi, apa lagi, terus sahaja cuba untuk tahu sama ada ianya berbaloi ataupun macam mana.

Cara Minum Atau Guna Produk NH ini

Cara minum tidak susah, mulakan dengan minum 6 hari berturut-turut dan kemudian boleh selang 2 hari sekali untuk minum produk ini. Senang kan!. Selepas itu, anda lihat hasilnya dalam 2 minggu. Memang ada yang nampak perubahan dari segi kulit muka yang kembali segar, anjal dan lain-lain dalam masa 2 minggu tersebut, pun ada juga yang ambil masa sehingga sebulan baru nampak hasilnya.

Untuk saya sendiri, lepas gunakan 1 bulan baru nampak hasil kulit yang mula segar dan hormon yang mula teratur. Hormon teratur ini mungkin adalah bonus sahaja sebab saya amalkan produk ini dengan Evening Primrose Oil EPO. Baca SINI. Apapun, kombinasi daripada pil Evening Primrose Oil dan Kolagen ini adalah untuk kembalikan kulit wajah yang kusam dan berjerawat. Maklumlah dah nak masuk 30 an ni, dah mula kena jaga kecantikan wajah agar nampak lebih berseri dan bertenaga.

Apapun, perlu diingatkan yang tidak semua orang berkesan untuk produk ini. Untuk anda, mungkin ada yang mencuba beberapa minggu sudah nampak kesannya, dan ada yang ambil masa sebulan atau 2 bulan untuk nampak kesan. Apapun, kena cuba dahulu sama ada ianya berkesan untuk anda ataupun sebaliknya.

Di Mana Nak Dapatkan Produk Ini?

Untuk produk ini, saya beli di Lazada sahaja, lebih mudah dan cepat. Lagi satu, yang menjual di Lazada ini adalah Watson Malaysia. Jadi, agak konfident dengan apa yang saya beli ini. Saya beli produk yang INI untuk kegunaan saya. Nak lebih banyak pilihan, boleh tengok apa yang ada di SINI.

Jaga Kecantikan

Apapun, kalau dah mula nak masuk 30 an tu, memang kena amalkan banyak produk kecantikan seperti ini agar kekal cantik dan “hot” di mata suami. Saya galakkan anda untuk cuba minuman ini dan harap ianya serasi untuk anda.

Leave a Reply