Niat Mandi Wajib Haid – Penting Untuk Anda Tahu

Antara persoalan yang sering ditanya berkaitan dengan mandi adalah mandi wajib iaitu mandi selepas haid, isu berkaitan dengan ishtihadah dan juga satu lagi adalah berkaitan dengan nifas. Jika anda ingin tahu isu dan perkara yang penting berkenaan dengan nifas, boleh dapatkan info lanjut di SINI.

Apapun, cara dan info mandi wajib ini tidaklah sesusah mana. Yang penting adalah niat mandi wajib itu sendiri dan juga cara anda mandi. Tidak perlu tergesa-gesa dan perlu untuk dilakukan secara teratur dan tetap. Apapun, kalau anda mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur, saya sarankan untuk anda membaca dan amalkan tips-tips yang saya berikan di SINI. Ini adalah item yang penting untuk kitaran haid yang teratur.

Niat Untuk Mandi Wajib Selepas Haid

Niat untuk mandi tidak susah dan cara untuk anda lakukan sangat mudah. Kalau tidak tahu niat dalam bahasa arab pun, boleh gunakan niat dalam bahasa Melayu dan baca dalam hati sahaja. Tidak susah, yang penting adalah cara dan teknik mandi yang memainkan perana yang penting dalam mandi wajib ini. Boleh rujuk gambar di bawah ini

Baca dalam hati:

“Sahaja aku niat mandi untuk menghilangkan hadas haid kerana Allah”

Mudah sahaja kan niat mandi hadas ini. Yang penting niat yang betul dan kemudian boleh pergi kepada teknik dan cara mandi hada yang betul. Boleh amalkan dalam kehidupan seharian ataupun bila tiba masanya.

Cara Mandi Wajib Selepas Haid

Cara untuk mandi wajib ini tidak susah sebenarnya. Kalau anda nak ikut cara yang ditunjukkan oleh JAKIM, boleh ikut info di bawah ini.

Apa yang penting sekali adalah, dalam mandi wajib ini, anda perlu meratakan air ke seluruh badan tanpa ada tempat yang tidak terkena. Sebab itu ianya perlu dilakukan dengan berhati-hati dan tidak perlu tergesa-gesa. Anda perlu membasuh daripada hujung rambut sampai ke hujung kaki dan kalau rambut tu, memang kena basuh dengan hati-hati dan ambil masa yang cukup lama untuk itu.

Jangan lupa juga untuk anda membasuh di tempat-tempat yang sensatif untuk anda capai. Antaranya adalah celah kelengkang, peha dan tempat sensatif lain. Biar lama sikit asalkan puas hati dan kalau boleh jangan lakukan perkara ini dengan ala kadar sahaja. Ianya mudah dan perlu lakukan secara berhati-hati.

Boleh ke gunakan sabun semasa mandi hadas?

Kalau nak gunakan sabun, kalau boleh habiskan mandi hadas dahulu barulah boleh menggunakan sabun dan alatan lain. Sabun termasuklah shampoo dan lain-lain tu hanya selepas anda habis mandi tau. Ini adalah versi yang lebih mudah kalau anda tidak nak ingat step yang lebih detail berkenaan dengan mandi ini. Apapun, boleh gunakan tips ini untuk anda mandi hadas selepas haid.

Mandi Selepas Bersama Dengan Suami

Bagi anda yang sudah berkahwin, untuk pengetahuan anda, anda perlu untuk mandi selepas bersama dengan suami. Cara dan teknik lebih kurang sama cuma niat untuk mandi tersebut adalah berbeza.

Apapun, ini adalah antara beberapa tips penting berkenaan dengan niat mandi wajib. Sebagai seorang Islam, memang anda perlu tahu berkenaan dengan info ini terutama kalau anda ingin mandi wajib dengan teknik yang betul. Harap ianya secara sedikit sebanyak membantu anda untuk mandi dengan betul.

Leave a Reply