3 Jenama Pampers Paling Berkualiti Malaysia

Apakah pampers paling berkualiti? Tentu anda yang datang ke sini ingin tahu dan ingin survey berkenaan dengan pampers berkualiti yang ada di pasaran. Banyak pilihan pampers di Malaysia daripada pelbagai jenama yang ada di pasaran. Yang penting sekali adalah, kualiti dan juga harga pampers tersebut sama ada berbaloi untuk anda gunakan ataupun sebaliknya.

Jadi, pada kali ini, kami nak berikan beberapa review penting berkenaan dengan beberapa jenama Pampers berkualiti yang ada di pasaran. Selain daripada review, juga tempat terbaik yang anda boleh pergi untuk mendapatkan Pampers berkualiti yang kami maksudkan pada harga jauh lebih murah daripada harga pampers yang anda beli di pasaran. Memang berbaloi dan satu penjimatan terbaik untuk anda.

4 Pilihan pampers paling berkualiti

Pada kali ini, kami akan berikan review daripada 4 jenama pampers yang sudah ada di pasaran Malaysia. Pampers yang kami berikan review ini juga adalah jenama yang tidak asing lagi di Malaysia dan antara jenama yang terbaik untuk anda pilih. Selepas itu, terpulang kepada anda untuk memilih pampers yang mana yang anda mahukan.

#1 MamyPoko

MamyPoko adalah pampers yang paling berkualiti terutama dari segi serapannya. Walaupun si manja anda memakai pampers dari MamyPoko sepanjang malam, tetapi Pampers tidak penuh berbanding dengan jenama lain. Kalau dari segi kualiti, memang MamyPoko terbaik, tetapi kalau nak tengok harga pula, agak mahal sedikit. Berapa harga pampers MamyPoko ini, saya tak nak cerita banyak, anda boleh tengok sendiri harga MamyPoko terkini di SINI.

#2 Drypers

MamyPoko bukanlah pampers untuk golongan pertengahan kerana pada kami, Drypers boleh dikategorikan sebagai pampers ataupun lampin pakai buang untuk golongan pertengahan. Dari segi kualiti boleh dikatakan OK dan dari segi harga pun tiada masalah. Anak saya tidak mengalami masalah ruam menggunakan Drypers dan memang antara pilihan pampers terbaik. Cuma apabila gunakan pada waktu malam, lebih cepat penuh berbanding dengan pampers Huggies. Setakat ni Huggies adalah pilihan terbaik.

Apapun boleh tengok harga terkini Drypers di SINI.

#3 Huggies

Pada saya, Huggies adalah antara pilihan terbaik untuk pampers murah dan berkualiti. Harga Huggies tidak jauh beza berbanding Drypers tetapi dari segi keselesaan, lebih kuat serapan dan pampers tidak cepat penuh. Anda boleh dapatkan Huggies ini di SINI dengan harga promosi dan diskaun. Juga, review yang lebih detail berkenaan dengan Pampers Huggies ini di sini.

#4 PetPet

PetPet pun antara pampers untuk golongan pertengahan. Harganya tidak jauh beza dengan Huggies dan Drypers tetapi, dari segi serapan, tetap tidak boleh lawan Huggies. Setakat ini Huggies adalah yang terbaik untuk pampers berkualti pada harga yang mampu beli.

Pilih pampers paling berkualit bergantung kepada anda

Kalau nak ikutkan kualiti, memang MamyPoko adalah yang terbaik, tetapi kalau nak ikutkan harga dan juga kualiti, saya rekemen tuan/puan cuba dulu Huggies. Kalau pernah pakai jenama lain tu, boleh cuba tengok dulu apa jadi bila lepas gunakan Huggies.

Apapun pilihan ditangan anda, yang penting si manja selesa selepas menggunakan pampers yang anda berikan dan anda dan si manja boleh tidur tenang sepanjang malam.

Leave a Reply