Panadol Extend Untuk Apa – Manfaat Untuk Anda

Kali ini kami ingin memberikan kepada anda info berkenaan dengan Panadol Extend untuk apa dan penyakit apa. Untuk info, Panadol memang merupakan satu ubat yang boleh dan mudah didapati di Malaysia, kalau anda pergi ke kedai-kedai seperti 7 Eleven pun tak susah untuk anda dapatkan ubat jenis yang ini.

Kali ini, kami ingin memberikan kepada anda beberapa tips penting untuk anda gunakan Extend ini dengan sebaiknya. Juga jenis-jenis Panadol yang ada di pasaran sekarang. Kiranya, lepas ini, kalau sakit kepada tu, boleh dapatkan Panadol ini siap-siap untuk kegunaan anda. Kalau tahu nak gunakan yang mana, nanti tak la susah untuk anda dapatkan yang bersesuaian dengan apa yang anda mahukan.

Jenis-jenis Panadol yang ada di pasaran sekarang

Sekarang ini ada bermacam jenis Panadol dan memang semuanya mudah didapati. Kalau nak jauh lebih mudah tu, tengok je apa yang ada di SINI dan buat stok simpanan untuk anda dan keluarga anda. Senang, kalau sakit boleh terus dapatkan untuk kegunaan.

Apapun, kali ini, kami ingin berikan kepada anda beberapa info berkenaan dengan Panadol ini untuk kegunaan anda.

1 Extend

Dos yang kuat untuk mereka yang mempunyai sakit yang kuat. Ianya mengandungi dos Paracetemol 665mg dan boleh bertahan sehingga 8 jam. Kalau sakit terlalu kuat, ada doktor yang menyarankan untuk menelan sekali 2 biji panadol sekaligus. Bergantung kepada betapa serious sakit yang anda alami. Kegunaannya, untuk demam, sakit kepada, dan sakit sendi.

** Perlu diingatkan, kalau selepas menggunakan Panadol ini pun sakit anda tidak surut, adalah lebih baik untuk anda mendapatkan khidmat doktor yang berdekatan ataupun pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut. Ini lebih penting untuk jangka masa panjang.

2 Regular

Untuk info, Panadol jenis regular ini tidak mempunyai dos yang tinggi dan ianya sangat sesuai untuk anda yang baru nak demam. Sebenarnya, 2 biji dos yang Regular ini pun mampu untuk melawan atau melegakan sakit kepada yang teruk dan berpanjangan. Ianya mempunyai Dos sehingga 500mg dan sesuai untuk orang dewasa dan remaja.

3 Actifast

Apa yang ada pada Actifast ini, ianya mempunyai 500mg paracetemol dan 173mg sodium. Apa kegunaan sodium ini? Ianya untuk kesan yang lebih pantas dan cepat. Sangat sesuai untuk kegunaan yang berpanjangan dan kalau sakit anda lambat untuk surut kalau menggunakan Panadol yang biasa. Bagi mereka yang ada penyakit darah tinggi ataupun jantung, dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan terlebih dahulu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat yang ini.

4 Soluable

Pun satu jenis Paracetemol yang ada di pasaran sekarang. Ianya mudah larut air dan mempunyai 500mg Paracetemol dan 427mg Sodium. Sekali lagi untuk pesakit jantung dan darah tinggi agar lebih berhati-hati apabila menggunakan ubat jenis yang ini.

Apapun, ini adalah antara beberapa info berkenaan dengan Panadol yang anda boleh dapatkan di pasaran sekarang ini. Apapun, gunakan ubat ini sebaiknya dan yang lebih penting adalah, kalau sakit yang anda alami masih berlarutan, sila dapatkan nasihat doktor ataupun boleh rujuk ke klinik berdekatan.

Untuk info, anda boleh rujuk juga artikel lain daripada kami untuk tips dan info kesihatan. Boleh baca beberapa artikel berkaitan dengan Jus Delima, Cuka Epal dan ubat hormon untuk wanita ini.

Leave a Reply