Pencuci Muka Cetaphil – Pengalaman Guna Lepas 3 Bulan

Kali ini kami ingin berikan sedikit info dan review berkenaan dengan pencuci muka Cetaphil yang merupakan antara pencuci muka yang mendapat sambutan hangat di pasaran sekarang ini. Juga pengalaman menggunakan pencuci muka ini selepas 3 bulan dan keberkesanan hasilnya. Untuk info, saya gunakan kombinasi pencuci muka ini dan juga supplimen lain untuk menghilangkan jerawat yang semakin lama semakin banyak. Jangan risau, kami akan kongsikan kesemua yang ada sebagai panduan kepada anda juga. Ianya berkesan untuk saya dan harap ianya juga berkesan untuk anda gunakan.

Yang paling penting sekali, kalau anda mempunyai masalah dengan kulit muka, boleh gunakan pelbagai cara dan yang paling penting adalah, kena sentiasa mencuba dan lihat keberkesanan produk tersebut sama ada ianya memberikan kesan yang positif ataupun sebaliknya. Untuk saya, produk Cetaphil ini adalah antara yang terbaik yang pernah saya cuba.

Cetaphil – Produk Yang Diluluskan Kementerian Kesihatan Ke?

Sebelum pergi lebih jauh lagi, saya telah membuat pemeriksaan sendiri di laman web jabatan farmasi Malaysia dan memang telah menjumpai produk ini dalam senarai produk di Kementerian Kesihatan Malaysia. Anda boleh pergi ke pautan ini dan mulakan pencarian anda sendiri, bukan sahaja Cetaphil, malahan banyak lagi produk lain yang anda boleh cari. Apapun, kalau dah diluluskan oleh KKM, maksudnya, bolehlah anda gunakan produk ini tanpa was-was.

Perubahan Hormon “Middle Age”

Apabila meningkat umur pertengahan ini, terutama apabila sudah menghampiri umur 30 an ini, memang mahu atau tidak berlaku perubahan hormon yang ketara. Kalau dulunya tidak pernah ada maslah kulit kusan dan berjerawat, pertama kali dalam sejarah saya mempunyai kulit kusam dan berjerawat. Bukan sekadar jerawat biasa, malahan jerawat yang timbul dan sakit apabila disentuh.

Kulit juga menjadi semakin kusam dan kelam, disebabkan ini adalah kejadian pertama kali, pastinya banyak yang perlu saya lakukan. Untuk itu, memang memerlukan rawatan luar dan dalam untuk kembalikan kulit seperti sedia kala yang akhirnya membolehkan kulit kembali seperti sedia kala.

Cetaphill – Tukar Pencuci Muka Secepat Mungkin

Setelah membaca banyak review yang ada di internet, memang kena cepat-cepat tukar kepada produk ini. Gunakan pagi sebelum pergi kerja dan malam sebelum tidur. Cetaphil ini merupakan produk yang disyorkan oleh pakar-pakar kulit terutama kalau anda yang mempunyai kulit bermasalah. Produk apa yang saya gunakan, saya guna produk Gentle Skin Cleanser INI.

Untuk kulit berminyak – KLIK SINI

Saya dapatkan daripada penjual rasmi Watson di Lazada. Harganya tidak jauh beza dengan apa yang ditawarkan di kedai-kedai farmasi berdekatan, tetapi lebih mudah kerana anda hanya beli dan barang sampai ke rumah.

Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit sama ada berminyak ataupun tidak. Bagus untuk bersihkan muka daripada sebarang kektoran. Boleh gunakan produk ini. Nasihat saya, kalau anda memang seorang yang jenis suka pakai make up, pastikan anda mempunyai make up remover untuk buang make up dulu, kalau boleh gunakan yang tiada alkohol tu. Kami rekmeen yang ini.

Kalau nak pakai faundation pun tak ada masalah, tetapi jangan main pakai je, kena lihat jenis kulit anda dulu. Kalau kulit jenis berminyak memang kena pakai faundation yang kena dengan kulit. Kalau tak, perkara yang saya akan terjadi pada anda nanti. Pasal faundation ini, saya akan buat artikel khsusu berkenaan dengan produk ini satu hari nanti. Nantikan artikel tersebut. Cukup anda gunakan Cetaphil ini dan gunakan terus untuk hilangkan masalah kulti yang tidak normal ye.

Supplimen Lain

Cetaphil ini untuk luaran anda, perlu juga untuk anda lihat dan ambil kira faktor dalaman untuk kecantikan anda. Memang kalau nak cantik ni, kena ambil kira banyak benda juga, terutama sekali supplimen yang anda gunakan. Kalau dah berlaku perubahan hormon yang ketara macam saya ini, memang kena ambil supplimen yang membantu untuk perubahan hormon agar kekal sihat dan bertenaga.

Untuk pil hormon, kami cadangkan untuk anda lihat keberkesanan produk Evening Primrose Oil (Penting) untuk anda ambil. Ianya juga untuk mereka yang mempunyai kitaran haid yang tidak stabil. Stabil hormon adalah berkait rapat dengan masalah kulit anda, untuk kecantikan dalaman, tiada masalah untuk dapatkan EPO ini. Untuk info lanjut, boleh baca artikel kami yang panjang lebar berkenaan dengan produk ini di SINI.

Apabila umur semakin meningkat pula, ada masalah lain yang berlaku pula. Ianya adalah berkaitan dengan kolagen yang semakin berkurangan seiring dengan usia. Untuk itu, memang kena beli produk untuk kembalikan kolagen agar kekal stabil dan kekal cantik. Kami rekemen untuk anda baca artikel berkenaan dengan produk kolagen terbaik di pasaran di sini.

Apapun, untuk kulit yang cantik dan kekal sihat, ini adalah antara produk yang anda perlukan. Kombinasi antara Cetaphil untuk pencuci muka luaran dan juga EPO (untuk hormon) dan NH Cola Plus (Untuk kolagen) adalah kombinasi terbaik untuk kulit yang kekal sihat dan bertenaga. Cuba dulu dan lihat hasilnya, cuba konsisten dan kami sangat rekemen kalau anda beli sahaja secara online, tunggu sehingga produk-produk ini sampai ke rumah, mudah dan cepat.

Leave a Reply