4 Pencuci Muka Yang Berkesan Untuk Kulit Anda

Memilih pencuci muka adalah sesuatu yang merunsingkan untuk dipilih sebaga seorang wanita, kerana terlalu banyak pencuci muka yang berada di pasaran. Kenapa kita sebagai seorang wanita perlu memakai pencuci muka ? Apabila kita melangkah ke alam remaja proses perkumuhan badan kita akan menjadi lebih aktif gara gara cuaca yang panas dan gaya hidup kita yang aktif. Akibatnya liang pori kita akan mengeluarkan lebih banyak sebum yang memerangkap habuk dan debu. Jikalau kita tidak mencuci muka dengan betul segala debu dan kotoran akan berumah tangga pada muka dan lahirlah masaalah jerawat dan kulit kusam. Pencuci muka biasanya dirumus khas sebagai persediaan untuk produk rawatan.

Okay hari ni di artikel ini saya akan kongsikan bagaimana cara untuk kita memilih pencuci muka yang berkesan dan yang sesuai dengan kulit muka kita. Kita perlu pastikan sama ada kulit muka kita adalah yang jenis berminyak, kering, kombinasi, normal ataupun sensetif.

Berminyak:
Apabila bahagian dahi, dagu dan pipi cepat melekit selepas cuci muka.

Kering:
Apabila kita cuba senyum atau muramkan muka, kulit terasa ketat. Terdapat kulit kulit terkelupas terutama di bahagian mulut, pipi dan tepi hidung.

Kombinasi:
Berminyak di bahagian dahi dan dagu tapi kering/Normal di bahagian pipi.

Normal:
Kalau susah sangat nak tentukan anggap nornal lah tu. Kulit normal adalah kulit yang senang untuk dijaga. Tak perlu banyak step.

Sensitif (kering ataupun berjerawat):
Sensetif adalah kulit ataupun muka berjerawat yang aktif/kronik. Ini kes istimewa sikit kerana banyak faktor yang seseorang itu mempunyai kulit jenis sensetif. Kadang kadang genetik, sejarah lepas kesan penggunaan produk yang salah serta perubahan cuaca. Pipi mudah jadi kemerahan, jenis kulit nipis, mudah timbul kegatalan atau kulit muka mengelupas. Penghidap Eczema juga mempunyai kulit jenis senstif dan paling susah nak rawat dan banyak ragam.

Pencuci muka pula terdapat banyak jenis yang boleh kita lihat. Antara senarainya adalah:

  • Pencuci muka biasa( gel atau cream )
  • Sabun buku
  • Pencuci muka berasaskan susu (milk clenaser)
  • Foam cleanser
  • Pencuci muka berasaskan minyak (oil cleanser)
  • Pencuci muka jenis medikal/antibakteria

Jadi kita boleh pilih mana yang sesuai dengan kulit muka kita. Disini saya akan terangkan serba sedikit pasal jenis jenis pencuci muka.

Pencuci muka biasa

Pencuci muka biasa ini adalah sesuai untuk kulit muka normal yang tiada masaalah seperti contoh seperti Produk Safi Rania Gold INI.

Sabun buku

Kebiasaanya jenis sabun buku ini kurang ataupun tiada bahan kimia dan ia lebih kepada kombinasi bahan bahan semula jadi. Sabun muka biasanya kurang buih dan tidak menghakis dan ia sesuai untuk kulit muka sensetif berjerawat. Sabun buku ini cukup untuk menanggalkan minyak pada kulit dan kotoran tetapi tidak untuk menanggalkan make up. Antara contoh sabun buku yang berkesan dan selamat adalah Nurraysa. KLIK SINI Untuk Dapatkan Info Lanjut.

Pencuci muka berasaskan susu

Pencuci muka yang berasaskan susu ini semestinya sesuai untuk kulit kering dan sensetif kering kerana tujuannya untuk melembutkan.Pencuci ini tidak dicadangkan untuk muka berjerawat dan berminyak. Antara contoh yang sesuai untuk pencuci muka berasaskan milk cleanser adalah Avon Cleanser SINI.

Foam Cleanser

Pencuci muka ini dirumus khas untuk kulit berminyak kerana kebolehan buih untuk menarik kotoran yang jauh di liang pori. Pencuci muka ini mungkin terlalu kuat maka tidak sesuai untuk kulit sensetif dan kering juga berjerawat. Antara contoh foam cleanser yang berkesan adalah eversoft. KLIK SINI Untuk dapatkan harga terkini dan info lanjut.

Disini saya telah berikan detail antara contoh pencuci muka yang berkesan. Anda sebagai pengguna berhak untuk memilih mana yang sesuai untuk kulit muka kita. Kerana kulit muka kita adalah sangat sensetif dan sangat berharga untuk kita jaga. Jadi pilihlah yang sesuai dan jangan salah pilih ye.

Baca juga artikel khas kami berkenaan dengan makanan tambahan yang membantu kesihatan dalaman dan untuk hormon. Kami rekemen artikel INI dan satu lagi artikel INI.

Leave a Reply