4 Petua Hilangkan Batuk Bayi – Sembuh & Ceria

Kali ini kami nak share berkenaan dengan petua untuk hilangkan batuk bayi dan kanak-kanak. Ianya memang merupakan satu perkara yang kerap terjadi kepada anak-anak terutama kalau batuk yang berlarutan ataupun selsema yang berpanjangan. Untuk kanak-kanak ini, kalau dah betul-betul teruk sampai tahap lelah tu, bawakla pergi klinik dan makan ubat, kalau tak teruk sangat tu, boleh la cuba tips yang akan kami kongsikan kepada anda ini.

Perlu diingatkan sekali lagi, kalau dah terlalu teruk tu, cubalah bawak ke Klinik berdekatan untuk dapatkan pemeriksaan lanjut. Mana la tahu dijangkiti virus dan kalau tidak dirawat, akan mendatangkan keadaan ataupun bencana yang lebih teruk. Apapun, anda sebagai ibu bapa, mesti tahu menilai keadaan anak anda.

Tips Mudah Untuk Hilangkan Batuk Bayi dan Selsema

#1 Persekitaran

Persekitaran memang memainkan peranan yang penting untuk keadaan bayi anda. Kalau persekitaran yang berdebu tu, cuba sebaik mungkin untuk elak keadaan berdebu. Gunakan vacuum dan sentiasa jaga kebersihan rumah. Satu cara lagi gunakan penapis udara ataupun “air filter” bagi menapis udara di ruangan rumah anda. Ini untuk bayi yang betul-betul sensatif dengan persekitaran yang berdebu. Alternatif lain selain daripada gunakan penapis udara adalah, gunakan aircond. Kebanyakan aircond terkini sekarang ini datang dengan penapis udara yang tersendiri dan ditambah dengan fungsi utama aircond iaitu, menjadikan ruangan di bilik anda sejuk.

Tidak seperti dahulu, penghawa dingan sekarang ini sangatlah murah terutama kalau anda cuba dapatkan daripada jenama yang berkualiti dan murah ini iaitu Hisense! Apapun, memang pilihan di tangan anda untuk dapatkan yang terbaik.

#2 Pemakanan

Ianya bukan tips cepat untuk hilangkan batuk, tetapi pemakanan memang membantu. Kalau boleh, dapatkan makanan yang berkhasiat untuk bayi anda. Cuba elakkan makanan yang segera dan kalau boleh masak sendiri bubur nasi untuk anak anda. Masak dan bekukan, bila nak makan nanti, baru gunakan heater INI untuk panaskan makanan anak anda. Ini penting kerana pemakanan memang memberi kesan kepada anak anda. Cuba sehabis baik untuk memberikan yang terbaik untuk anak anda.

#3 Antibodi

Pemakanan berkait rapat dengan antibodi anak. Kalau boleh, susu ibu memberikan antibodi terbaik kepada anak anda. Kalau tak dapat susu ibu tu, boleh cuba juga beberapa susu formula yang ada di pasaran sekarang. Selain daripada pemakanan, saya rekemen juga untuk anda cuba ataupun amalkan makanan tambahan untuk bayi dan kanak-kanak. Saya paling rekemen kepada anda yang INI. Saya sendiri dan berikan kepada anak saya dan nampak perubahan terutamanya dalam aspek selera makan. Boleh cuba sendiri dan berikan kepada anak anda.

#4 Petua Lama

Petua lama ini pun sesuai untuk anda amalkan dan boleh cuba sendiri. Caranya tidak susah dan boleh ikut langkah ini;

1 Panaskan air sehingga mendidih
2 Masukkan air panas ke dalam bekas besen
3 Masukkan bawang putih yang telah dibakar dan ditumbuk
4 Masukkan minyak zaitun ke dalam air
5 Halakan air ataupun wap air tu ke bayi anda

Boleh gunakan cara ini dan insyaAllah akan nampak hasil yang lebih baik dan positif

Satu lagi petua lama adalah dengan menggunakan kunyit. Tumbuk kunyit dan sapukan kunyit tersebut ke dahi dan tekak anak. Boleh cuba teknik ini dan lihat hasilnya.

Cuba Lakukan Sesuatu

Ini adalah 4 petua mudah dan ringkas untuk hilangkan batuk dan selsema bayi dan kanak-kanak. Anda cuba dahulu semua tips ini dan kalau kesan masih ada dan berpanjangan, saya galakkan untuk anda berjumpa doktor pakar dan dapatkan rawatan dengan kadar segera.

Leave a Reply