2 Pilihan Bengkung Dherbs Dan Alternatif Terbaik

Apa pilihan bengkung Dherbs? Sekarang ini sudah banyak pilihan bengkung sama da bengkung moden ataupun tradisional. Dherbs pun ada menawarkan bengkun milik mereka yang pada saya amat bagus. Berkenaan dengan bengkung daripada Dherbs ini, ianya didatangkan sekali dengan set berpantang Dherbs. Kalau anda masih tiada lagi set berpantang ini, memang Dherbs adalah salah satu pilihan set berpantang yang baik dan bagus.

Tetapi, kalau anda sudah ada set bersalin pilihan anda sendiri, pun tiada masalah. Kerana, bengkung Dherbs pun sudah memadai terutama kalau anda mahukan bengkung sahaja tanpa set berpantang. Barulah badan anda cepat langsing dan amalan selepas berpantang anda menjadi lebih mudah.

Pilihan Bengkung Dherbs Yang Ada

Sekarang ini sudah banyak pilihan produk Dherbs yang ada di pasaran. Anda boleh ke kedai-kedai berhampiran dengan anda terutama kedai-kedai jamu untuk dapatkan produk Dherbs ini. Selain itu, untuk memudahkan anda juga, anda boleh dapatkan produk Dherbs ini di kedai-kedai online yang ada. Banyak kedai online sekarang ini yang ada dan memang anda boleh dapatkan produk-produk terbaik pada harga yang sangat berbaloi.

Tetapi, kalau anda mahukan bengkung sahaja, anda memang kena pergi ke banyak kedai untuk dapatkan bengkung ini. Tidak semua kedai menjual bengkung terbaik Dherbs dan untuk mendapatkan produk bengkung daripada Dherbs ini, memang digalakkan untuk anda dapatkan di kedai-kedai online.

Untuk deal yang terbaik, Lazada memberikan kemudahan untuk dapatkan bengkung daripada Dherbs ini. Boleh tengok beberapa pilihan yang ada di bawah;

1 Pilihan Bengkung daripada Dherbs – KLIK Untuk Info dan Harga

2 Bengkung Daripada Dherbs Extra Size – KLIK Untuk harga terkini

Dari segi harga, memang sudah murah dan terbaik dan anda boleh bandingkan dengan harga yang ditawarkan di luar sana. Memang berbaloi dan puas hati.

Cara Pakai Bengkung Dherbs

Cara pakai bengkung terlajak laris Dherbs ini tidak susah kerana memang ada step by step cara pemakaian ketika anda membeli. Apapun untuk lebih detail, berikut adalah cara pemakaian bengkung daripada Dherbs ini;

Langkah 1 :
Lipat kain bengkung bermula dari kiri ke kanan
Lipat kain bengkung sebelah kanan pula ke kiri

Langkah 2 :
Masukkan tali disebelah kiri ke lubang jahitan disebelah kanan dari bawah.
Selepas itu masukkan pula tali di sebelah kanan ke kiri berselang seli sehingga sampai ke lubang yang terakhir yang berada di paras bawah dada.

Langkah 3 :
Setelah sampai ke paras lubang yang terakhir, lilitkan ke dua-dua tali yang berlebih tadi ke belakang dengan cara bersilang (seperti anda mengikat tali kasut yang panjang).
Lilit sehingga simpulan yang terakhir berada di bahagian hadapan dan anda telah pun siap berbengkung.

Set Bengkung Moden

Tak semua orang sukakan bengkung daripada Dherbs ini, ada yang inginkan mudah dan ringkas. Kalau nak mudah dan ringkas terutama bila susah nak melilit-lilit, antara pilihan yang ada adalah bengkung moden. Antara pilihan bengkung moden yang anda boleh dapatkan adalah seperti di bawah

1 Set Bengkung Moden Terbaik – KLIK Untuk info

2 Set Bengkung Moden – Alternatif Terbaik – KLIK untuk info terkini

Apapun, semuanya terpulang kepada anda. Yang penting anda bersedia dengan keperluan bersalin dan juga selepas bersalin agar urusan anda mudah dan cepat.

Leave a Reply