Senarai Produk Kecantikan Yang Diluluskan KKM

Sebagai pengguna adakan anda tahu apakah itu KKM ? apakah itu maksud produk yang diluluskan KKM. Kenapa kita mesti pastikan produk yang kita pakai itu mempunyai lulusan KKM dan bagaimana cara untuk kita tahu produk itu diluluskan KKM. Dalam artikel ini saya akan terangkan semuanya mengenai KKM. Dan senarai produk kecantikan yang diluluskan KKM yang ada di Malaysia ini.

Sebagai pengguna tahu adakah anda tahu apa itu KKM ? KKM adalah singkatan bagi Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk minuman adalah dikategorikan sebagai makanan oleh yang demikian produk ini dikawal oleh Bahagian Keselaman Dan Kualiti Makanan (BKKM), dan ia tidak memerlukan pendaftaran dari KKM.

Bagi produk kosmetik yang berhak untuk mengawal pendaftaran adalah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan ( BPFK ). Ini tidak termasuk produk kesihatan yang dikategorikan sebagai makanan.

Semua produk farmaseutikal termasuk suplemen kesihatan dan persediaan tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia.Penilaian terhadap produk perlu dijadikan untuk memastikan keselamatannya pada orang awam. Anda tahu jika anda memakai produk yang tidak diluluskan KKM, ia akan memberi kesan yang buruk pada muka kita kelak. Kerana lulusan KKM ini adalah untuk memastikan sama ada produk kosmetik berikut mempunyaib ahan bahan yang diluluskan KKM. Produk yang tiada lulusan KKM ini sebenarnya adalah produk yang mempunyai bahan terlarang, yang tidak boleh digunakan. Dan ini memberikan kesan yang sangat merbahaya. Jadi kerana itu kita sebagai pengguna perlu pandai memilih produk yang diluluskan KKM. Jangan kerana murah kita memilih produk yang tiada lulusan KKM. Jangan juga kerana iklan yang menarik anda terus memilih tanpa asal usul periksa sama ada produk tersebut mempunyai lulusan KKM ataupun tidak.

Setiap produk yang berdaftar dengan (PBKD) adalah selamat untuk diambil oleh orang awam. Produk yang berdaftar dengan (PBKD) mempunyai ciri ciri utama iaitu nombor pendaftaran dan pelekat hologram yang tulen. Nombor pendaftaran lazimnya dimulakan dengan MAL ataupun NOT untuk kosmetik, diikuti dengan 8 nombor, dan diakhiri dengan huruf. Seperti contoh

  • NOT160301788K – DSV signature perfume Qu Puteh

  • NOT101206965K – Mary Kay timewise Luminious

  • NOT150101017K – Sakura White pinkish Radiance Whitening Cream

  • NOT151204132K – Safi Balqis white trilogy serum pencerah

  • NOT140501565K – Bio Essence Tanaka White Double Whitening Renewal.

Ini adalah contoh produk produk yang diluluskan KKM. Anda sebagai pengguna boleh menyemak sama ada produk anda diluluskan atau tidak anda boleh menyemak melalui laman web yang tertera diSINI.

Untuk menyemak ketulenan produk tersebut anda boleh menyemak dengan menggunakan dekoder Meditag yang terdapat di farmasi farmasi berdekatan anda.

Berikut adalah antara produk yang mendapat kelulusan KKM, boleh tengok beberapa produk di bawah;

Terdapat banyak sebab mengapa sesuatu produk itu tidak mempunyai lulusan oleh KKM. Antara sebabnya adalah produk tersebut mempunyai bahan bahan yang terlarang dalam sesuatu produk itu. Antara bahan yang menyebabkan produk itu tidak diluskan oleh KKM adalah terdapat bahan merkuri yang bahaya.
Produk kosmetik yang mengandungi merkuri boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyumbang kepada kerosakan kepada buah pinggang dan sistem saraf. Bagi ibu hamil yang menggunakan produk mengandungi merkuri pula, ia boleh menjejaskan perkembangan otak bayi di dalam kandungan. Merkuri juga turut boleh menjejaskan otak kanak-kanak kecil.

Antara bahan yang terlarang yang terdapat dalam sesuatu produk kosmetik adalah Tretinoin yabg digunakan untuk merawat jerawat, jika disapu ia akan menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerah merahan, tidak selesa dan pedih. Lagi satu bahan yang merbahaya adalah Hydroquinone. Kulit muka yang disapu dengan Hydroquiinone ini akan menyebabkan kulit anda jadi semakin sensetif dan tidak selesa.

Disini saya tekankan sebagai wanita dan pengguna pilihlah produk yang diluluskan KKM. Jangan sampai salah pilih produk kelak anda juga yang akan menyesal. Terima Kasih.

Leave a Reply