5 Produk Yang Tiada Bahan Kimia – Pilih Yang Paling Sesuai Untuk Anda

kecantikan adalah sesuatu yang penting untuk seseorang wanita, ini adalah suatu benda yang tidak dapat dinafikan dan ia adalah fakta. Namun untuk kelihatan cantik bukanlah sesuatu yang mudah dan senang. Kerana untuk kelihatan cantik anda perlu tahu dan pandai memilih produk yang sesuai dengan kulit muka anda. Namun pada masa kini tidak dapat dinafikan terlalu banyak produk muka yang dikeluarkan ia seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Dan dengan itu kita perlu tahu memilih yang original dan juga selamat untuk kulit muka kita.

Pada entry kali ini saya akan memberi contoh beberapa bahan kimia yanng sepatutnya tidak boleh ada dalam sesuatu produk kecantikan itu. Kerana bahan bahan ini adalah suatu bahan kimia yang akan meninggalkan kesan yang buruk pada muka kita. Juga, produk yang tiada bahan kimia untuk anda gunakan dengan selamat dan tanpa was-was.

Jangan memilih produk berdasarkan iklan semata mata. Pastikan anda cek dulu dengan teliti adakah produk tersebut mempunyai bahan bahan kimia seperti yang berikut :

PARABEN – Methylparaben , Propylparaben biasanya ditemui dalam produk muka, krim pelembap badan dan pencuci muka.

PHTHALATES – Dibutylphthalate (DBP, DEP) bahan bahan yang sangat bertoksid.

PETROCHEMICALS (petrokimia) – hampir semua produk skincare mengandungi bahan sintetik ini. Hydrosypropyltrimonium chloride adalah ammonium toksid. Produk penjagaan rumah , perabot pun ada petrokimia. Jadi tidak hairanlah begitu mudah penyakit kanser menyerang begitu mudah zaman ini.

PEWANGI KOSMETIK – pewangi tiruan dihasilkan daripada petroleum atau arang batu yang boleh merangsang kulit. Pewangi dihasilkan daripada bahan kimia sintetik yang murah dan boleh menyamai bauan semula jadi. Peneluar menggunakanya kerana ia murah berbanding pewangi semula jadi.

SODIUM LAURYL/LAURETH SULFATE (SLS) – ini bahan kedua yang paling banyak digunakan dalam produk skincare dan produk penjagaan diri termasuk syampo.

DIAZOLIDINYL UREA ATAU IODOPROPNYL BUTYLCARBAMATE – ia sangat bertoksid mengikut International Agency for Research on Cancer.

Ini adalah contoh bahan kimia yang ada di dalam produk kecantikan muka yang akan memberikan kesan buruk pada muka kita. Jadi kita perlu pandai untuk meilih produk yang pastikan tiada bahan kima seperti yang diatas. Di sini saya akan senaraikan antara produk yang tiada bahan kimia. Antaranya ialah :

SK II
GARNIER
BIO ESSENCE
SAFI
LOREAL

Anda boleh lihat link untuk membeli produk produk tersebut di artikel saya sebelum ini .

Ini adalah antara produk yang diyakini tiada bahan kimia. Natijahnya kita jika ingin kelihatan cantik jangan fikirkan yang murah sahaja kerana yanng murah belom tentu selamat dan yang murah belom tentu berkesan. Lagi lagi pada masa kini kita boleh dapat begitu banyak produk muka yang ada di pasaran jadi sebagai pengguna yang bijak pastikan anda memilih produk yang selamat dan bebas daripada bahan kimia. Di sini saya juga akan selitkan sedikit tentang bagaimana cara untuk mengetahui sama ada produk tersebut mempunyai bahan kimia atau tidak. Antara contoh produk tersebut mengandungi kimia atau tidak adalah :

  • Melekit-lekit. Sapu kat muka pun bkn main susah nak ratakan.
  • Tidak Homogen. Kalau kita biarkan krim tu, akan nampak lapisan minyak terpisah dari lapisan yang padat.
  • Berkilau blink2. Tekstur kosmetik yang ada mercury ni berkilau-kilau, kilat-kilat sikit.
  • Cuba tengok kat kulit lepas pakai tu ada tak kilat-kilat? Ingat! mercury adalah logam sebab tu dia berkilat.

Selain itu kita boleh menggunakan dengan cara ini :

  • Letakkan sabun atau krim di atas sudu.
  • Layurkan di atas api atau dapur gas.
  • Jika krim anda berubah menjadi hitam. SAH produk itu ada mengandungi merkuri. Jika krim itu hanya berbuih dan warnanya jernih sahaja Alhamdulillah produk anda tiada merkuri.

Jadi anda boleh menggunakan cara cara diatas untuk mengetahui sama ada produk anda mengandungi bahan kimia atau merkuri. Selamat mencuba 🙂

Leave a Reply