3 Punca Penyakit Batu Karang Yang Utama

Artikel kali ini, kami akan membincangkan berkenaan dengan punca penyakit batu karang yang merupakan antara penyakit yang sering terjadi di kalangan penduduk di Malaysia. Ianya tidaklah sekerap penyakit seperti buah pinggang yang merupakan antara penyakit kronik yang berlaku, tetapi ianya tetap antara yang banyak terjadi.

Apapun, jika ianya terjadi, memang sukar untuk ubati melainkan dengan melakukan pembedahan. Jadi, adalah lebih baik untuk mencegah daripada merawat. Dengan itu, ada kemungkinan untuk anda amalkan gaya hidup yang lebih baik. Untuk itu, berikut adalah antara beberapa punca penyakit ini dan tips untuk menghindarkan daripada anda mengalami penyakit ini pada masa hadapan.

Pengenalan kepada penyakit ini

Tanda-tanda anda mengalami penyakit baru karang pada lelaki dan perempuan adalah apabila anda mengalami masalah batu yang terbentuk daripada saluran pembuangan air kencing. Ianya daripada buah pinggang kepada pundi kencing. Dalam istilah perubatan, ianya mempunyai nama dan istilah yang berbeza-beza dan untuk artikel ini, kami hanya akan berikan istilah tersebut sebagai salah satu pengenalan kepada penyakit ini. Berikut adalah antara istilah yang anda perlu tahu berkenaan dengan penyakit ini;

  • Urolithiasis: Batu – saluran air kencing
  • Nephrolithiasis: Batu – buah pinggang
  • Ureterolithiasis: Batu dalam saluran ureter

Punca Kepada Penyakit Ini

#1 Kurang meminum air akan menyebabkan kepada air kencing yang pekat. Ianya seterusnya meningkatkan penghasilan asid urik, kalsium dan lain-lain yang menyebabkan kepada berlakunya masalah ini. Di saat kita tidak meminum air yang banyak, jumlah air kencing yang terkeluar adalah sedikit tetapi bahan-bahan kumuh lain tetap keluar sama banyak dan ini menyebabkan kepada masalah yang berlaku iaitu pengenapan bahan-bahan yang membentuk kepada kristal. Ini menyebabkan kompaun lain terlekat dan menjadi antara punca penting kepada penyakit ini.

Justeru, memperbanyakkan meminum air adalah antara solusi utama dalam mengubati penyakit ini. Kami galakkan untuk anda dapatkan alat ini yang merupakan antara solusi untuk mengubati penyakit ini.

#2 Pemakanan

Faktor pemakanan adalah antara faktor yang menyebabkan kepada penyakit ini. Makanan yang macam mana yang menyebabkan kepada penyakit ini? Ianya adalah makanan yang mempunyai kandungan protein yang tinggi dan berlebihan seperti jantung, limpa, daging merah dan lain-lain. Alkohol dan diet yang mempunyai serat yang sedikit juga antara sebab utama penyakit ini.

#3 Kesan Sampingan Ubatan

Ubatan seperti dieurik menyebabkan peningkatan air kencing yang ketara dan membuatkan air kencing bertambah pekat.

Rawatan Tradisional Batu Karang

Kami tiada petua yang speasifik untuk rawatan secara tradisional. Adalah lebih baik mencegah daripada merawat. Apapun, untuk rawatan tradisional, boleh amalkan 2 supplimen ini yang pada kami antara ubatan yang baik untuk diamalkan. Ianya adalah jus delima dan cuka epal. Kedua-dua supplimen ini mempunyai khasiat yang tersendiri dan antara supplimen yang anda boleh amalkan untuk kesihatan anda.

Juga, jangan lupa untuk ambil serat dan air dengan banyak. Ianya memang sedikit sebanyak akan membantu untuk mengubati dan sebagai ubat pecah baru karang. Penjagaan makanan adalah antara perkara penting yang anda perlu lakukan untuk elak daripada penyakit ini terus berpanjangan.

Apapun, ini adalah antara beberapa tips penting yang saya boleh kongsikan kepada anda. Anda boleh amalkan tips yang saya kongsikan ini dan yang paling penting sekali adalah, untuk anda mencegah sebelum merawat.

Leave a Reply