Set Bersalin Afiat – Pilihan Murah dan Berkualiti

Perkara paling indah yang sentiasa ditunggu tunggu oleh seorang wanita tidak lain dan tidak bukan adalah saat bergelar sebagai seorang ibu. Setiap wanita mengimpikan untuk menjadi seorang ibu, merasai pengalaman sebelum semasa serta selepas menjadi ibu. Sebenarnya setiap pengalaman itu adalah sangat berbeza dan sangat indah. Pengalaman mengandung melahirkan dan berpantang, setiap semua itu adalah berbeza tidak sama. Tapi hari ni kita tidak akan membincangkan tentang mengandung mahupun melahirkan. Hari ni mari kita bincang tentang berpantang.

Berpantang selepas bersalin dalam masa 44 hari sebenarnya adalah satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memelihara kesihatan dan kewanitaan perempuan. Dalam masa berpantang kita sebagai perempuan perlu berhati hati kerana dalam masa berpantang macam macam yang boleh terjadi yang menjejaskan kesihatan kita. Antaranya adalah pengambilan makanan dan ubatan. Hari ni mari kita bincangkan tentang Set Bersalin Afiat. Mungkin ad antara kita yang pernah dengar dan mungkin juga tidak. Afiat ini sangat terkenal dengan minyak afiat dan kini mereka menambah lagi keluaran produk mereka iaitu set bersalin Afiat.

Kalau dah terkenal mesti anda rasa produknya adalah produk yang mahal seperti set NR iaitu RM 300 satu set. Orang kata kalau beli mahal mahal pun tak semua produk dalam tu kita guna. Tapi tidak bagi set afiat ini dalam kegawatan ekonomi sekarang, sudah pastinya kita akan mencari produk yang tidak mahal dan berkesan. Harga bagi satu set berpantang Afiat ini anda boleh dapat dengan harga mampu milik iaitu hanya dengan RM 90 satu set. Dan lebih spesial dengan harga RM90 anda boleh dapat 10 jenis barang dalam set ini. Jom kita tengok barang apa yang ada dalam set Afiat ini dan apa kegunaan serta kelebihan dia.

Set berpantang afiat mengandungi 10 jenis barang iaitu;

  • Minyak Afiat
  • Gel mandian serai wangi
  • Feminin care ( pencuci wanita )
  • Bedak hangat Afiat
  • Pil jamu Afiat
  • Akar kayu periuk Afiat
  • Barut Afiat
  • Pati Afiat Balm
  • Makjun bawang putih
  • Tali pembentan afiat

Antara kelebihan set afiat ini ialah;

  • Membantu memulihkan tenaga selepas bersalin
  • Membantu memulihkan luka bersalin
  • Membantu menguat dan mengecutkan rahim
  • Membantu mengurangkan sakit sendi dan otot yang tegang selepas bersalin
  • Membuang angain dan toksin dalam badan
  • Mengetat dan merapatkan otot otot sekitar faraj yang kembang selepas bersalin
  • Mengembalikan seri wajah
  • Membantu meredakan tekanan dan kemurungan
  • Membentuk tubuh badan yang ramping.

Okay sekarang adalah cara penggunaan untuk setiap produk yang ada di dalam set bersalin afiat ini. Minyak Afiat biasanya digunakan untuk mengurut selepas bersalin selain itu ia juga boleh untuk melegakan lenguh lenguh badan sakit sakit sendi serta gigitan serangga. Minyak ini hanya boleh digunakan di luaran sahaja. Bagi gel mandian serai wangi pula yang diadun khas dengan serai serta baunya yang bersifat aromaterapi khas untuk menyegarkan kulit badan dan menaukkan seri kulit pada badan kita. Boleh digunakan untuk setiap kali mandi. Feminin care ( pencuci wanita ) biasa untuk mencuci bahagian sulit wanita namun dengan campuran beraroma bertindak memberi lapisan perlindungan dan mengekalkan PH di bahagian alat sulit wanita.

Bedak hangat afiat digalakkan digunakan pada waktu pagi dan petang selepas mandi, ia bertujuan untuk menghangatkan badan kita. Selain itu bagi pil jamu Afiat pula digunakan setelah bersalin ia digunakan untuk merangsan tenaga dan menguatkan badan. Pil jamu afiat ini perlu diambil 12 biji sehari 4 waktu pagi, 4 waktu petang dan 4 waktu malam. Barut afiat, barut ini bukan untuk anak ye tapi barut ini untuk ibu ibu. Tujuan barut ini adalah untuk melangsingkan badan ia boleh dipakai sekali dengan bengkung tetapi sebelum memakai barut afiat ini pastikan anda sapu dulu ye minyak afiat. Seterusnya adalah pati afiat balm, balm ini boleh digunakan untuk anak anak, tetapi pati afiat balm ini digunakan untuk mengeringkan tali pusat bayi. Pastikan anda sapu pati afiat balm ini di pusat bayi selain pusat bayi anda juga boleh menggunakan pati afiat balm ini dimana sahaja kerana ia membantu mengekalkan kehalusan kulit bayi.

Akhir sekali adalah makjun bawang putih, tali pembentan dan akar kayu afiat. Makjun bawang puth ini perlu dimakan selepas tempoh berpantang iaitu diambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. Makjun ini diambil untuk melancarkan peredaran darah, menambahkan tenaga dan mengecutkan tisu vagina. Akar kayu afiat juga diambil selepas 20 hari waktu bersalin, diambil 2 kali sehari. Cara mengambilnya adalah dengan merebus akar kayu dengan 200 ml dan minum air rebusan tersebut.

Untuk anda dapatkan set ini, Kami galakkan untuk anda lihat di SINI untuk dapatkan secara online. Juga banyak lagi pilihan lain yang ada di SINI.

“Aduh banyaknya macam menyusahkan je dah lah tak sedap” saya pasti itu yang ada dalam kepala bakal bakal ibu sekarang apabila melihat cara penggunaan untuk set berpantang afiat ini. Saya pernah mendengar pepatah english “ beauty is pain”. Pasti semua ibu ibu lepas bersalin nak cantik seperti sebelum ni betul. Jadi ikut cara penggunaan set afiat ini in Sha Allah anda akan kelihatan cantik seperti tidak pernah bersalin seperti dahulu. Jangan lupa taw “Beauty is Pain”. Terima kasih

Leave a Reply