Set Bersalin Mustika Ratu – Anda Patut Cuba Kalau…..

Posted by on October 3, 2017 in kesihatan | 0 comments

Kali ini kami nak berikan info terkini berkenaan dengan set bersalin mustika ratu yang merupakan antara set yang telahpun berada lama di pasaran. Ianya setanding dengan jenama-jenama popular lain seperti Nona Roguy, Dherbs dan lain-lain yang telah terbukti dan mempunyai testimoni yang tersendiri. Apapun, tiada salah untuk anda mencuba produk Mustika Ratu ini kerana ianya telah berada sejak dari saya sekolah rendah lagi.

Untuk review kali ini, kami kumpulakan beberapa info daripada internet dan pengalaman kami sendiri menggunakan produk ini dan juga informasi lain yang ada pada ketika ini. Juga, review yang ada secara online bagi membolehkan kami mendapatkan banyak maklumat berkenaan dengan produk ini.

Berbaloi Ke?

Berbaloi ke gunakan produk ini? Ianya bergantung kepada anda dan kalau anda datang ke laman ini tentunya anda memang sedang mencari info berkenaan dengan set berpantang Mustika Ratu. Produk bersalin ini juga dikenali sebagai Jamu Selapan Mustika Ratu dan antara produk yang baik untuk anda gunakan kerana ianya adalah warisan turun temurun.

Memang ada banyak jenis produk bersalin yang ada di pasaran sekarang ini dan salah satunya adalah produk ini. Tak salah untuk mencuba produk ini kerana ianya mengandungi;

  • Galian parem wangi
  • Putih balung sumsum
  • Tapel
  • Bancar air susu
  • Pilis Wangi
  • Parem Segar
  • Minyak Telon

>Untuk Harga Terkini Produk ini Boleh tengok di SINI – Harga di bawah RM200

>Pilihan Produk Jenama Mustika Ratu ada di SINI

Untuk info anda, jamu ini sangat tradisional. Memang ada jenis yang nak ringkas dan moden dan juga yang minat dengan alami dan jamu yang tradisional seperti ini. Kalau anda jenis yang nak ringkas dan cepat, memang Mustika Ratu ini bukan untuk anda. Kalau ikut pengalaman kami, Nona Roguy ataupun Tanamera lebih sesuai, tetapi kalau memang anda nak jenis yang betul-betul tradisional dan memang menjaga pantang anda, ini adalah antara pilihan yang sangat sesuai untuk anda.

Set ini datang dengan minyak telon yang merupakan antara minyak yang sesuai untuk bayi. Kebanyakan set lain memang anda perlukan additional minyak telon. Ianya memang bagus untuk memberikan bayi anda rasa hangat dan ia memang melegakan bayi anda. Kalau bayi, elakkan menggunakan minyak yuyi kerana ianya sangatlah panas untuk bayi. Minyak telon jauh lebih sesuai untuk anda gunakan.

Produk ini datang dalam bentuk jamu, kalau memang bayi anda mempunyai masalah jaundice iaitu kekuningan, elakkan menggunakan jamu. Apapun, kalau tak cuba mana la nak tahu yang produk ini bersesuaian dengan anda kan, lepas cuba baru tahu.

Produk Tambahan Lain

Memang tidak semua benda anda akan gunakan dan perlukan tambahan lain. Kalau anda ingin bertungku, kami galakkan untuk anda guankan set yang ini. Ini adalah antara pilihan yang kami rekemen untuk anda dapatkan.

Satu lagi yang kami rekemen untuk anda dapatkan adalah produk bengkung. Bengkung ini penting terutama untuk anda yang mahukan bentuk badan seperti sebelum bersalin dan mengelak daripada badan yang mneggelebeh. Harganya pun tidaklah mahal dan kami galakkan untuk anda dapatkan ini di pasaran.

Apapun, kalau anda nak tahu berapa harga produk ini, boleh dapatkan di link atas dan anda boleh semak secara online sahaja di Lazada. Ianya mudah kerana anda hanya buat pembelian dan barangan yang anda beli akan terus sampai ke rumah. Menarik bukan, apapun, ini adalah review kami untuk produk ini, kalau ini yang anda cari, boleh dapatkan sekarang. Kalau tidak, ada banyak lagi pilihan lain di pasaran sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *