Cara Berpantang Selepas Bersalin Mudah

Ramai yang tidak tahu cara berpantang selepas bersalin yang betul kerana mungkin wanita moden sekarang ini tak nak ikut cara berpantang orang-orang dulu kerana terlalu banyak pantang larang ketika bersalin. Pun begitu, ramai juga yang masih mengikuti cara dan teknik berpantang dahulu atas desakan mak mertua atau mak sendiri. Kalau nak diikutkan, memanglah cara berpantang selepas bersalin ini menyusahkan, tetapi apabila kita fikir jangka masa panjang, memang bagus sebenarnya cara berpantang mengikut adat dan cara orang Melayu ini. Kekal sihat walaupun sudah anak ke 5.

pregnency

Akibat tak berpantang dengan cara yang betul akan terasa effect di masa tua nanti kerana sakit-sakit, otot mula terasa, kerap sakit di bahagian kaki, dan lain-lain lagi. Memang kadangkala faktor tak berpantang dengan betul menyumbang kepada semua penyakit-penyakit ini. Jadi, pada kali ini, saya nak berkongsi tips untuk berpantang dengan cara berpantang selepas bersalin yang dapat membantu anda ataupun sebagai persediaan untuk bersalin nanti.

Jaga Pemakanan

Pemakanan merupakan aspek yang penting terutama semasa berpantang nanti. Tentunya banyakkan makan makan bersayur dan buah-buahan segar semasa berpantang nanti. Terutama sekali ulam-ulaman kerana boleh dimakan begitu sahaja. Kalau nak memasak sayur tu, masak yang simple sahaja, tak bolehlah masak lemak semasa berpantang, nanti lain pulak jadinya. Sebab tu saya menggalakkan ulam-ulaman kerana memang boleh dimakan begitu sahaja.

Elakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti tebu, cincau, nenas, kelapa muda, dan lain-lain lagi. Makanan seperti ini menyebabkan sakit sendi dan otot semasa berpantang kerana pada masa ini, memang sel sel baru nak pulih seperti sediakala.

Elakkan memakan ikan masin atau ikan kering kerana akan menyebabkan nifas berbau dan melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ikan berbisa seperti keli, pari juga tidak digalakkan kerana untuk elak bentan semasa berpantang nanti. Digalakkan untuk memakan ikan haruan kerana memang terbukti ikan haruan ini mempercepatkan penyembuhan luka-luka di badan. Kalau susah sangat nak dapatkan ikan haruan tu, boleh je beli pati ikan haruan, cuma kena tahan sikit hanyir. Boleh beli yang mahal sikit dan tak hanyir.

Elak hubungan seks

Elak hubungan seks selama 6 minggu paling cepat, agak isteri dapat pulih kembali dan badan juga memerlukan masa untuk kembali sihat. Ia juga bagi memberikan alat sulit masa untuk pulih sepenuhnya selepas bersalin dan melahirkan anak.

Set bersalin komprehensif

Saya galakkan untuk anda beli satu set bersalin yang komprehensif seperti set bersalin Nona Roguy ini kerana ianya merupakan satu set yang komprehensif dan lengkap. KLIK SINI untuk review penuh Set Bersalin Nona Roguy. Tetapi memang ada banyak pilihan set bersalin di luar sana dan apa yang anda perlu lakukan adalah pilih yang terbaik. Set bersalin ini dirumus dengan formula khas untuk membantu proses berpantang anda seperti mengelakkan sembelit, mempercepatkan luka-luka sembuh, melegekan daripada sakit-sakit dan lain-lain lagi kegunaan set bersalin ini. Kalau boleh, ada satu set bersalin untuk memudahkan anda melalui fasa berpantang.

Set bersalin juga dilengkapi dengan minuman yang berkhasiat bagi menggantikan akar kayu dan jamu. Ibu-ibu sekarang ni memang kalau boleh tak nak makan jamu, pahit, tapi kalau yang suka jamu tu, memang digalakkan untuk makan jamu. Terbaik.

Tidak lupa juga untuk berbengkung, Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut.  Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna.  Bengkung yang baik adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim.

Urutan tradisional

Amalan berurut bukan sekadar adat, tetapi juga mempunyai khasiat yang tersendiri. Ianya dapat membantu memulihkan perjalanan darah, mencuci dan mengeluarkan darah-darah kotor, angin serta lendir yang tersekat dan tersumbat. Jika ada bahagian sendi yang sengal-sengal tu, memnag berurut dapat membantu melegakan sendi dan membetulkan urat yang dah lari. Memang digalakkan untuk anda berurut selepas berpantang. Digalakkan berurut dengan bidan yang pakar dan dah lama buat kerja-kerja mengurut ini.

Berpantang merupakan satu tradisi turun temurun masyarakat Melayu dan memang terbukti khasiat berpantang ini. Berpantang dapat membantu tubuh supaya sihat dan bertenaga disamping lebih cepat sembuh dari luka-luka akibat daripada bersalin. Akhir kata, jaga pemakanan, jaga kesihatan ketika berpantang dan jangan lakukan aktiviti berat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *