Set bersalin Jamu Jelita merupakan satu set bersalin yang mampu milik, harga yang amat berpatutan dan banyak item didalamnya. Jika anda sedang mencari info berkenaan dengan set bersalin jamu jelita, dan set ini berada dalam bujet anda, saya galakkan anda beli sahaja. Tetapi saya juga akan rekemen beberapa loose item lain untuk memberikan info yang lebih berguna kepada anda agar pengalaman bersalin dan berpantang anda adalah yang terbaik setakat ini.

**Saya bukan agen atau promoter Jamu Jelita atau produk lainnya, jadi saya akan berikan review yang terbaik beserta kekurangan produk ini. Semoga bakal ibu-ibu mendapat manfaat, jika ada sebarang soalan, boleh ajukan pada bahagian komen.

set bersalin jamu jelita

Sebenarnya tidak banyak review ikhlas berkenaan dengan set bersalin Jamu Jelita di internet. Jadi saya ambil inisiatif untuk mengumpul maklumat dan bertanya kepada beberapa rakan yang pernah menggunakan produk ini. Adakah ianya berkesan, OK atau tidak OK dan lain-lain lagi.

Ada apa dalam set bersalin dan berpantang Jamu Jelita ini?

Air Selusuh

Apa yang menarik dalam air selusuh ini adalah campuran antara air zam-zam dan air suling yang dibacakan dengan surah-surah terpilih dalam Quran. Cara guna, diminum sebelum bersalin dan baki air dicampurkan dengan baki air sebelum bersalin. Harapnya dengan bacaan quran ini memudahkan proses bersalin.

Balm Hangat Berherba

Balm hangat ini digunakan sebelum memakai bekung. Kalau nak guna untuk buang angin pun tak apa sebab ianya hangat. Kalau kaki dah bengkak sebab angin terlalu banyak, boleh guna balm ini untuk buang angin. Banyak la angin keluar nanti dari. Memang terbaik.

Jus Tradisi Wanita

Gunanya untuk menambah tenaga, mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah agar wajah sentiasa ayu dan berseri sepanjang pantang. Rasa jus ini sedap, tidak terlalu manis, dan tidak pahit. Banyak campuran didalamnya, sesuai untuk mereka yang tidak suka makan benda-benda pahit. Rasanya sangat sedap.

Minyak Selesa

Minyak ni digunakan selepas mandi, baunya tidak la busuk, tapi berbau harum semulajadi, sesuai la untuk mereka yang nak bau wangi. Boleh digunakan secara berterusan untuk mengelakkan bengkak kaki.

Rendaman Herba

Cara penggunaan anda boleh lihat di belakang kotak pek set bersalin ini. Rendaman herba ini sama sahaja fungsi dengan herbal wash daripada Set Bersalin Anugerah, cuma rendaman ini anda perlu untuk panaskan dan gunakan, herbal wash anugerah boleh digunakan terus tanpa perlu panaskan dan lain-lain. Fungsinya sama, untuk membersihkan bahagian vagina.

Sabun Nyaman

Dalam bentuk sabun, berfungsi untuk membersih dan memberi kesegaran kepada anda. Bagi saya tidak sesuai untuk mereka yang ceaseran kerana ditakuti terkena pada bahagian-bahagian luka dan berjahit.

Serbuk Nyaman

Fungsi macam bedak sejuk, menyegarkan kepada. Rasa sejuk je bila pakai atau dikenakan di dahi.

Tungku Herba Tradisi

Tak dapat nak komen sebab mereka yang saya rujuk tidak gunakan tungku ini semasa berpantang. Kalau sesiapa ada pengalaman gunakan tungku set bersalin Jamu Jelita ini bolehla bagi review di dalam ruang komen di bawah. Mana tau ada mak bidan yang berpengalaman menyambut bayi pun boleh komen sekali.

Begitulah serba sedikit review ringkas berkenaan dengan set bersalin daripada Jamu Jelita. Jika anda berkenan dengan set bersalin keluaran Jamu Jelita, anda boleh lihat atau dapatkan dengan harga terkini di SINI.

Penambahbaikan

Minyak Telon untuk bayi kerana minyak Yuyie sangatlah tak sesuai untuk bayi yang baru lahir. Minyak yuyie terlajak panas, kalau tak percaya cuba anda sapu minyak yuyie di perut anda sendiri banyak-banyak. Bayangkan bayi anda disapu dengan minyak yuyie yang panas tu apa rasa. Boleh dapatkan minyak telon di kedai jamu berhampiran, atau guna je Minyak TELON Ini.

Set ini tiada ubat sembelit kerana sembelit merupakan perkara yang tidak diinginin berlaku semasa berpantang dan bersalin. Saya sendiri pernah mengalami kesukaran ketika hendak buang air besar ketika sembelit. Sakitnya memang tuhan je la yang tahu. Jadi saya rekemen produk Phytonatal dari Nona Roguy ini untuk membantu anda mengurangkan sembelit yang teruk.

Juga Milk Booster dari Shaklee ini. Kalau anda kekurangan susu, Milk booster ini sangatlah digalakan anda untuk beli.

ESP untuk meningkatkan hormon penghasilan susu dan Alfafa herba untuk merangsang penghasilan susu.

Begitulah serba sedikit pengalaman dan review daripada mereka yang pernah menggunakan set bersalin dan berpantang Jamu Jelita ini. Set ini adalah antara yang murah di pasaran, jika ianya dalam bujet anda, beli sahaja. Tetapi jika anda mempunyai bujet lebih sikit saya cadangkan set bersalin Anugerah atau Nona Roguy. Pilihan di tangan anda. Kalau nak beli juga set Jamu Jelita ini, tambah je Minyak Telon untuk baby dan Phytonatal dari Nona Roguy tu, tak la mahal sangat pun. Milk booster Shaklee ini agak mahal, kalau ada bujet beli je.

Sekian. Saya alu-alukan sebarang komen untuk penambahbaikan.