Set Bersalin Nona Roguy

Set bersalin Nona Roguy merupakan antara pilihan yang paling komprehensif dan terbaik di antara semua jenis yang ada.

Ini merupakan pengalaman sendiri selepas review beberapa artikel berkenaan dengan barangan untuk berpantang yang banyak terdapat di pasaran. Tidak dinafikan, set berpantang NR adalah antara set bersalin yang bagus dan komprehensif setakat ini.

set bersalin nona roguy

Apa yang bagus berkenaan dengan barangan NR ini?

Ramai reviewer di internet mengalami penurunan berat badan yang ketara selepas menggunakan produk daripada Nona Roguy ini. Apabila ramai sangat reviewer yang berkata begitu, memang tidak salah lagi, set ini mampu membantu menurunkan berat badan sampai nampak slim seperti selepas bersalin.

Lagi, ada satu tablet Phytonatal ini yang memang direka untuk atasi masalah buang air besar semasa berpantang. Ramai yang mengalami masalah buang air besar ini. Ada yang alami semasa mengandungkan anak ke dua ada yang ke tiga. Tetapi memang seksa bila anda baru sahaja ceaseran, kemudian mengalami masalah sembelit yang ketara. Jadi kalau nak pilih tu, cari yang ada pakej untuk hilangkan sembelit. Atau nak pakej Phytonatal sahaja pun boleh, beli je kat SINI. Kalau tak, kena beli ubat lain di Pharmarcy berdekatan la jawabnya.

Paling best mengenai set daripada Nona Roguy ini, pengalaman saya sendiri semasa berpantang, saya akan basuh tempat luka bersalin dengan uncang cuci herbanika. Sepeket boleh digunakan banyak kali selagi ada herbanya dan anda juga boleh gunakan benda ini untuk buat mandi. Dari segi bau tak la wangi sangat, tapi memang membantu mempercepatkan luka untuk sembuh dengan cepat. Memang terbaik.

Lagi yang menarik berkenaan dengan pakej set bersalin ni adanya Herbaneka lulur. Apa kegunaan Herbaneka Lulur ini adalah bagi Rawatan di Rumah untuk Kelahiran Normal dan Caesar atau pembedahan. Sebelum mandi, ambil 1 – 2 sudu besar HERBANIKA LULUR digaul sederhana cair dengan air suam. Sapurata ke seluruh badan, lakukan ‘gosokkan’ atau lulur semasa ia separa kering sehingga bersih. Elakkan lulur di bahagian payudara serta perut secara ‘kasar’ atau menyental. Lakukan dengan lembut dan berhati-hati. Elakkan lulur di bahagian puting payudara yang berkulit ‘sensitif’ akibat penyusuan.

Ia akan menghilangkan daki, menghaluskan kulit yang kasar, mencerahkan kulit yang berpikmentasi kehitaman atau jeragat, mengatasi ketegangan otot, mengecutkan bentuk badan yang ‘kembang’ atau ‘sembab angin’ dan mengatasi sejuk-sejuk, kebas, lenguh atau sengal badan di samping mengelakkan kemasukan ‘angin sejuk’. Ia mengembalikan kemantapan kulit Ibu dalam pantang bersalin dengan memecahkan lemak degil serta angin lendir, mengecutkan bengkak sendi, otot, urat saraf dan mengatasi masalah Bengkak Vena atau Vena Varikos. Membantu menegangkan payudara yang kendur dan atasi penyumbatan pada payudara.

Satu lagi, berkenaan dengan akar herbanika, apa kegunaan akar herbanika ini? Ianya merupakan minuman antioksidan (awas rasanya x la sedap sangat) membantu menyegarkan urat saraf, memperbanyakkan pengeluaran susu Ibu, mengurangkan air berlebihan dalam badan atau atasi Retensi Air, melawaskan sistem pembuangan air kecil, meringankan badan, membantu memecahkan lelemak degil serta mengatasi keletihan dan sakit sendi serta sejuk-sejuk dan juga mengawal bau badan.

Kandungan Set Nona Roguy

Saya ringkaskan sedikit kandungan set Nona Roguy ini sebagai panduan anda.

Phytonatal tablet (90 biji atau 180 biji) – membantu membersihkan rahim dengan membuang lendiran dan darah kotoran dari badan. Juga bertindak melawaskan najis dan membuang lemak berlebihan (Turun Berat Badan)

Akar Herbanika – Menambahkan tenaga dan khasiat kepada para ibu. Kembalikan kesegaran kepada badan

Minyak Herbanika – Menguatkan otot perut dan kurangkan kesan regangan dan pecah-pecah di kulit.

Uncang Cuci Herbanika – Antiseptik penyembuh luka dan mengurangkan kesan sampingan.

Herbanika Lulur – Mengembalikan keserian wajah dan memutihkan kulit agar anda nampak jelita lepas kawen

Herbanika Barut – Kembalikan perut yang menggeleber selepas bersalin.

Kat mana nak beli Set Nona Roguy ini?

Saya beli kat SINI je (baca review dulu kat laman web tu), boleh pilih nak beli sama ada satu jet atau beli yang penting-penting sahaja. Kalaupun anda tak nak satu set Nona Roguy, anda prefer set lain, saya tetap cadangkan anda beli je Phytonatal kat SINI (tak la mahal sangat pun). Sebab bukan saya sahaja, ramai yang beli dan Alhamdulillah tak ada masalah sembelit lepas gunakan Phytonatal ni.

Jadi, inilah serba sedikit review ringkas saya berkenaan dengan produk set bersalin ini. Pilihlah set bersalin yang paling baik yang kena dengan bujet anda. Jika anda ada bujet untuk beli set Nona Roguy ini, beli je, memang terbaik.

Disebabkan set Nona Roguy ini tidak didatangkan dengan bengkung, saya amat cadangkan anda beli je bengkung DHerbs di SINI. Bengkung ini free style dan tali boleh ditarik dari bawah dada sampai ke punggung. Apapun terpulang kepada pilihan masing-masing, saya cuma bagi cadangan je 🙂

**Semestinya Set bersalin Nona Roguy ini mendapat pengiktirafan daripada kementerian kesihatan Malaysia.

6 Comments

  1. Assalamualaikum. Bolehke saya mix pakai set nona roguy dengan set dherbs? Atau kena pilih salah satu? Terima kasih.

    • lebih baik pilih salah satu kalau set, kalau nak loose item mungkin susah nak dapat. Saya cadangkan beli salah satu set.

  2. Hi,
    Saya terdetik utk guna 2 set pantang iaitu Set NonaRoguy dan set Orang Kampung utk berpantang kali pertama. Ini kerana apa yg kurang pada set NR spt tiada pilis, myk telon, myk merah dan bengkung, jd sy nak lengkapkn dgn set Org Kampung. Kira combinasi 2 set bersalin. Tiada masalah kan utk gunakan 2 produk dalam satu masa? Tentang bajet mmg tiada masalah. Janji bdn ni ckup brg utk berpantang nnti. Apa pendapat Sis?

    • yup, kalau mampu memang tiada masalah untuk gunakan 2 set sekaligus.

  3. Assalamualaikum

    Kalo saya beli satu set NR nie berapa lama boleh tahan ye ?..

    • bergantung kepada cara penggunaan, kalau ikutkan pengalaman saya, 3 bulan boleh habis.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *