Asslamualaikum dan salam sejahtera, artikel kali ini saya nak berkongsi beberapa persediaan sebelum bersalin yang wajib bagi seorang ibu untuk tahu dan perlu tahu dalam menghadapi saat-saat sebelum melahirkan anak.

Banyak artikel daripada blog-blog lain membecarakan berkenaan dengan persediaan dalam aspek lokasi kelahiran, keperluan kewangan dan lain-lain. Tetapi pada kali ini, perkongsian adalah lebih kepada aspek material, senarai barang keperluan sebelum bersalin yang perlu ada bagi seorang ibu yang bakal bersalin.

**Ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri juga pengalaman rakan-rakan sebelum bersalin.

Sediakan satu beg yang ada barang-barang ini.

Kain Batik – guna di dalam hospital ketika bersalin nanti.
Nursing Bra – kemudahan untuk menyusukan anak
Maternity Pad – Tuala wanita khas selepas bersalin, penting dan kena sentiasa ada.
Minyak selusuh – Tak la wajib ada, tapi kalau ada lagi bagus.

Untuk bayi pula

Baju bayi – jangan beli warna pink, kalau boleh warna yang universal, yang anak lelaki atau perempuan pakai pun tak jadi masalah, mana tau scan anak lelaki sekali keluar anak perempuan.
Kain bedung
Baby Wipes
Pampers
Botol susu baby newborn
Minyak Telon – Tak digalakkan guna minyak Yuyie, sebab panas sangat, kesian baby, tak percaya cuba ambil sikit minyak yuyoe tu rasa kat perut anda. KLIK SINI untuk minyak Telon

Boleh dapatkan semua ini di kedai baby berhampiran, kalau susah nak ke kedai baby, beli je kat Lazada NI.

Ini boleh dikatakan barangan yang penting, sila sediakan barangan ini dan masukkan dalam satu beg. Bawa beg ini pergi ke mana-mana walaupun ke tempat kerja.

Barangan keperluan sejurus selepas melahirkan anak

Tak dinafikan yang melahirkan anak agak memakan belanja yang agak besar, terutama anak yang pertama. Jadi ini adalah senarai checklist barangan yang mungkin membantu anda sebagai persediaan, juga sebagai peringatan tentang barang-barang keperluan semasa bersalin.

Pam Susu dan Set bersalin adalah antara keperluan serentak yang perlu ada selepas bersalin. Kalau dah ada susu tu, terus je beli pam susu, dan pam siap-siap di hospital, kalau tak pam nanti bengkak susu. Paling ideal, beli sebelum bersalin, kalau tak pun beli semasa dalam tempoh berpantang.

Sebagai panduan, kami ada berikan review berkenaan dengan pam susu ini, boleh baca review saya berdasarkan pengalaman sendiri juga.

Review Pam Susu Snow Bear RM280

Review Pam Susu Spectra M1 Murah RM480

Anda boleh buat pilihan anda sendiri dan tentukan yang mana terbaik berdasarkan kepada keperluan anda.

Seterusnya adalah set bersalin, antara set bersalin yang bagus adalah set Nona Roguy ataupun set bersalin Anugerah. Boleh baca review kami untuk kedua-dua set tersebut.

Review Set Bersalin Nona Roguy

Review Set Bersalin Anugerah

Harap artikel ini membantu anda untuk merancang perjalanan bersalin agar lebih mudah dan anda bersedia dengan semua perkara yang akan berlaku. Ini adalah antara beberapa perkara penting sebagai satu persediaan sebelum bersalin.