Susu Kambing Untuk Bayi? – Ini Jawapan Dari Pakar

Susu kambing untuk bayi boleh ke? Sememangnya ada banyak perdebatan mengenai perkara ini di internet dan dikalangan para doktor yang bertauliah. Ada yang berkata boleh dan ada yang berkata tidak. Artikel pada kali ini adalah khusus berkenaan dengan isu penggunaan susu kambing bagi menggantikan susu ibu untuk bayi.

Selain itu juga, apakah alternatif lain yang terdapat di pasaran terutama jika anda tidak memiliki susu walaupun sudah menggunakan pam susu. Tetapi tetap tidak mempunyai ataupun tidak dapat menyimpan susu pada kuantiti yang banyak. Memang tidak dinafikan yang antara pilihan yang ada adalah untuk anda dapatkan susu formula dan antara perdebatan yang hangat adalah, penggunaan susu kambing ataupun susu lembu.

Susu Yang Terbaik Untuk Bayi

Susu yang terbaik untuk bayi adalah susu ibu dan disyorkan untuk menggunakan susu ibu sekurang-kurangnya 2 tahun. Banyak maklumat dari pakar berkenaan dengan isu ini dan sepakat sehingga 2 tahun. Selain daripada pakar, ada beberapa ayat al-quran yang menggalakkan penggunaan susu ibu sehingga umur bayi mencapai 2 tahun, antaranya adalah ayat di bawah ini;

Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. (Al-Baqarah : 233)

Alternatif Kepada Susu Yang Ada di Pasaran

Menurut kajian daripada Persatuan Doktor Kanak-Kanak Amerika (AAP), mereka tidak menggalakan penggunaan susu kambing untuk baby yang baru lahir atas beberapa sebab. Antaranya adalah, nutrisi dalamnya tidak menepati apa yang bayi anda mahukan. Ianya kurang zat besi, folite, vitamin dan pelbagai lagi zat dan nutrien lainnya berbanding dengan penggunaan susu ibu.

Ianya mempunyai sodium yang tinggi yang membuatkan buah pinggang bayi perlu bekerja lebih kuat daripada biasa. Anda boleh membaca laporan di SINI untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan isu ini.

Sebenarnya, ramai yang sudah menggunakan produk susu kambing untuk baby ini di Malaysia dan antara porduk yang popular adalah daripada jenama INI. Ianya mempunyai testimoni sendiri dan terpulang kepada anda untuk amalkan ataupun sebaliknya.

Memang tidak dinafikan yang produk berasaskan kambing seperti goat milk ini sesuai untuk orang dewasa. Antara khasiatnya adalah untuk memperbanyakkan susu ibu dan jika anda sedang dalam proses merancang kahamillan, produk ini adalah antara yang paling kami rekemen untuk anda dapatkan di pasaran. Antara jenama yang sedang meningkat naik pada ketika ini adalah Wildan dan Lazz. Boleh cuba sendiri untuk tahu keberkesanan penggunaan susu ini pada anda.

Menyelusuri Sirah Nabi

Berdasarkan kepada sirah, tidak terdapat maklumat yang menunjukkan Nabi meminum susu kambing di awal 2 tahun selepas kelahiran. Yang ada hanya ianya mendapat ibu susuan pada awal hidupnya. Memang susu ibu adalah yang terbaik terutama di awal bayi anda lahir terutama sehingga 2 tahun.

Adakah susu kambing untuk bayi sesuai, selepas beberapa info ini, harap anda dapat beberapa kesimpulan. Cuba dahulu memperbanyakkan pengeluaran susu dalam badan dan meminum supplimen seperti anmum, dan lain-lain produk. Jika tidak bersesuaian, pilihan susu formula adalah antara yang terbaik yang anda boleh cuba untuk dapatkan.

Alternatif Kepada Susu Kambing

Alternatif ini adalah selepas anda mencuba untuk memberi bayi anda susu ibu dan selepas mencuba sendiri dan berikhtiar untuk memperbanyakkan pengeluaran susu dalam badan. Jika tidak berjaya, pilihan lain adalah untuk menggunakan susu formula yang berasaskan kepada lembu. Antara jenama yang kami rekemen adalah Mamil, S26 dan Friso Gold dan lihat sendiri yang mana yang serasi dengan bayi anda. Kalau ada alahan itu, cepat-cepat tukar susu yang lain kerana tidak semua bayi serasi dengan susu-susu ini.

Inilah antara beberapa info yang anda patut tahu berkenaan dengan penggunaan susu kambing. Memang tidak dinafikan, ramai yang memprosomikan produk untuk bayi ini, apapun, lihatlah kesesuaian dan anda pun boleh menggunakan produk berasaskan kambing ini untuk bayi anda jika anda tahu maklumat yang betul dan segalan informasi berkenaan dengan produk ini dan risiko yang anda perlu ambil. Selepas itu, buatlah keputusan yang terbaik berdasarkan kepada apa yang anda mahukan.

Leave a Reply