Pengalaman Guna Susu Karihome Step 1

Posted by on April 6, 2017 in ibu mengandung | 9 comments

Kali ini kami nak berikan review berkenaan dengan susu karihome step 1 dan banyak lagi step yang lain. Untuk pengetahuan anda, susu karihome ini adalah susu yang berasaskan kepada kambing dan ianya berbeza dengan susu lain kerana kebanyakan susu lain adalah berasaskan kepada lembu.

Memang tidak dinafikan yang memang ada perdebatan untuk menggunakan susu kambing kepada bayi. Tetapi, memang tidak salah untuk anda sendiri cuba sebagai ikhtiar. Susu kambing memang memberikan kualti yang baik terutama kepada bayi. Kalau ibu-ibu yang tidak dapat breastfeed penuh anak-anak, susu ini adalah pilihan yang sangat baik. Tetapi, susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi anda.

Pilihan Susu Karihome Yang Ada

Sebelum pergi lebih jauh mengenai khasiat yang ada pada susu karihome ini, berikut adalah antara pilihan susu ini yang ada di pasaran. Ada bermacam step yang dijual bermula dengan step yang pertama sehinggalah anak sudah besar. Harga, boleh tengok secara terkini di Lazada;

1. Susu Karihome Step 1 (0 to 6 month) KLIK Untuk harga dan info

2. Susu Karihome Step 2 (6 month to 12 month)

3. Pilihan Susu Karihome Lain – KLIK Untuk tengok harga

Anda boleh memilih susu berdasarakan kepada step yang anda inginkan. Susu ini juga sangat bagus terutama kalau anda masih tidak jumpa lagi susu yang serasi dengan anak anda. Antara gejala susu tidak serasi adalah sering muntah, dan tahi keras atau berdarah ketika buang air. Bila ini jadi, memang dah sampai masa untuk cuba cari susu lain yang ada di pasaran. Boleh cuba susu karihome ini untuk elakkan daripada bayi anda membuang air sangat keras.

Kalau serasi boleh cuba dan kalau tidak serasi tu, memang kena terus cuba susu yang lain-lain. Perkara ini pun pernah terjadi pada anak saya sendiri yang tidak serasi dengan susu yang ada. Cuba dan cuba, sehinggalah jumpa susu yang serasi dengan anak saya. Barulah mudah dan tidak tersiksa untuk membuang air besar lagi.

Apa Yang Bagusnya Dengan Susu kambing Karihome ini?

  • Mampu meningkatkan IQ anak-anak
  • Mengandungi antibodi yang sangat tinggi untuk anak-anak
  • Kandungan kalsium yang tinggi untuk tulang dan gigi
  • Tiada jangkitan binatang pelik-pelik kepada kambing kerana kambing mempunyai antobodi yang kuat.
  • Mudah dicerna berbanding dengan susu lembu

Ini adalah antara beberapa khasiat yang bagus yang ada pada susu kambing Karihome ini. Pada kami, ianya adalah alternatif pertama kalau misalkata anda tidak dapat menyusukan anak atas pelbagai sebab.

Boleh cuba dulu susu kambing Karihome ini untuk anak anda.

Susu Kambing Untuk Ibu Mengandung

Kalau anda sedang dalam perancangan untuk mengandung pula, susu kambing adalah antara susu yang kami rekemen kepada anda. Tetapi, kalau ada perancangan mengandung ni, jangan minum karihome pula, sebab Karihome ini memang direka khusus untuk bayi. Kalau untuk mereka yang sedang dalam perancangan untuk mengandung, kami rekemen untuk anda dapatkan susu kambing Lazz ini.

Susu Lazz ini memang direka untuk memberikan kesegaran dan sebagai salah satu ikhtiar untuk mengandung. Yang breastfeed pun boleh amalkan susu kambing Lazz ini kerana ianya sedikit sebanyak memberikan nutrien kepada bayi anda. Memang satu makanan tambahan yang baik untuk anda.

Inilah serba sedikit tips untuk membeli susu kambing di pasaran sekarang ini. Apapun, buat pilihan anda untuk dapatkan susu kambing terbaik dan untuk anak anda, memang kami rekemen susu karihome kerana kualiti dan harga yang ditawarkan memang terbaik.

9 Comments

  1. Salam sis…
    Sy nak tanya sis,anak sy minum susu anmum/enflac/nan pro ia nya akan timbul kemerahaan merahaan di muka.kesan ini timbul selepas 20 minit sy bg baby minum dan dlm 30 minit selepas itu ia akan hilang..adakah ini jgk di katakan allergic susu lembu..
    Yg kedua sy ada try jgk isomail(susu soya)baby sy muntahkan dan sakit perut..adakah isomail jgk x sesuai?
    Sekarang sy dah stop nak bagi baby susu fm..sy nak teruskan BF kan baby tapi breast sebelah kiri sudah kering…
    Nak tanya sis,bolehkah sy bagi susu karihome ni utk baby sy?
    Baby sy sekarang 4mth++

    • Tanda kemerahan ini boleh dikatakan allergik, untuk kepastian, puan boleh berjumpa dengan pakar kanak-kanak berdekatan.
      Untuk Isomil juga ada kemungkinan baby puan juga mengalami masalah yang sama allergik susu.
      Apapun boleh cuba susu Karihome ini, ianya adalah antara alternatif terbaik untuk susu kambing. Jangan berhenti mencuba sehingaa jumpa susu yang sesuai.

  2. Assalamualaikum.. sis nak tanya susu ni ada sijil halal ke sis..sorry sebab tnya soalan ni..nak pastikan sja..

    • saya nak cuba untuk anak 4 bulan

      • silakan puan untuk cuba, tak ada masalah

    • ya ada, memang boleh untuk kepastian.

      • tq sis

  3. SAYA SEDANG MENGANDUNG 3 BULAN, BOLEH KAH SAYA MINUM KARIHOME WHOLE POWDER YANG DEWASA. UTK 7 TAHUN DAN DEWASA

    • boleh cik, x de masalah pun amalkan yang tu. cuma kalau ada rasa tak serasi, boleh rujuk doktor

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *