5 Tanda Buah Pinggang Rosak – Penting Untuk Anda

Memang sekarang buah pinggang menjadi salah satu punca kepada penyakit kronik di Malaysia. Kalau anda mengalami kegagalan buah pinggang, banyak perkara yang anda tidak boleh lakukan dan anda perlu ke pusat hemodalisis hampir setiap minggu. Ianya memakan kos yang tinggi dan juga banyak perkara lain yang anda tidak akan dapat lakukan disebabkan oleh itu. Pada kali ini, kami akan memberikan info berkenaan dengan tanda buah pinggang rosak ataupun simptom yang terlibat dan apa yang anda perlu lakukan untuk memperbaiki hal tersebut.

Juga, selain daripada itu, anda juga boleh membaca artikel kami yang lain berkenaan dengan cara mencegah kidney daripada rosak. Boleh tengok artikel tersebut. Apapun, kalau anda mengalami tanda-tanda yang kami sebutkan ini, buat pemeriksaan dengan kadar segera agar ianya tidak berulang lagi pada masa hadapan. Kesihatan anda adalah sangat penting dan anda perlu ambil berat tentang kesihatan anda.

Beberapa Tanda Utama Masalah Buah Pinggang

Perhatikan jika anda mempunyai tanda-tanda ini. Kalau anda mempunyai kebanyakan tanda ini, lakukan pemeriksaan dengan segera di klinik dan hospital berdekatan. Kalau boleh, lakukan full medical check up setahun sekali untuk memeriksa tahap kesihatan anda agar kalau anda mempunyai masalah kesihatan pun, anda boleh mengesan dari awal dan melakukan pencegahan yang komprehensif.

Anda boleh juga baca artikel kami yang sebelum ini berkenaan dengan cara mencegah dan merawat penyakit buah pinggang ini.

#1 Kerap Tidur

Jika dahulu anda bukan seorang yang kerap tidup tetapi bertukar kepada seorang yang kerap tidur. Ianya mungkin adalah antara tanda-tanda kepada masalah kegagalan buah pinggang. Ianya juga berkaitan dengan penat yang melampau. Kenapa benda ini jadi? Kegagalan buah pinggang gagal menghasilkan sel darah merah dan disebabkan oleh itu, anda akan mengalami anemia dan penat yang melampau. Jika anda mempunyai tanda-tanda ini, boleh dapatkan pemeriksaan dengan segera.

#2 Kerap Kencing

Sebenarnya, ada banyak penyakit yang menyebabkan kepada masalah kerap kencing ini. Salah satunya adalah penyakit kegagalan buah pinggang ini. Memang jika buah pinggang gagal berfungsi dengan baik adalah disebabkan oleh masalah ini. Terutama kalau anda kerap terkencing pada waktu malam. Apapun, jika anda mengalami masalah ini, boleh dapat pemeriksaan awal. Apapun memang kerap terkencing boleh menyebabkan kepada banyak jenis penyakit lain, lakukan pemeriksaan awal akan membantu sedikti sebanyak.

#3 Kulit Kering

Kalau kulit anda menjadi kering adalah antara penyebab kepada masalah buah pinggang yang serious. Antara salah satu fungsi buah pinggang adalah untuk mengawal jumlah cecair dalam badan dan membuang cecair dalam badan. Jika ianya tidak berfungsi dengan baik memang akan menyebabkan kepada masalah kulit yang kering dan bersisik. Jika anda mengalami masalah ini, ianya mungkin kepada masalah kidney yang tidak berfungsi dengan baik.

#4 Ruam dan Kegatalan

Salah satu penyebab kepada masalah buah pinggang adalah kegatalan yang serious. Salah satu fungsi buah pinggang adalah untuk membuang sisa-sisa daripada badan anda. Disebabkan oleh itu, anda akan mengalami kegatalan yang teruk dan serious.

#5 Kaki Membengkak

Ini adalah antara masalah yang kerap berlaku apabila anda mengalami kegagalan buah pinggang. Jika anda mengalami masalah ini, ianya adalah berkaitan dengan penyakit ini dan anda perlu dapatkan pemeriksaan dengan segera sebelum ianya berlarutan dan berlanjutan.

Apapun, ini adalah 5 tanda yang kerap berlaku jika anda mengalami masalah ini. Jika anda mempunyai kebanyakan daripada masalah ini, dapatkan pemeriksaan dengan segera. Yang penting adalah mencegah, kalau anda mempunyai tanda-tanda penyakit ini, terus kawal pemakanan anda daripada menyebabkan ianya terus menjadi semakin teruk.

Leave a Reply