Artikel pada kali ini saya nak berkongsi berkenaan dengan bacaan normal tekanan darah. Tetapi, sebelum pergi lebih jauh, saya ingin berkongsi apakah itu tekanan darah. Tekanan darah adalah ukuran betapa kuatnya jantung mengepam darah ke seluruh tubuh anda. Idealnya, anda seharusnya memiliki tekanan darah normal agar kekal sihat sepanjang masa. Jadi berapa sebenarnya tekanan darah normal?

Anda juga boleh memeriksa kandungan gula dalam darah dengan mudah. Tidak perlu ke klinik kerana sekarang semuanya boleh dilakukan di rumah. Ianya memang memudahkan anda untuk penjagaan kesihatan yang lebih baik.

bacaan normal tekanan darah

Untuk pengetahuan anda, tekanan darah ini dibahagikan kepada dua, iaitu sistolik dan diastolik. Bacaan tekanan yang normal adalah;

Tekanan Sistolik = 120 – 139 mmHg
Tekanan Diastolik = 80 – 89 mmHg

Apa itu Sistolik dan Diastolik

Angka sistolik sebagai contoh 120 menunjukkan tingkat tekanan ketika jantung mengepam ke seluruh badan. Angka Diastolik sebagai contoh 85 pula menunjukkan kadar bacaan saat jantung berhenti rehat sebentar sebelum kembali mengepam darah. Kedua-dua istilah ini adalah normal dan digunapakai untuk mengukur tekanan darah manusia.

Jadi jika tekanan darah seseorang hanya 90/70 sahaja, maknanya orang itu boleh dikategorikan sebagai seorang yang berdarah rendah atau nama lain adalah pengidap Anemia.

Katakan bacaan darah anda 130/85, ya, tekanan darah anda boleh dikategorikan sebagai tekanan normal. Tiada apa yang perlu dilakukan melainkan untuk menjaga kesihatan anda sebaiknya. Mencegah lebih baik daripada merawat.

Untuk contoh hipertensi atau high blood pressure, contoh tekana darah sebagai contoh adalah 135/100, boleh dikategorikan sebagai tekanan darah tinggi. Memang tiada cara lain, selain daripada melakukan rawatan dan menjaga emosi dan pemakanan untuk mengawal tekanan darah.

Monitor Perjalanan Tekanan Darah Anda

 

Bagi mereka yang mengidap penyakit darah tinggi atau darah rendah (Anemia). Adalah disarankan untuk anda melakukan rawatan dan sentiasa menjaga emosi dan makan minum. Ini sangat penting untuk merasionalkan perjalanan dan tekanan darah anda. Oleh itu juga, saya sangat sarankan anda untuk monitor perjalanan tekanan darah anda agar kalau tiba-tiba naik mendadak atau turun mendadak, anda boleh lakukan sesuatu selepas itu. Saya sarankan anda cuba dapatkan Alat Pengukur Tekanan Darah INI bagi membantu anda monitor perjalanan tekanan darah anda.

Anda boleh merekodkan perjalanan tekanan darah setiap hari. Bagi saya,alat pengukur tekanan darah ini adalah alat yang perlu ada bagi mereka yang ingin mengambil tahu berkenaan dengan perjalanan tekanan darah mereka.

Bagi individu-individu yang mempunyai tekanan darah tidak stabil atau yang pernah mempunyai sejarah hypertension (darah tinggi) mahupun darah rendah, mempunyai alat pengukur tekanan darah ini lebih memudahkan anda untuk memantau tahap tekanan darah anda dari semasa ke semasa.

Bagi kebanyakan pesakit yang terpaksa berulang alik ke hospital dan klinik untuk memantau tekanan darah, pasti agak kurang menyenangkan bagi sesetengah individu. Jadi memang lebih mudah kalau anda ada alat ini dan boleh cek sendiri tekanan darah anda dari rumah.

Bacaan Tekanan Darah Tinggi

Saya ada sebutkan di atas, contoh bacaan orang yang mempunyai tekanan darah tinggi adalah 130/85. Jika anda mempunyai tekanan darah melebihi bacaan yang normal untuk tekanan darah, anda boleh dikategorikan sebagai pengidap tekanan darah tinggi. Kondisi ini sangat bahaya dan seringkali pengidap penyakit tekanan darah tinggi tidak menyedari yang mereka adalah pengidap tekanan darah tinggi.

Jika tidak ditangani dengan baik, penyakit ini membolehkan pengidap mengalami;

  • Strok
  • Serangan Jantung
  • Mengganggu penglihatan
  • Kerosakan organ penting seperti ginjal

Memang penting untuk anda mengubati penyakit ini, dan pada saya, mencegah lebih baik dari merawat. Cara untuk mencegah adalah dengan monitor perjalanan tekanan darah anda dari masa ke semasa.

Bacaan Tekanan Darah Rendah

Jika seseorang berada di bawah bacaan yang normal untuk tekanan darah, seseorang itu boleh dikategorikan sebagai pengidap tekanan darah rendah. Umumnya, mereka yang mengidap penyakit tekanan darah rendah tidak berbahaya selagi tiada gejala seperti mual-mual, pening, lelah, dehidration, dan lain-lain lagi. 90/70 adalah contoh tekanan bagi mereka yang mengidap tekanan darah rendah.

Penting bagi anda untuk menjaga kesihatan anda. Korang dah check ke tekanan darah korang? Tak semestinya kena ke klinik baru boleh check tekanan darah, boleh dapatkan di SINI untuk korang periksa tekanan darah korang secara berkala.

Apapun, harap artikel ini berikan manfaat kepada anda.