Kali ini saya nak berikan kepada anda tips untuk menurunkan tekanan darah tinggi yang ramai tak tahu. Sebenarnya ada banyak cara untuk menurunkan blood pressure sama ada melalui ubat-ubatan kimia ataupun secara tradisional. Juga ada cara terbaru menggunakan beberapa supplimen yang diyakini untuk menurunkan tekanan untuk darah anda paras yang lebih baik.

bacaan normal tekanan darah

Bacaan Normal Tekanan Darah

Sebelum pergi lebih jauh, sedikit info berkenaan dengan apakah itu tekanan darah normal? Bacaan darah normal adalah;

Tekanan Sistolik = 120 – 139 mmHg
Tekanan Diastolik = 80 – 89 mmHg

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan bacaan normal dan lain-lain, saya sarankan anda untuk ke artikel Bacaan Normal di SINI.

Tips Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

 

Baiklah, saya kembali kepada tips untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Saya akan kongsikan beberapa tips penting untuk anda untuk seimbangkan blood pressure anda.

#1 Monitor setiap hari

Bagi saya, inilah yang paling penting sekali iaitu, jika anda disahkan oleh doktor yang anda mempunyai tekanan darah yang tinggi atau rendah, apa yang anda perlu lakukan selepas itu adalah monitor perjalanan darah anda setiap hari. Ya, setiap hari! Anda boleh dapatkan alat pengukur tekanan darah INI bagi membantu anda monitor perjalanan blood pressure anda.

Bagi individu-individu yang mempunyai bacaan yang tidak stabil atau yang pernah mempunyai sejarah hypertension (darah tinggi) mahupun darah rendah, mempunyai alat pengukur ini lebih memudahkan anda untuk memantau tahap tekanan untuk darah anda dari semasa ke semasa.

Bagi kebanyakan pesakit yang terpaksa berulang alik ke hospital dan klinik untuk memantau perjalann darah anda, pasti agak kurang menyenangkan bagi sesetengah individu. Jadi memang lebih mudah kalau anda ada alat ini dan boleh cek sendiri tekanan darah anda dari rumah.

#2 Jaga pemakanan anda

Ni adalah faktor kedua terpenting. Pastinya, jika anda disahkan mengidap darah tinggi, perkara kedua penting adalah cuba merubah pola pemakanan anda. Jika anda memang suka memakan makanan snek, makanan rapu, atau makanan berlemak, meminum alkohol,cuba hentikan perlahan-lahan. Sebagai alternatif, cuba memakan makanan seperti bijian, sayur, susu rendah lemak dan lain-lain lagi. Juga, kurangkan makanan yang mempunyai garam atau bahan perasa yang tinggi. Kalau anda masak sendiri di rumah, kurangkan garam dalam makanan ye. Memang menjaga pemakanan anda adalah salah satu aspek penting sebagai cara turunkan blood pressure.

#3 Hentikan Tabit Merokok Terus

Memang tidak dinafikan, jika anda mempunyai tabiat merokok, cuba untuk berhenti secara perlahan-lahan atau hentikan terus. Saya tidak dapat memberikan tips untuk berhenti merokok pada artikel ini. Tetapi jika anda seorang perokok dan ingin berhenti merokok, boleh lihat ebook ini untuk panduan dan cara berhenti merokok.

#4 Supplimen Shaklee untuk darah tinggi

Shaklee adalah antara salah satu produk kesihatan yang baik di Malaysia. Saya amat menyarankan anda untuk membeli set darah tinggi daripada produk Shaklee. Tidak susah untuk mendapatkan satu set lengkap. Ada banyak testimoni yang menunjukkan produk daripada Shaklee ini memberikan impak kepada tekanan darah mereka. Jadi memang tidak salah untuk anda cuba sendiri produk Shaklee ini. Shaklee untuk darah tinggi ini terdiri daripada Garlic Complex, Omega Guard, ESP, dan CoQ Health. Kesemua ini memang baik untuk darah tinggi. Detail berkenaan dengan Set Shaklee Darah Tinggi di SINI.

#5 Kurangkan Stress anda dan sentiasa tersenyum

Stress adalah antara penyebab berlakunya darah tinggi. Kebanyakan guru-guru di sekolah mempunyai tekanan darah yang tinggi dan ada juga dikalangan doktor. Jadi, memang anda perlu mencari alternatif untuk mengurangkan stress di tempat kerja. Juga punca stress yang lain, cuba minimumkan stress dan sentiasa ambil nafas dalam-dalam untuk mengimbangi stress anda. Banyakkan bersukan, luangkan masa bersama keluarga, dan bagi yang beraga islam atau beragama lain, banyakkan mendekatkan diri kepada tuhan untuk menghilangkan stress anda.

Inilah serba sedikit 5 tips yang saya berikan sebagai tips untuk turunkan hypertension anda. Saya nak highlightkan sekali lagi, jika anda disahkan mengalami masalah hypertension atau rendah, saya memang galakkan anda dapatkan alat pengukur tekanan darah INI. Ada banyak lagi tips lain tetapi cukuplah setakat ini dulu perkongsian saya berkenaan dengan cara menurunkan tekanan darah tinggi.